Barisan Nasional Johor Setuju MCA Sebagai Calon Untuk Kerusi  Parlimen Gelang Patah


Oleh rmf

DAP telah berjaya mengelirukan pengundi Gelang Patah dengan pelbagai janji dan  pembelaan sewaktu PRU 13 yang lalu. Janji janji yang cukup meyakinkan pengundi diselang seli pula dengan isu yang kurang dikaji kebenarannya menyebabkan Gelang Patah dimenangi oleh DAP.

Setelah lima tahun berlalu, tiada sebarang agenda yang dilaksanakan sebagai  menunaikan janji DAP kepada rakyat Gelang Patah. Ahli Parlimennya Kit Siang yang  hanya meninggalkan tapak kaki sahaja setelah kemenangan dicapai.

Lin Kit Siang  sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah sibuk menguruskan hal berkaitan politik anaknya Guan Eng  di Paulu Pinang disamping  terus merekacipta isu isu yang mengugat polarisassi kaum dalam Negara ini.

Ini lah diantara kerja yang dilakukan oleh Kit Siang sepanjang menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah. Sehinggakan satu ketika rakyat Gelang Patah terpaksa mengwar warkan kehilangan Ahli Parlimen  mereka.

Kehilangan Kit Siang di Gelang patah disifatkan sebagai seorang pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawab  mengenai kebajikan rakyat disana. Kit Siang hanya mahukan kemenangan bagi pertambahan kerusi  Parlimen sahaja, tidak lebih dari itu.

Melihat scenario yang berlaku itu, Barisan Nasional  Johor telah bersetuju  untuk meletakkan calon  MCA untuk bertanding kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihanraya Umum 14 akan datang.

Bagaimana pun pencalonan  MCA ini merupakan satu cadangan dari Barisan Nasional negeri Johor yang mana keputusan terakhirnya ialah dari  pucuk kepimpinan  Barisan Nasional Pusat.

Walau bagaimana pun untuk mengimbangi populasi pengundi di Gelang Patah yang mana pada kebanyakannya dari kaum Cina  untuk ketika ini calon dari MCA  adalah bersesuaian.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin  apabila mengulas  cadangan meletakkan calon MCA di Gelang Patah,

“BN Johor akan meletakkan calon di semua tempat, tidak akan ada yang terlepas termasuk Gelang Patah yang kita telah bersetuju letakkan calon MCA,” katanya, yang juga Pengerusi UMNO Johor, pada sidang media selepas mempengerusikan Badan Perhubungan UMNO Negeri, di Johor Bharu Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Kit Siang dalam satu ceramah di sini Jumaat malam bahawa beliau akan mempertahankan kerusinya pada PRU-14.

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau (Lim Kit Siang),” katanya sebagai merujuk kepada keputusan pemimpin veteran parti pembangkang itu. Pada PRU-13, pada 2013, Kit Siang menewaskan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan majoriti 14,762 undi.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata jentera pilihan raya parti itu sudah siap 75 peratus bagi menghadapi PRU-14.

Persiapan ini, katanya, termasuk mengenal pasti perkara-perkara yang akan diperjuangkan untuk rakyat iaitu berhubung keselamatan dan lain-lain, serta mengesan jumlah pengundi sebenar masyarakat Melayu di Johor.

“Bagi pengundi itu, kita telah berjaya mengesan seramai 800,000 orang menerusi proses ‘percubaan yang dilaksanakan.

“Tentang sentimen mereka, itu adalah rahsia parti tetapi rata-rata mereka bersama dengan kerajaan negeri dan pusat,” katanya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Barisan Nasional Johor Setuju MCA Sebagai Calon Untuk Kerusi  Parlimen Gelang Patah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s