Zaman Mahathir Dan Zaman Najib Razak- Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Engkau Dustakan?


Oleh rmf

Related image

Artikel ini saya muatkan kedalam Blog saya  adalah berdasarkan kepada penceritaan yang berlandaskan fakta faklta kejadian yang berlaku dizaman  Mahathir yang mana banyak diantara generasi baru tidak mengalaminya.

Sekalung terima kasih saya kepada  Saudara Muhammad Ramiza Ramli dan saudara  Halim Abdul Dawson yang  telah memaparkan kisah sebenar ini.

ZAMAN MAHATHIR DAN NIKMAT SEKARANG

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak. Saya ada baca berberapa luahan otai orang lama yang bekerja dan hidup pada zaman Tun Mahathir (1981-2003) dan saya setuju dengan pendapat mereka kerana saya juga pernah hidup masa zaman Tun selama 14 tahun sebelum beliau bersara.

Saya lahir pada tahun 1989, Mak ayah saya bekerja perkhidmatan awam. Kami duduk di kawasan Taman Melawati pada ketika itu. Dulu kawasan tu boleh dikatakan kawasan prestij jugak lah sebab ibu saya agak tinggi gajinya pada ketika itu.

Ayah saya lak business man. Sungguhpun begitu, kita juga melalui zaman keperitan dan kesusahan hidup disebabkan kos sara hidup agak tinggi dan ramai rakyat pada ketika itu mengharungi getir kehidupan sehinggakan mereka terpaksa sewa rumah, tak mampu beli kereta.

Kebanyakannya mampu beli second or third hand sahaja. Berapa kerat je masa tu orang beli kereta first hand. Itupun Proton saga lama, Iswara ataupun Wira pada ketika itu. Itu pun orang dah puji melangit.

Saya ingat lagi mulanya KTM dibuka, ia memberikan kemudahan rakyat yang duduk jauh pergi mencari rezeki kat KL. Tapi dengar banyak kes tren lambat,rosak ataupun masalah teknikal yang agak kerap.

Disebabkan nak menjadikan negara maju, kemungkinan Tun terlupa untuk update sistem pengangkutan yang ketika itu amat penting bagi rakyat.

Ketika pembinaan KLCC dan Menara Kuala Lumpur, negara kita muka melangkah ke depan dengan kemajuan dan pembinaan bangunan, tetapi rakyat ketika itu tidak mampu untuk membeli barang dan juga melancong disitu kerana kos sara hidup yang tinggi sungguhpun harga nak masuk menara KL dulu sekitar 10 ringgit lebih (tak silap sayalah).

Boleh dikatakan ramai yang berkemampuan sahaja membeli tetapi tidak seramai macam sekarang ni.

Pada zaman Tun jugalah orang Melayu makin terpinggir dengan kes Tun ingin mengambil tanah Kampung Baru untuk kemajuan. Dikatakan kampung itu dibina rumah atau flat untuk penduduk dengan harga diluar kemampuan penduduk sana.

Itu pasal kebanyakan orang kg. Baru tidak berapa minat Tun Mahathir pada ketika itu. Tetapi kampung Baru masih berdiri dan selamat walaupun sebahagian kecilnya diambil untuk pembinaan MRT yang dijangka siap Julai Tahun ini.(saya orang kampung baru, jadi sya tahu.

Tapi saya tak pastilah sekarang macam mana). Dahulu boleh dikatakan cukai SST yang 10% tu hamoir merangkumi semua aspek barangan keperluan kita. Sehinggakan kita perlu membawa extra wang untuk menentukan harganya.

Ingat tak sesiapa gi MCD dulu? Kakau harga tertera 7.00 mesti masa bayar harga dia around lebih macam tu. Sekarang, dengan adanya GST, McD dah tak buat macam tu lagi.

Malah GST hanya di cas jika anda ke restoran, Wayang, Hotel dan macam macam tempat sedangkan Ayam, daging, satur, ikan dan barang keperluan lain tidak dicas GST. Makanan bertin dicas GST but hey, bukan semuanya dicas GST.

Malah zaman Tun Mahathir dulu, kita kekurangan media dan sumber internet kerana ia sepenuhnya dikawal oleh kerajaan dan ditapis atas arahan Tun Mahathir. Jika ada orang bersuara je, masuk ISA Kamunting tanpa dibicara.

Saya percaya kalau Tun Mahathir masih memerintah Malaysia sampai sekarang, kita tak akan kenal FB,Instagram, Whatsapp, Weechat, MSN dan Yahoo Messenger kerana ditapis oleh kerajaan (Bukan ke Tun kata jika beliau menjadi PM, beliau akan tapis Atau haramkan Facebook?)

Sekarang, ha. Internet macam sebahagian hidup korang. Tak de internet ibarat tak makan seumur hidup. Sekarang korang boleh buat status caci maki kerajaan dan individu. So persoalan dia, Nak ke hidup macam zaman Tun dulu?

Yes, Tun memang memajukan negara tapi hanyalah darinpandangan luar semata-mata, tetapi beliau gagal untuk memimpin rakyat kearah pemikiran terbuka dan penerimaan feedback rakyat untuk kemajuan pemikiran rakyat.

Disebabkan ini, rakyat terpengaruh dengan cara Tun dan sistem Tun membuatkan rakyat kita tak dapat menerima pembahruan dan menjadi manja. Itu yang sebenarnya beliau gagal.

Sepatutnya negara yang maju, rakyat juga perlu maju pemikirannya juga untuk menerima cabaran hidup walaupun kini kita hidup lebih senang dari dahulu.

Zaman DS Najib ni lah bermulanya zaman kemajuan negara. Tengok KTM dah mula membuat sistem romabakan bahru yang kemungkinan masanya akan dinaik taraf sama seperti LRT dan MRT.

Penukaran Koc 3 ke koc 6 yang lebih besar dan selesa untuk kemudahan rakyat. Sistem LRT yang lebih sistematik dan lebih banyak sistem dibina untuk kemudahan rakyat.

Dikhabarkan berita, MRT akan siap pada Julai ini dan dicadang akan menambah lebih banyak stesen MRT dan sistem pengangkutan baru di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Malah pembangunan di Kuala Lumpur yang semakin pesat dan masalah pengangguran mula berkurangan. Ya, zaman Tun kita tak tahu banyak tentang pembangunan dan kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan kerana kekurangan sumber dan ditapis oleh kerajaan arahan Tun Mahathir.

Malah Sejak zaman Tun Abdullah, bekiau memperkenalkan Islam Hadhari, bisnes Buniputera yang menghasilkan makanan sunnah dan halal mula bercambah, kini lebih banyak bangsa kita mula kearah perniagaan disebabkan sokongan kerajaan kita kini. Tak caya tengok Bangi.

Persoalan, mengapa kita masih tak kaya walaupun negara maju? Sebab tengok diri kita. Apa kita buat dengan gaji kita dapat. Apa kerja yang kita buat? Mengapa kita dapat gaji banyak tapi kita still merungut tak cukup?

Adakah salah kerajaan atau hawa nafsu anda sendiri? Saya tengok ramai yang dok kutuk hina kerajaan, tapi masa yang sama makan kat hotel lima bintang, melancong luar negara. Nikmat manakah yang engkau dustakan ya akhi? Ya Ukhti?

Ingat, Allah pernah bagitahu kita, bahawa Manusia sebenarnya mendapat nikmat yang banyak tetapi ramai yang tidak bersyukur dan menjadi kufur. Adakah kita yang tergolong dalam orang sebegitu? Minta dijauhkan.

Saya belajar Sejarah 3 Empayar Utama Islam. Kesemuanya jatuh disebabkan satu faktor. Kekayaan sehingga mereka melupakan agama mereka. Umaiyyah jatuh disebabkan kekayaan yang banyak mengakibatkan mereka jatuh kerana musuh dalam selimut.

Abbasiyyah jatuh sebab rakyatnya terlalu kaya mereka tidak mempertahankan negara sebaliknya melarikan diri dan menyelamatkan harta mereka. Uthmaniyyaj jatuh kerana hutang terlalu banyak mengakibatkan sumber asli mereka kekurangan untuk kemajuan empayar sedangkan mereka sudah kayabpada ketika itu.

Berdasarkan sejarah di atas. Saya tanya lagi, Nikmat mana kah yang kamu dustakan?

Kesimpulannya, Islam mengajar kita untuk bersyukur dan berterima kasih. Bukan susah pun. Hanya membuka mulut dan ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih dan ucapan itu ditanam dalam hati kita.

Insyaallah rezeki kita akan melimpah ruah. Malangnya ia benda yang mudah tetapi umat Islam kini lebih percaya kata kata pendidik penunggang agama yang kutuk dan menghina pemimpin sedangkan Islam menegah menghina saudara kita sendiri.

Saya mohon ampun dan maaf jika terasa. Saya hanya meluahkan pendapat saya dan pengalaman saya. Sekian dari saya.

Nota: Nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?

di pinjam dari Halim Abdul Dawson

Advertisements
Image | This entry was posted in Zaman Mahathir Dan Zaman Najib Razak- Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Engkau Dustakan? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s