Buku “ Bahaya DAP Kepada Islam dan Melayu”-Kenapa Anuar Musa Pula Di Serang DAP


Oleh rmf

Image result for Bahaya DAP Kepada Islam dan Melayu

Kaget dan terkejut dengan apa yang dipaparkan melalui penerbitan buku “Bahaya DAP Kepada Islam dan Melayu”  di Malaysia.  Penerbitan buku yang berdasarkan sejarah politik DAP dan kejadian  yang berlaku sebenarnya  cuba dinafikan oleh  pemimpin muda DAP.

Rata rata komen serta kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin muda DAP amat dangkal dan tidak mengetahui sejarah  yang berlaku dalam politik DAP. Ini adalah kerana mereka hanya muncul kedalam politik DAP hanya terpengaruh dengan agenda kosong yang sangat manis dari DAP.

Hakikatnya DAP  telah berjaya menyembunyikan perangai  sebenar mereka dimata pemimpin muda  dengan  mengamalkan politik  bermuka muka dan menunjukkan kebaikan walaupun hakikatnya DAP adalah sebuah parti kebencian terhadap kaum lain.

Rata rata kita lihat sejak  pertandingan  menulis essei diumumkan , ramai pemimpin DAP cuba menuding jari kearah Tan Sri Anuar Musa yang mana mengatakan bahawa pertandingan tersebut adalah berniat jahat dan  bersifat perkauman

Perkauman adalah satu perkataan yang dijadikan senjata yang digunakan oleh DAP untuk menolak sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. Putar belit DAP terhadap gabungan Barisan Nasional dengan  beranggpan setiap satu parti yang menyertai Barisan Nasional adalah perkauman.

Sikap pemimpin DAP yang mempertahankan Lim Kit Siang   dengan membelakangkan fakta kejadian dilihat  seperti kanak kank yang tadika yang mahu berebutkan gula gula  dan  mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal.

Tindakan beberapa pemimpin DAP ini  sekali gus telah memalukan diri mereka sendiri dan juga pemimpin DAP yang lain. Tanpa membaca dan mengkaji sejarah politik kejadian dan perbuatan DAP terhadap  kaum lain, pemimpin muda DAP terus cuba mengalihkan isu sejarah kejadian  hanya melalui pandangan yang dangkal.

Perkara paling mudah dilakukan oelh pemimpin DAP untuk menyangkal kandungan buku “ Bahaya DAP kepada Islam dan Melayu” ialah dengan menidakkan fakta sejarah politik Lim Kit Siang yang mana sejak permulaan politiknya dari parti PAP lagi.

Bukan itu sahaja , pemimpin DAP boleh menyanggah fakta sejarah yang berlaku dimana dasar Malaysian Malaysia  yang dibawa oleh DAP itu mempunyai tujuan untuk menolak Hak hak Keistimewaan orang Melayu di Malaysia.

Dasar ini sekali gus juga telah menolak kontrak sosial yang dipersetujui oleh tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India . Penolakan ini dapat dilihat bagaimana mereka tidak langsung menghormati Agama Islam sebagai agama rasmi Negara, Bahasa Melayu sebagai Bahasa  kebangsaan, Kedaulatan Raja Raja Melayu,  dan banyak lagi perlanggaran dilakukan.

Tindakan pemimpin muda dan pemimpin senior DAP meyerang Tan Sri Anuar Musa  dilihat betapa terdesak dan kelam kabutnya pemimpin DAP dengan penerbitan buku tersebut. Wahal Anuar Musa hanya serang  seorang yang menjawat biro Penerangan UMNO dan itu hanya satu aktiviti biro sama sahaja dengan aktiviti parti-parti lain seperti DAP lakukan.

Sebagai Ketua Penerangan UMNO, TSAM hanya VIP yang merasmikan sahaja. Panel penilai bukan TSAM pun kerana panel yang menilai puluhan artikel, video dan sebagainya mestilah menghormati karya orang-orang Melayu dan Islam yang menyertai pertandingan itu.

Dasar keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan oleh  DAP  kepada rakyat  dinafikan dalam pertandingan menulis assei yang dipertandingkan. Rakyat berhak untuk menyuarakan hasil karya mereka dengan berdasarkan fakta kejadian ini bukan satu kesalahan dalam Negara Malaysia.

Kita masih ingat lagi bagaimana Teresa Kok yang menerbitkan lakonan penghinaan  hari raya dan  Namewee yang menghinaMalaysia dalam lagunya. Semua ini dilakukan oleh  pemimpin dan penyokong DAP tanpa mempedulikan  hati orang Melayu Islam.

Mengapakah DAP mendiamkan diri dan menggunakan alasan itu adalah hak kebebsan bersuara yang mereka laungkan. Dan dengan lantang menyalahkan rakyat yang mengkritik tindakan mereka sebagai tali barut kerajaan.

Untuk rekod buku itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda lepasan universiti dengan menggunakan banyak kaedah kajian antaranya kajian ethnography. Mereka menggunakan 103 bahan rujukan yang tediri daripada buku-buku, keratan akhbar, artikel-artikel, dokumen-dokumen, ceramah, jadual, gambar dan mereka membuat temuramah.

Dan nyata bahaw bukan Tan Sri Anuar Musa yang menerbitkan buku tersebut, tetapi mengapa Anuar Musa yang dipersalahkan? DAP seakan sudah tengelam punca untuk menuding jari kepada siapa yang seharusnya dipersalahkan.

Kesimpulannya DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan dasar perkauman dan tidak membenarkan mana mana rakyat di Malaysia mengkritik apa juga tindakan mereka dalan apa juga perbuatan mahu pun salah dan menghuru harakan Negara.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s