DAP Gagal Tunaikan Janji-MCA Proaktif Dalam Memastikan 70 Keluarga Memiliki Rumah PPR Di Mak Mandin


Oleh rmf

Image result for DAP enggan bina, BN bina!

Berjanji amat mudah, hanya perlu membuka mulut dan mengeluarkan perkataan dengan apa yang akan diberikan kepada rakyat, Amat mudah bukan, Begitulah layaknya pemimpin DAP menabur janji manis kepada rakyat di Pulau Pinang.

Berbagai janji pilihanraya yang telah diungkapkan oleh pemimpin DAP sejak dua penggal pilihanraya yang lalu, Namun tiada satu pun yang ditunaikan untuk menjaga kepentingan rakyat di Pulau Pinang, malah  pengusiran dan  penindasan dilakukan tanpa belas kasihan.

Sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha MCA Bahagian Bagan Dr Tan Chuan Hong yang mana melebelkan bahawa DAP adalah sebuah parti yang hanya tahu bercakp tetapi pada masa yang sama tiada perlaksanaan dilakukan untuk rakyat.

Dalam istilah lain, DAP hanya “cakap tidak serupa bikin”, dimana setiap kenyatan janji manis mereka hanya sekadar retorik politik semata mata. Tidak lebih daripada itu. Setelah kemenangan dicapai, janji hanya tinggal janji.

Begitulah nasib 70 keluarga dimana menerima nasib malang apabila dijanjikan oleh DAP mahu membina semula penempatan bagi penduduk Rumah Hijau Mak Mandin, sehingga kini  semua daripada mereka tiada mempunyai rumah untuk berlindung dan terpaksa berpindah dari kampong halaman masing masing.

Tindakan DAP ini sama seperti apa yang telah berlaku di Singapura dibawah pentadbiran PAP  yang menghalau penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan tidak pernah menunaikan janji kepada rakyat.

DAP adalah sebuah parti yang cakap tak serupa bikin dan merupakan sebuah parti yang tidak berintegriti dan hanya mahu mengambil kesempatan dari kuasa yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka. Kuasa ini dipergunakan untuk menghukum rakyat yang dahulunya tida termimpin diperlakukan sedemikian oleh pemerintah DAP.

Menurut Dr Tan lagi, , DAP tidak dapat merealisasikan janji-janji manis pada 308 dan 505 yang lalu, di mana DAP pernah berjanji mahu membina semula rumah di tempat bagi penduduk Rumah Hijau di Mak Mandin, sehinggakan penduduk tersebut tiada rumah dan terpaksa berpindah dari tempat asal mereka.

Penderitaan rakyat di Rumah Hijau Mak Mandin terus mendapat perharian MCA  sebagai sekutu kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan memastikan rakyat di Ruamah Hijau Mak Mandin mendapat pembelaan yang sepatutnya walaupun kalah pada pilihanraya yang lalu.

Demi prinsip” Rakyat Didahulukan” Barisan Nasional melalui MCA tetap meneruskan usaha demi kepentingan rakyat jelata. Pembinaan rumah sedang dalam pembinaan dijalankan bagi memastikan tiada rakyat yang dipinggirkan.

Pada dasarnya BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat meneruskan usaha demi kepentingan rakyat, ini dapat dibuktikan melalui pembinaan PPR. Sikap tidak bertanggungjawab DAP ini jelas menunjukkan bahawa mereka hanya mahukan kuasa semata mata.

DAP berjanji pada pilihanraya 505, sekiranya memenangi  dalam pilihanraya akan membina rumah penduduk  ditempat asal  dan segala kebajikan untuk rakyat akan diteruskan. Namun  seperti “Kacang lupakan kulit” DAP terus melupakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

Dr Tan dalam kenyatan yang diberikan , Kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional menunaikan janji kepada 70 isi keluarga tersebut dan tetap menjaga kepentingan mereka, membina sebuah PPR dan membelanjakan sebanyak RM 9 juta yang mempunyai 11 tingkat, 70 unit dan tempat parkir sebanyak 77 unit, 2 tempat parkir khas OKU serta berpuluh-puluh tempat letak motorsikal.

PPR yang setinggi 11 tingkat dijangka siap pada tahun 2018 dan mengambil masa 21 bulan untuk disiapkan setelah beberapa masalah taknikal berkaitan dengan  saliran dapat diatasi. Apa yang pastinya nasib rakyat kini sedang dibela oleh kerajaan pusat melalui gerak kerja yang dilakukan oleh MCA Pulau Pinang.

Rumah PPR ini apabila siap nanti akan diserahkan  kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk diserahkan kepada 70 keluarga yangdijanjikan sebelum ini.  Harus diingatkan bahawa setiap 70 keluarga tersebut mesti memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menduduki rumah berkenaan.

Tujuan berbuat demikian adalah untuk mengelakkan berlakunya  pengagihan rumah tersebut kepada kroni DAP yang  diketahui amat rakus dalam apa juga peluang yang ada sehingga menindas rakyat yang sepatutnya dipilih.

Tambahan lagi, beliau berkata 70 isi keluarga yang berkenaan haruslah mematuhi syarat-syarat, ini kerana PPR adalah dibekalkan kepada penghuni yang memerlukan, penghuni hanya membayar RM 124.00 sebulan sahaja.

Walaupun kos pembinaan adalah RM 130 ribu, malah ia tidak akan dijual dengan harga tinggi, malah hanya untuk membayar RM 124.00 sebagai sewa, dan sekiranya mahu dijual, akan dijual dengan harga RM 30 ribu sehingga RM 35 ribu.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in DAP Gagal Tunaikan Janji-MCA Proaktif Dalam Memastikan 70 Keluarga Memiliki Rumah PPR Di Mak Mandin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s