Akibat Politik Kebencian Dan Perkauman Pakatan Harapan-Polarisasi Kaum Semakin Musnah


Oleh rmf

Image result for Pelbagai kaum di malaysia

Dahulu perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali, malah sikap menghormati diantara kaum amat dijunjung tinggi  oleh masyarakat. Saling menghormati diantara satu dengan yang lain. Sikap toleransi yang amat tinggi.

Persoalannya mengapa sekarang polarisasi kaum ini amat tergugut?  Adakah kerana inya  salah satu kegagalan pihak yang memegang kuasa dan undang-undang melihat secara mendalam cabaran politik yang sedang berlaku.

Agama dan politik umpama darah daging yang meresapi tubuh badan manusia. Majoriti manusia mempunyai pegangan agama dan pendirian politik masing-masing. Mungkin hanya segelintir yang tidak memilih mana-mana agama dan menolak politik secara mentah-mentah.

Perkara ini berkait rapat dengan polarisasi politik yang mana sekarang ini telah melanggar batas  batas persempadannan diantara agama dan politik. Pelanggaran ini telah menyebabkan beberapa tindakan yang diluar batasan dan sekali gus mneyentuh agama kaum lain .

Sebagaimana yang diperkatakan oleh J.S Furnivall seperti berikut;

‘… mereka bercampur gaul tetapi tidak bersatu padu. Setiap kumpulan ada agama, budaya dan bahasa, ideology dan haluan sendiri. Mereka tinggal sebelah menyebelah tetapi terdapat perpisahan dalam unit yang sama …’ :  J.S Furnivall. Colonial Policy and Practice, Cambridge University Press, London.

Polarisasi kaum dan agama di Malaysia semakin serius. Tetapi kita boleh mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Mencegahnya lebih baik daripada kita asyik bercakap tentang amaran sahaja.

Fahaman politik ini menjadi semakin serius apabila semua perkara dipolitikkan secara sempit sehingga mahu bercakap soal Islam dan Melayu pun dikaitkan dengan parti politik. Ianya ditambah pula dengan kewujudan parti politik yang mengamalkan dasar perkauman  sebagai pemecah keharmonian kaum.

Dasar perkauman ini terus dimainkan  dengan mneyentuh serta merlakukan provokasi terhadap kaum lain dengan menyentuh sensitivity agama anutan kaum tersebut. Setengah daripada  tindakan ini sememangnya dirancang untuk melihat tindak balas sebelum agenda seterusnya dilakukan.

Semua ini adalah disebabkan kerana ada diantara pemimpin dalam Negara ini melihat ianya sesuatu yang boleh dikawal dengan hanya bercakap sahaja. Konflik yang lebih besar pasti belaku jika tiada ketegasan dalam perundangan dilaksanakan.

Sebagai contoh yang terbaik bagaimana Indonesia yang mengawal tindakan pencabulan terhadap kedaulatan  agama, Negara mereka dengan tegas amat dipuji. Bagaimana dengan Malaysia?

Sedekad lalu jarang-jarang orang bukan Melayu berani memperlekeh Institusi Raja-Raja Melayu. Amat jarang orang Melayu bersekongkol dengan parti yang menghina Agama Islam, Bangsa Melayu sebagai rakan politik mereka.

Sekarang walaupun Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Sultan-sultan sebagai ketua negeri masing-masing, orang bukan Melayu langsung tidak mempedulikannya. Malah tanpa rasa takut, mereka hina pemimpin tertinggi negara kita ini.

Salah kita sendiri, kerana sebelum ini orang Melayu terlampau banyak bertolak ansur dengan kaum lain. Akibatnya orang Melayu secara keseluruhan telah mula dihina, dicerca dan dipertikaikan pula hak ketuanan orang Melayu di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara yang buruk sebenarnya sudah berlaku kepada orang Melayu. Yang belum lagi ialah dibuli dan dihalau dari tanah airnya sendiri. Apakah orang Melayu baru hendak bersatu apabila perkara tersebut berlaku? Mungkin sudah terlambat.

Apabila identiti agama, bangsa semakin dikaburkan dengan nilai umum dan sejagat seperti demokrasi dan hak asasi manusia, manusia mencari semula dan menonjolkan agama sebagai ciri dan identiti mereka.

Mungkin, dalam semangat kita untuk memanggil diri kita sebagai rakyat Malaysia, ramai di antara kita memilih untuk menjadi tanpa identiti kaum. Mungkin, apa yang kita perlukan adalah untuk mengambil iktibar dari dalam kitab-nenek moyang kami.

Tan Sri Yuen Yuet Leng, seorang pegawai polis yang terkenal yang boleh diambil sebagai model  telah mengeluarkan kata-kata ini, “Saya seorang Melayu, saya seorang Cina, saya seorang India”. penjelmaan beliau semangat ini, mengajarnya kesakitan yang orang lain rasakan ketika bangsa dan agama sedang mengejek.

Pernah atau tidak kita belajar dari sejarah yang melukakan hati kita sebagai pengajaran dan teladan untuk kita terus menilai serta menghormati kaum lain dalam kehidupan  seharian.

Asakan dari parti yang mengamalkan dasar kebencian terhadap kaum telah mula mempengaruhi kehidupan kita. Kita sedang menolak apa yang kita jaga , kita lindungi  sebagai satu bangsa yang berdaulat. Penolakan ini hanya atas nama hak asasi dan kesamarataan yang diperjuangkan oleh parti perkauman.

Tindakan tidak bertanggungjawab juga menggugat perpaduan kaum dan keselamatan negara, akan menjejaskan usaha kita untuk merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara model pelbagai kaum dan agama.

Mainan isu kebencian kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO oleh DAP sudah berjaya. Usaha membolehkan kaum Cina yang “sudah pun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia sedang berlangsung.

DAP dakwa mereka memperjuangkan politik berbilang kaum tetapi itu cakap-cakap kosong kerana tumpuan parti itu lebih kepada kepentingan kaum Cina. Kaum Cina tidak akan dapat menguasai politik Malaysia tanpa orang Melayu. Jika kehidupan Melayu juga terjejas, ekonomi orang Cina juga tergugat.

Masalah perpaduan antara kaum terutama bumiputera dengan Cina semakin renggang. Usaha kerajaan BN untuk bertolak ansur dengan kaum Cina melalui pendidikan pun tidak menjadi malah makin menjadi-jadi tegaknya tocang mereka.

Advertisements
Image | This entry was posted in Akibat Politik Kebencian Dan Perkauman Pakatan Harapan-Polarisasi Kaum Semakin Musnah and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s