Kejadian Di Bazar Ramadhan Kluang- MCA tidak Terlibat, Peniaga Marah Kejadian 2007 Dilakukan oleh DAP


Oleh rmf

Image result for Kejadian Di Bazar Ramadhan Kluang

Kejadian pemimpin DAP yang dihalau dari Pasar Ramadhan  menjadi kemarahan sesetengah netizen yang tidak tahu punca cerita yang sebenarnya. Mungkin mereka melihat  tindakan yang diambil masyarakat disitu agak keterlaluan.

Masih ingatkah kita kejadian yang berlaku pada tahun 2007  dimana  pemimpin DAP  telah mencadangkan  kawasan pasar Ramadhan yang sedia ada di Kluang sekarang dipindahkan ketempat lain. Tindkan DAP ini telah merngwujudkan  kemarahan masyarakat setempat.

Beberapa rayuan dibuat masyarakat Kluang kepada menteri besar ketika itu Tan Sri Abd Ghani Othman pada ketika itu agar tapak  peniaga  dibulan Ramadhan tersebut dikekalkan. Permintaan DAP untuk memindahkan tapak tidak diluluskan.

Jadi tidak hairanlah , jika kedatangan pemimpin DAP kekawasan bazar Ramadhan tersebut disambut dengan kemarahan masyarakat setempat. Kebencian mereka terhadap sikap rasis DAP ini bukan seketika , malah berpanjangan.

Kejadian yang berlaku baru baru ini adalah taktik DAP untuk mengwujudkan provokasi dan  perangkap serta  mainan politik DAP yang memang mahu pecah-belahkan orang Melayu. Sebelum ini pemimpin DAP tersebut telah dinasihatkan

Selepas kejadian tersebut DAP tanpa rasa bersalahnya terus menuding jadi terhadap MCA  dengan mengatakan bahawa cadangan memindahkan peniaga bazar Ramadhan tersebut dicadangkan oleh MCA satu ketika dahulu.

Begitu mudah sekali DAP untuk melagakan  MCA dengan penduduk setempat. Sedangkan kita  tahu sikap rasis diantara kaum itu telah menjadi amalan keterunan DAP selama ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Bahagian UMNO Kluang mengakui bahawa  golongan peniaga dan masyarakat di Kluang masih lagi mengingati sikap DAP yang tidak mahu bazar Ramadan bertapak di pusat bandar Kluang.

Semermangnya tidak adil bagi semua pihak yang terus mempercayai kenyataan yang telah menular di portal pembangkang  dengan mengatakan bahawa MCA  serta sikap kurang ajar  penduduk terhadap pemimpin DAP yang mahu memberikan kurma jika tidak tahu jalan cerita yang sebenarnya.

Selepas DAP  menjadi dalang utama mahu menghalau peniaga Melayu berniaga di bazar yang terletak di pusat bandar Kluang itu, sekarang mereka datang pula ke lokasi sama. Apa motif DAP sebenarnya?

Sudah pastinya mahu menunjukkan sikap buruk peniaga dikalangan orang Melayu dan sewenangnya nanti mereka melebelkan  orang Melayu itu rasis.

Insiden kekecohan turut berlaku di bazar sama tahun lalu ketika DAP mahu memberi sumbangan kurma seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran masyarakat serta peniaga Melayu dan tidak belajar daripada pengalaman lalu

Jadi, jelas dan tidak berselindung lagi bahawa DAP adalah punca kemarahan peniaga Bazar Ramadhan dan bukan MCA atau orang yang menghalang pemimpin DAP dari masuk kebazar Ramadhan untuk mengangihkan kurma.

Tetapi kebencian peniaga bazar Ramadhan terhadap DAP dapat dilihat bagaimana kegagalan pemimpin DAP untuk memasuki Bazar Ramadhan setiap tahun untuk mengagihkan kurma.

Advertisements
Image | This entry was posted in Peniaga Marah Kejadian 2007 Dilakukan oleh DAP and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s