Tiong Lai – “Tsunami Melayu” Hanya Cerita Dongeng Pihak Pembangkang Untuk Menipu Rakyat


Oleh rmf

Related image

Berbagai strategi dan persepsi yang dirancang untuk mendapatkan sokongan walaupun dengan cara yang tidak betul oleh pihak pembangkang. Berbagai cara termasuk menimbulkan keraguaan dan rasa kurang senang dikalangan minda rakyat.

Jika dahulu, rakyat diasak pemikiran mereka dengan mengatakan bahawa Malaysia yang ada sekarang bakal bangkrup. Malaysia yang ada kini sudah tidak mampu lagi untuk menjana pendapatan Negara. Malaysia yang sekarang adalah Negara yang gagal.

Begitu banyak sekali, persepsi yang dilancarkan untuk mengelirukan minda rakyat oleh pihak pembangkang. Namun segala yang berlaku itu dapat dibuktikan dengan kemajuan Negara  dan peningkatan kemasukan pelabur kedalam Negara.

Peningkatan kemasukan pelabur sekali gys telah menolak dakyah yang disebarkan kedalam minda rakyat. Perdana Menteri Dato Sri Najib terus bekerja  untuk memastikan kejayaan dan pembangunan Malaysia  berada dilandasan yang sebenarnya.

Untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang, pembangkang terus mencipta  persepsi baru yang mana  pada kali ini telah membawa dakyah palsu  dengan mengatakan bahawa akan berlaku  apa yang dikatakan sebagai “Tsunami Melayu”  yang telah direka.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa dakyah terbaru yang dicipta oleh pihak pembangkang adalah palsu semata mata dan berniat  jahat serta bertujuan untuk menarik sokongan pengundi agar beralih arah.

Melalui beberapa kejadian yang telah dilakukan bahawa “tsunami Melayu” yang dimaksudkan itu adalah dengan beranggapan sokongan pengundi Melayu akan beralih kepada pihak pembangkang Pada PRU akan datang.

Menurut sejarah perjuangan orang Melayu perkara ini mungkin tidak mungkin berlaku tanpa sokongan pengundi Melayu luar bandar. Ini adalah kerana kesetiaan pengundi luar Bandar terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan lagi dalam apa keadaan sekali pun suasana politik  ketika itu.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, semua kajian menunjukkan pengundi Melayu luar bandar tidak akan menentang kerajaan, tetapi mereka tetap setia kepada Barisan Nasional (BN).

Sokongan yang membawa kemenangan Barisana nasional  telah terbukti datangnya dari pengundi luar Bandar. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi bahawa rakyat masih bersama Barisan Nasional untuk menikmati pembangunan serta kehidupan yang harmoni.

Kerajaan dalam kepelbagaian usaha terus dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan setiap keperluan rakyat serta kebajikan terus dibela  dan pelbagai agensi kerajaan terus digerakkan demi menjaga kepentingan rakyat serta masyarakat luar Bandar.

Pembelaaan kerajaan  bukan sahaja memastikan tugasan ketua-ketua kampong serta  Penghulu serta pemimpin daerah berfungsi dengan baik bagi memastikan  kebajikan rakyat terbela sepenuhnya, Malah ianya dipantau  secara berterusan.

Justeru itu dakwaan pembangkang mengenai “tsunami Melayu” akan berlaku kepada pembangkang hanya berkisar kepada orang yang berkepentingan sahaja.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinchew Daily, Tiong Lai amat yakin dengan peranan yang diberikan oleh kerajaan melalui lantikan diperingkat akar umbi untuk memastikan segala perancangan kerajaan dapat dinikmati bersama rakyat jelata.

Ketika ini dalam keadaan yang amat terdesak dengan skandal skandal yang  yang telah dibongkarkan dan sikap kleptokrasi  pemimimpin pembangkang  kebelakangan ini .

Nampaknya tiada cara lain untuk ‘menggoreng’ isu ‘Tsunami Melayu’ supaya pengundi Cina percaya bahawa Melayu akan menyumbang kepada perubahan kerajaan di Malaysia.

Pada masa yang sama, Tiong Lai menasihati kaun Cina agar jangan perpengaruh dengan dakyah “Tsunami Melayu” yang disebarkan oleh pembangkang yang sudah ketandusan isu,

Tindakan mempercayai cerita karut pembangkang akan mengakibatkan kaum Cina akan menjadi pembangkang sekali lagi.

UMNO demi survival politiknya mungkin memilih laluan ekstrem dan konservatif dengan melakukan kerjasama dengan Pas jika BN gagal memperoleh sokongan Cina.

DAP tidak mungkin membentuk kerajaan walaupun jika ia mendapat sokongan semua pengundi Cina.

Oleh itu cerita dongeng yang dimainkan leh pembangkang hanya satu hikayat murahan yang mana akan memporak perandakan sikap toleransi diantara kerajaan dan juga rakyat serta kaum yang lain. Berpegang teguh dengan dasar kerajaan sedia ada  disamping menjadikan Rukun Negara teras perpaduan Negara.

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai - “Tsunami Melayu” Hanya Cerita Dongeng Pihak Pembangkang Untuk Menipu Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s