MCA ; Guan Eng Mesti Beri Penjelasan Isu Melelong Tanah Kerajaan Bawah Harga Pasaran


Oleh rmf

Related image
gambar sekadar hiasan

Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disifatkan telah mati sekiranya tanah tersebut benar-benar sudah beralih tangan kepada pemaju.

Ini kerana, sehingga kini tiada langsung pengumuman dibuat kerajaan negeri berhubung status tanah tersebut sedangkan perkara berkenaan merupakan kepentingan awam.

Tempoh masa lima tahun sahaja, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjual 33% tanah Kerajaan Negeri kepada pemaju-pemaju yang mempunyai hubungan kroni atau Lim Guan Eng sekeluarga ada kepentingan dalam syarikat-syarikat pemaju tersebut, pada kadar yang tersangat tidak masuk akal murahnya.

Penjualan tanah tanha kerajaan yang boleh disifatkan lelong  ini oleh kerajaan DAP tidak disedari oleh banyak pihak. Rata rata  tindakan melelongkan tanah  kerajaan ini disembunyikan sekuat mungkin agar DAP kelihatan begitu telus dalam pentadbirannya.

Sejak memerintah Pulau  Pinang pada  DAP begitu rakus menjual apa yang boleh mendatangkan  kekayaan kepada kroni dan  sekutu mereka di Singapura. Sebaganyak 33% tanah  kerajaan yang diperuntukkan  untuk rakyat kini hampir pupus dilelong.

Persoalannya sekarang bagaimana tiada seorang pun yang bernai membongkar tindakan ini? Dimanakah pemimpin politik yang sentiasa  mengakui akan menjaga kepentingan rakyat  untuk mengambil tindakan untuk menghalang tindakan rakus DAP dalam isu  melelongkan tanah kerajaan ini?

Sebagaimana biasa DAP akan terus mencipta isu  isu tidak penting bagi menutup tindakan mereka ini  dan mengalihkan perhatian rakyat  dari terus memperkatakan  skandal yang terbesar mereka. Ini cara DAP, seboleh nya mereka akan terus memastikan setiap inci tanah di Pulau Pinag bukan lagi menjadi milik kerajaan.

Dengan cara ini secara tidak langsungnya Pulau Pinang bukan lagi milik kerajaan dalam pemilikian tanah  tetapi hanya  bersifat pemilikan atas kertas sahaja dan bukan dalam pemilikan asset terpenting iaitu tanah.

Baru baru ini kita dikejutkan lagi dengan penjualan tanh kerajaan yang berkleluasan 6.4 ekar yang berhampiran dengan hospital swasta di lebuh raya Peel Avenue. Tanah  yang sepatutnya dijual dengan cara tender terbuka tidak dilakukan demikian.

Difahamkan bahawa tanah tersebut dipajakan kepada Hospital Islam Pulau Pinang yang mana pemegang sahamnya ialah rakyat Singapura. Kritikan rakyat berkaitan dengan isu tersebut tidak pernah diambil kira oleh DAP.

Pemimpin MCA dilihat amat peka tentang hal tersebut dan terus meminta penjelasan  isu penjualan tanah kerajaan tanpa tender oleh  kerajaan DAP. Dr Tan Chuang Hong yang mempersoalkan sikap tidak telus Guan Eng dalam penjualan tanah seluas 6.4 ekar..

Menurut pemimpin MCA tersebut, . perjanjian tersebut sebagai bermasalah kerana kawasan berhampiran Gurney Drive bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Plot Aveneu ini hargnya hanyalah RM 560 sekaki persegi.

 Melaui maklumat yang didedahkan ini ternyata  bahawa tanah tersebut kini dijual dibawah paras harga pasaran semasa. Sebagaimana biasa DAP akan terus mencari kambing hitam untuk dipersalahkan, sudah pastinya kerajaan akan  dituding jari dalam hal ini.

Dalam isu penjualan tanah  dibawah harga  pasaran ini Guan Eng tidak perlu menuding jari kepada sesiapa sahaja. Namun beliau harus menjawab persoalan yang dikemukan oleh  Dr. Tan  untuk diberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan isu tersebut.

Untuk rekod yang diberikan,  DAP hanya memerintah bermula dari tahun 2008, keluasan tanah Kerajaan Negeri hanya tinggal 8% sahaja daripada keluasan keseluruhan.

Berikut adalah senarai tanah-tanah yang telah dijual oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang semenjak tahun 2011 sehingga 2014 sahaja. Senarai tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dijual dari tahun 2008 sehingga 2011 akan menyusul kemudian dan jumlahnya jauh lebih besar dan luas:

2011 – seluas 102 ekar tanah di Bayan Mutiara telah dijual kepada Ivory Properties pada harga RM1.07 bilion.

2013 – seluas 110 ekar tanah di Gurne Drive telah dijual kepada Consortium Zenith BUCG untuk projek Terowong Pulau Pinang bernilai RM6.3 juta. Kes ini unik kerana nilai RM6.3 bilion itu tidak melibatkan wang tunai.

2013 – 40 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada PE Land.

2014 – tanah seluas 245 ekar di Batu Kawan telah dijual kepada Aspen Vision di mana kepentingan Ivory Properties di dalam syarikat tersebut adalah 49%.

2014 – 30 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Paramount Group bernilai RM57 juta.

2014 – 470 ekar tanah di Batu Kawan telah dijual kepada Eco World bernilai RM1.02 bilion.

2014 – 49% daripada 198 ekar tanah di Batu Kawan dan 6.67 ekar tanah di Bayan Lepas terjual kepada Temasek Singapura tanpa membabitkan sebarang bayaran tunai!

Kesemua jualan tersebut bernilai berbilion Ringgit, tetapi jualan tanah dari tahun 2008 sehingga 2012, Pulau Pinang sekadar mencatatkan pertumbuhan sekitar 3,85% (sebanding dengan kadar bon Kerajaan Persekutuan) menerusi simpanan tunai Pulau Pinang dari RM1.02 bilion untuk sekadar mencapai RM1.192 bilion.

Persoalannya ialah, menerusi peningkatan yang begitu kecil, di mana keseluruhan wang yang berbilion-bilion hasil jualan tanah itu semua? Adakah kerana perbelanjaan tahunan yang bertambah dua kali ganda?

Satu persoalan besar yang seringkali dipersoalkan ialah, berbanding menjual tanah, mengapa agaknya PDC Pulau Pinang tidak membangunkan atau memajukan tanah milik Kerajaan Negeri itu sendiri?

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA ; Guan Eng Mesti Beri Penjelasan Isu Melelong Tanah Kerajaan Bawah Harga Pasaran and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s