RAFIZI RAJA FITNAH Dengan Sengaja Memfitnah Florence Goh Untuk Memburukkan Kerajaan


Oleh rmf

Raja Fitnah sedunia dan merangkap Raja Fitnah Malaysia  Rafizi Ramli , kali ini telah terperangkap dengan andaian  yang mengaitkan beberapa individu  dalam cuba mengwujudkan persepsi  yang berbaur politik.

Rafizi selaku Raja Fitnah Malaysia akan melakukan apa sahaja  tanpa mengira  fakta tai fitnah asalkan kerajaan   yang memerintah sekarang dibenci oleh rakyat jelata.

Rafizi yang memegang gelaran Raja Fitnah Malaysia ini dan juga merangkap Ahli Parlimen Pandan  telah  sengaja melakukan kesalahan dalam fitnah identity yang mengaitkan seorang wanita berbangsa Cina yang bernama Florence Goh,

Wanita yang menjadi mangsa Rafizi si Raja Fitnah ini telah dikatakan mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat yang bernama Godfrey Group Ltd yang dikatakan telah membayar RM1.07 juta kepada seorang pelobi Washington.

Dalam satu sidang media khas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong pagi ini, wanita tersebut Florence Goh berkata tuduhan Rafizi mengancam keluarga dan perniagaannya

“Saya bukan individu itu dan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya seorang ahli perniagaan,” kata Florence Goh yang memperkenalkan dirinya sebagai pemilik CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

“Saya berharap pihak berkuasa akan membantu saya kerana saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Wee Ka Siong, Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, menurut dokumen SSM yang ditunjukkan Rafizi, alamat syarikat CRT Insights didaftarkan Jalan Molek 2/1. dan bukannya 42 Jalan Molek 2/3 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli.

“Rafizi perlu periksa fakta sebelum membuat tuduhan melulu,” kata beliau.

Merujuk kepada dokumen SSM yang diberikan kepada  Wee, percanggahan fakta  amat jelas  sebagaiman difitnah oleh Rafizi . Rafizi dalam kenyataannya menggunakan nama Cina wanita itu, Goh Siew Boey, syarikat miliknya bersama butiran pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Florence Goh hari ini menuntut permohonan maaf daripada Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan. DS Dr Wee secara tegas menemplak Rafizi Ramli dengan berkata,

“Sebelum kamu membuat sebarang tuduhan liar kamu mesti semak secara menyeluruh. Bagaimana boleh kamu membuat kesilapan tersebut, kamu tidak boleh menuduh seseorang sebarangan.”

Rafizi Ramli perlu memeriksa fakta sebelum membuat apa-apa pendedahan kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Menurutnya, selepas Rafizi mengaitkannya dengan Godfrey, beliau dihubungi rakan niaganya dari luar negara bertanyakan sama ada dakwaan itu benar.

“Saya sepatutnya menyambut ulang tahun ke-10 syarikat saya apabila masalah ini timbul,” katanya yang mempertimbangkan untuk menyaman Rafizi.

Rafizi pada Sabtu berkata seorang wanita bernama Florence Goh merupakan pengarah Godfrey, dan mempunyai pertalian dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad.

Advertisements
Image | This entry was posted in RAFIZI RAJA FITNAH Dengan Sengaja Memfitnah Florence Goh Untuk Memburukkan Kerajaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s