Dr Tan – DAP Tukar Prinsip Dari  Amalan Cekap, Akauntabilti, Telus Kepada Diktator dan Kleptokrasi


Oleh rmf

Image result for Dr Tan Chuan Hong Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Pulau Pinang

Dr Tan Chuan Hong Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Pulau Pinang pada beberapa hari yang lalu terus menempelah tindakan  pemimpin DAP yang hanya mendiamkan diri terhadap pelbagai skandal yang melibatkan wang dan harta rakyat Pulau Pinang yang disalahgunakan.

Menurut Dr Tan, Terdapat banyak persoalan mengenai projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang, termasuk terowong bawah dasar laut, di mana sebanyak RM 2bilion telah dibayar kepada syarikat pemaju walaupun laporan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) masih tidak dikeluarkan, serta penjualan tanah sebanyak 6.4 ekar di Lebuh Raya Peel untuk pembinaan hospital mewah swasta tanpa tender terbuka.

Sebelum ini Dr Tan mengingatkan bahawa  DAP telah melaungkan bahawa mereka adalah  kerajaan yang berteraskan CAT (cekap, akauntabilti, telus)  dan akan menjaga kebajikan serta keperluan rakyat marhaen sebelum memenangi  PRU.

Namun sekarang  DAP  telah mengantikan dengan sebuah kerajaan dictator, zalim kejam dan perkauman. Ini kerana DAP sering mengubahkan pendirian mereka dan membuat keputusan terakhir. Terlalu banyak perkara yang disembunyikan DAP dari pengetahuan rakyat.

Baru baru ini, cerita penjualan tanah di Lebuhraya Peel juga telah terbongkar apabila  dijual pada harga bawah nilai pasaran. Jualan tersebut juga tidak dilakukan secara tender terbuka sebagaimana yang sering dilaungkan oleh DAP.

Sememangnya DAP adalah sebuah parti yang amat suka membeli dan menjual apa sahaja yang mendatangkan keuntungan kepada mereka apabila mendapat kuasa. Hal ini berlaku dan terbongkar apabila mereka telah berkuasa di Pulau pinang.

Kerakusan menggunakan kuasa tanpa memikirkan hak  kepentingan rakyat dilakukan demi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. DAP menjual segala yang ada tanpa meninggalkan sisa  untuk generasi akan datang. Mereka beranggapan bahawa ini adalah peluang yang mesti diambil.

Guan Eng telah didakwa atas dua kesalahan pada bulan Jun lepas, iaitu menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri pada 18 Julai 2014 untuk meluluskan permohonan syarikat milik Phang Li Koon, Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukarkan status sebidang  tanah sebagai balasan menjualkan rumahnya kepada Guan Eng dan isterinya Betty Chew. Ini merupakan satu kesalahan di bawah Perkara 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009.

Semenjak terbongkar dan tertangkapnya Guan Eng dalam isu rasuah dan  pembelian bangle dibawah harga pasaran terlalu banyak  skandal skandal yang melibatkan dana rakyat terbongkar.  Diantaranya ialah pengadaian tanah rakyat kepada pemaju  terowong dasar laur yang sehingga kini  tiada apa pun perkembangannya.

Sebelum ini kita melihat kelantangan pemimpin DAP mengkritik kerajaan dalam isu rasuah yang hanya dibuat  melalui persepsi semata mata tanpa bukti yang kukuh. Mereka terus mendesak agar pemimpin tersebut meletakkan jawatan walaupun  belum lagi disabitkan kesalahan.

Ini cara DAP, menggunakan pleuang sedia ada  yang boleh memberikan faedah kepada mereka.  Oleh itu seharusnya  dasar keterbukaan dan demokrasi yang menjadi amalan DAP ini dibuat pula kepada Guan Eng yang mana ternyata sudah tertangkap dan dibicarakan.

Seharusnya, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh yang bersemangat mengutuk tindakan rasuah supaya menyokong usul BN dan meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng meletak jawatan dan memberi laluan kepada Exco Chow Kon Yeow untuk menjadi Pemangku Ketua Menteri semasa dia disiasat atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Namun perkara ini tidak berlaku,  Guan eng seperti tokong yang dijamu buah limau setiap pagi dan tidak boleh disentuh langsung. Rata rata pemimpin DAP telah lupa apa yang mereka laungkan selama ini untuk menempelah pemimpin BN

Menurut Dr Tan Chuan Hong sepatutnya bagi membuktikan amalan pemimpin-pemimpin DAP sentiasa bercakap bahawa mereka mengamalkan demokrasi berparlimen, dan bahawa pemimpin-pemimpin mereka tidak teragak-agak meletak jawatan demi menjamin ketelusan yang dijanjikan kepada rakyat.

Persoalannya sekarang  mengapakah DAP sekarang berdiam diri apabila terdapat satu kes yang melibatkan Ketua Menteri mereka? Dimanakah Phee Boon Poh yang mana selama ini cukup tegas dalam memperkatakan isu rasuah.

Dimanakah Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh yang bersemangat mengutuk tindakan rasuah supaya menyokong usul BN dan meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng meletak jawatan dan memberi laluan kepada Exco Chow Kon Yeow untuk menjadi Pemangku Ketua Menteri semasa dia disiasat atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam pembelian rumah banglonya.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Telus Kepada Diktator dan Kleptokrasi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s