Rakyat Seremban Wajar Memilih MCA Demi kelestarian pembangunan Dan Kebajikan


oleh rmf

Image result for MCA seremban

Pilihanraya dijangka akan ditetapkan tidak lama lagi, berbagai persiapan dilakukan oleh kesemua parti untuk menghadapinya. Berbagai kaedah dan idea dilakukan melalui program untuk menarik seberapa banyak penyokong kepada sesabuah parti.

Pakatan harapan terus melakukan cara tersendiri  iaitu dengan  melontarkan berbagai persepsi untuk mengaburi mata rakyat agar melihat setiap apa yang dilakukan itu adalah benar dan tidak membohongi rakyat.

Namun pada masa yang sama rakyat terus menilai dan  melihat sebarang bentuk usaha  yang mementingkan kepentingan rakyat dilaksanakan dan sudah pasti rakyat menolak politik fitnah dan persepsi .

Pada masa yang sama Barisan Nasional serta komponen yang berada didalam kepartian terus mengorak langkah sejak memenangi PRU 13 yang lalu memastikan kepentingan rakyat serta janji janji pilihanraya ditunaikan sebaiknya.

Untuk ketika ini sudah 85% janji janji yang telah diberikan kepada rakyat telah terlaksana. Bukan itu sahaja komponen Barisan Nasional juga  telah bergerak dari semua peringkat melihat segenap rungutan yang boleh diambil tindakan sewajarnya.

MCA sebagai komponen parti yang terbesar didalam Barisan Nasional juga terus memastikan sokongan semua peringkat kembali kepada  Bariswan Nasional. Gerak kerja transformasi dari awal telah dilakukan.Gerak kerja yang melibatkan semua peringkat anggota MCA.

MCA  telah melihat peningkat sokongan ini  hasil gerak kerja yang berterusan  pada tiga pilihanraya yang telah dilakukan. Ketiga pilihanraya tersebut MCA telah melihat sokongan pengundi  masyarakat Cina  semakin kembali menyokong kepimpinan kerajaan.

Pada pilihanraya 14 yang akan datang nanti, mungkin ada calon calon baru yang akan diketengahkan oleh MCA untuk mengukuh sderta menjadi pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada sekarang.

Rata rata anggota MCA akur dengan pilihan yang dibuat oleh Presiden  tanpa ada bantahan demi memastikan kemenangan berpihak kepada  Barisan Nasional dan mengembalikan kerusi MCA yang telah hilang semasa PRU13 yang lalu.

Penduduk di kawasan Parlimen Seremban diminta terus menyokong calon Barisan Nasional (BN) demi kelestarian pembangunan dan kebajikan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon berkata di bawah pembangkang, tiada perubahan yang dilakukan demi kebajikan rakyat.

Justeru, untuk mengubah keadaan itu, mentaliti hanya mengundi calon dan bukannya parti harus diketepikan.

“Tak kira siapa pun calonnya, apa yang kita nak adalah parti kita BN menang. Jika ini dapat dibuat, maka saya yakin kita boleh tawan Parlimen Seremban daripada pembangkang. Kita kena kerja keras kerana masa tidak lagi tunggu kita, dan kita tidak boleh tunggu sehingga sampai pembubaran (Parlimen),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika perjumpaan bersama pengundi di kawasan itu.  Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Chong, Pengerusi My PPP Negeri Sembilan Suhul Hammed Shaik Mohaideen dan Ketua MCA Seremban Siow Koi Voon turut hadir di dalam program berkenaan.

Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan dalam pada itu turut menyeru seluruh anggota parti termasuk komponen terus memperkukuhkan perpaduan dan berjalan sederap agar hasrat untuk merampas kembali kerusi Seremban dapat direalisasikan.

Pada PRU13, Parlimen Seremban menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN Yeow Chai Thiam, Loke Siew Fook (DAP), dua calon bebas dan seorang calon Berjasa.

Pada pilihan raya itu, Loke menang dengan majoriti 12,553 undi.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Rakyat Seremban Wajar Memilih MCA Demi kelestarian pembangunan Dan Kebajikan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s