DAP Panggang 5 Ekor Babi Simbolik Bintang Lima Bucu Logo Universal Komunis Dunia Dan Israel


Oleh rmf

Selepas Pilihanraya 2008 – Lima babi panggang lambang 5 negeri Melayu ditawan. DAP dengan babi panggang adalah siimbolik kepada  lambang bintang lima bucu yang mana  merupakan lambang fahaman komunisme dan juga Israel yang  disokong oleh mereka.

Lambang  lima bucu ini bermaksud  ketenteraan, Perisikan, Buruh, Petani dan generasi muda. Kesemua elemen ini merupakan sasaran perjuangan DAP untuk berkuasa. Cuba kita lihat setelah DAP menguasai Pulau Pinang, perkara yang pertama diwar warkan ialah pasukan sukarela yang dibentuk.

Penglibatan agenda komunisme didalam PAP ini bukan rahsia lagi  malah fahaman ini telah diterapkan bersama Nair yang telah menubuhkan DAP di Bangsar dan  fahaman komunisme ini amat ketara telah menjadi garis panduan perjuangan DAP.

Banyak bukti yang telah diperlihatkan melibatkan DAP adalah sebuah parti yang telah membawa fahaman komunisme ini  dan ianya telah ditunjukkan secara simbolik oleh pemimpin DAP sekarang.

Sedarlah wahai anak bangsa jangan kamu terpedaya dengan dakyah DAP kerana matlamat mereka sama dengan komunis tetapi mereka lakukan dengan cara berpolitik bukan lagi dengan mengangkat senjata. Tapi matlamat mereka tetap sama

Sebelum Lee menjadi Perdana Menteri, Singapura diperintah oleh Ketua Menteri, Lim Yew Hock dari parti Buruh yang telah menahan sebilangan besar aktivis PAP di bawah ‘Akta Preservation of Public Security'(Akta Pemeliharaan Keselamatan Awam) kerana terlibat dengan anasir komunis.

Antara pimpinan PAP yang ditahan adalah Lim Chin Siong, Devan Nair, Fong Swee Suan, James Dominic Puthucheary, S Woodhull dan Chan Chiaw Thor.

Devan Nair, James Dominic Puthucheary dan Lim Chin Siong telah dianggap oleh pihak keselamatan British yang menjajah Singapura ketika itu sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya.

Perkara ini didedahkan Richard Clutterbuck, “Conflict and Violence in Singapore and Malaysia 1945-1983, Graham Brash (Pte.) Ltd ,Singapore, 1984, halaman 66 dan 99.

Strategi pecah dan perintah yang telah menghasilkan perpesahan dikalangan orang Melayu  sudah hampir mencapai matlamatnya. Sebilangan besar banyak Melayu sudah terpengaruh dengan persepsi yang dilontarkan.

Mereka melihat inilah masa terbaik untuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebutiaitu menawan Putrajaya dengan sokongan Melayu.

Dalam pada masa itu, orang Melayu telah lupa bahawa DAP secara diam diam telah mengamalkan dasar komunisme yang mana telah diserlahkan melalui tanda yang ada pada DAP sendiri. Pernah atu tidak kita terfikir  mengapa DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya.

Jika kita kaji sedalamnya bahawa bintang lima bucu adalah satu lambing yang digunakan adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia.

Bukan itu sahaja , didalam satu ucapan yang dikeluarkan oleh Guan Eng di Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People’s Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang)

Teori yang dibawa oleh Sun Yat Sen menyatakan  bahawa “Oversea chinese as the mother of revolution”. Teori ini digunapakai oleh DAP bagai menjayakan matlamat yang telah lama terpendam untuk menguasai Malaysia untuk orang Cina Chauvanis.

Falsafah pemerintahan Umar Abdul Aziz yang disebarkan untuk Guan Eng bukan lah satu falsafah yang menjadi ikutannya malah  DAP secara terangan telahg mengikuti  cara yang memberikan kepentingan  Chauvinisme Cina (Assobiyah).

Dasar falsafah Umar Abdul Aziz  selama ini yang telah dilaungkan terus menipu rakyat  berbangsa Melayu dan sokongan  penyokong Melayu telah menyebabkan tergadainya Selangor dan Pulau Pinang dengan mudahnya.

Dalam kejadian lain berdasarkan  kenyataan yang ditulis dalam sebuah buku yang bertajuk “Conversation With Lee Kuan Yew” tulisan Tom Plate, Lee Kuan Yew menyatakan dengan jelas bahawa ” Bangsa melayu adalah suatu bangsa yang pemalas dan kurang berkemampuan (M/S 53).

Kenyataan ini juga telah digunapakai oleh  DAP yang mana melebelkan  bangsa Melayu adalah dari golongan pendatang dan bukan penduduk asal di Tanah Melayu. Pertikaian mengenainya sekali gus  memperlihatkan DAP dalam simbolik nya telah menolak apa yang dijanjikan didalam kontrak sosial.

Sehingga kini, DAP terus menyerapkan fahaman liberal dikalangan orang Melayu agar menerima konsep “Middle Malaysia” yang mana sebahagian besar fahaman ini adalah diambil dari acuan “ Middle Israel” . Fahaman ini sekali gus menjurus kepada tindakan penyikiran kaum Melayu di Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja  penindasan ala komunis ini dilakukan terhadap mana mana kumpulan atau kelompok Melayu yang menyokong kerajaan sebagai hukuman dan menutup sumber pencarian rezeki mereka. Tekanan ini dibuat agar dimasa akan datang kelompok sokongan ini menjadi lemah dan tidak mempunyai kekuatan.

Lim Guan Eng mempunyai cita-cita yang sama dengan Lee Kuan Yew, DAP mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘Singapura kedua’. Hal ini telah dapat dilihat bagaimana strategi penyingkiran dilakukan sebagai mana Lee Kwan Yew  lakukan sebelum dapat menguasai Singapura sepenuhnya.

Dengan secara simboliknya sebagaimana yang divcita citakan oleh PAP untuk menguasai lima buah negeri di Pantai Barat Semenanjung digambatkan dengan meraikan kejayaan memerintah Perak Selangor dan  Pulau Pinang  digambarkan dengan memanggang lkima ekor babi.

Lima menunjukkan sokongan terhadap dasar komunisme dan lima itu juga menunjukkan cita cita  untuk menawan liba buah negeri sebagai mana menjadi idaman PAP. Lia itu juga mengambarkan sokongan DAP terhadap Isreal sebagaimana dilakukan oleh PAP dan Singapura.

Justeru itu, orang Melayu harus sedar dan bijak dalam melakukan sokongan agar dimasa akan datang nanti anak cucu kita tidak terjajah sebagaimana Singapura  sebagaimana yang diidamkan oleh DAP. Agenda besar DAP ini mesti disekat dan terus ditentang.

Oleh yang demikian, atas nama maruah bangsa Melayu dan kedaulatan Negara ini seharusnya bangsa Melayu bangun dari tidur dan terus  mengkaji ideology tersembunyi DAP dari terus merosakkan minda bangsa Melayu dan seterusnya menjajah anak cucu pada masa akan datang.

Advertisements
Image | This entry was posted in Babi Panggang 5 Ekor Simbolik Bintang Lima Bucu Logo Universal Komunis Dunia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s