Calon Perdana Menteri- Pakatan Gagal Dalam Membuat Keputusan Penting- Bagaimana Nasib Rakyat Nanti?


Oleh rmf

Image result for calon perdana menteri pakatan harapan

DAP cukup bijak dalam percaturan politik tanh air didalam blok pembangkang, Dap dengan majority kerusinya terus mendominasi kuasa penutus dikalangan blok pakatan Harapan. Setiap gerak kerja yang dilakukan semerstinya akan memihak kepada DAP.

Ini cara DAP berpolitik, DAP  sanggup menjadi pak turut dalam isu isu yang melibbatkan bukan kepentingannya malah parti itu sanggup menjadi penyokong sahaja  terutama dalam melibatkan hal berkaitan dengan Melayu Islam.

DAP sebagai penyokong akan terus menyokong tindakan dikalangan pemimpin Pakatan yang lain yang membahaskan isu berkaitan dengan Melayu. Hal ini terbukti dimana banyak perkara  berkaitan isu yang tidak penting berlaku mendapat sokongan DAP.

Tetapi dalam isu pemilihan Perdana Menteri DAP sekali lagi menunjukkan kuasa majoritinya dengan menolak cadangan Mahathir untuk menubuhkan satu gagasan pakatan yang menggunakan satu logo atau lambing sebagai mana Barisan Nasional .

Penolakan DAP ini adalah disebabkan ianya  tidak memberikan kelebihan kepada DAP untuk menentukan  pilihan mereka  dan sudah semestinya pemilihan akan dibuat berdasarkan sokongan  majority ahli parti dan bukan lagi  berdasarkan majority kerusi sebagaimana sekarang.

Campuran empat  parti di bawah pakatan pembangkang yang tidak sehaluan dan telah mencetuskan kecelaruan dikalangan m mereka bagi menentukan siapakh yang bakal menduduki kerusi Perdana Menteri jika Pakatan dapat memenangi PRU14 akan datang.

Perjuangan ketiga-tiga parti itu tidak sehaluan dan  akan memberi kesan terhadap negara, terutama rakyat, yang akan mengalami kerugian. Setiap parti yang mempunyai agenda peribadi yang tersendiri dan tidak mementingkan  rakyat.

Oleh itu dengan tidak secara langsungnya  rakyat dapat melihat kemampuan Pakatan Harapan dalam membuat sesuatu keputusan yang begitu penting sekali. Jika  untuk berlaku adil dalam memilih jawatan pun sudah mendatangkan pelbagai percanggahan dan masalah, bagaimana nanti  jika berhadapan dengan urusan Negara dan rakyat yang berjumlah hampir 31 juta orang.

Sebagaimana yang kita ketahui, DAP sejak dahulu amat teliti dalam memilih calon yang boleh mendatangkan faedah kepada mereka, calon yang boleh diarah itu dan ini sebagaimana Nizar Jamaluddin di Perak satu ketika dahulu.

Jadi sasaran DAP adalah sudah pastinya Wan Azizah yang mana ramai rakyat amat tahu tentang kelemahan pendiriannya dalam apa juga membuat keputusan. Dengan mencalonkan Wan Azizah DAP mempunyai banyak ruang dan peluang untuk mendapat apa yang mereka idamkan.

PKR pula melaui Wan Azizah mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. PPBM  mahukan presidennya dan kemungkinan DAP pun mahu merasa jadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak seperti BN sepakat dan mempunyai matlamat tetap untuk mentadbir negara, mereka hanya mahu menang sahaja.

Pada pilihanraya akan datang  terpulang kepada rakyat untuk mengundi kerana taksub kepada sesebuah parti pembangkang biarpun apa dilakukan parti itu bertentangan dengan Islam yang boleh menyebabkan keamanan negara tergadai.

Melihat dari apa yang sedang berlaku sekarang didalam pemilihan calon Perdana Menteri , amat jelas  sekali bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai kewibawaan dalam urusan untuk membuat satu keputusan yang amat penting dan  sudah pastinya akan berlaku kepincangan  banyak perkara dalam menguruskan keperluana rakyat seluruh Negara.

Advertisements
Image | This entry was posted in Calon Perdana Menteri- Pakatan Gagal Dalam Membuat Keputusan Penting- Bagaimana Nasib Rakyat Nanti? and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s