PAS Lafazkan Penceraian Talak 3 Menyebabkan DAP Seperti Orang Gila Talak


Oleh rmf

Image result for PAS Cerai DAP

Putus sudah kasih sayang, sebagaimana lagu yang tercipta oleh  Tan Sri P. Ramlee dapat mengambarkan betapa kecewanya  DAP dalam menahan kerinduannya kepada PAS.

PAS yang bertindak memutuskan hubungan dengan DAP menjadikan Guan Eng seakan  gila talak. Semuanya serba tak kena.

PAS yang kini sudah tawar hati dan pudar kepercayaan terhadap tiga rakan parti yang selama ini begitu setia untuk bersama sama telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Bagi PAS tiada lagi pujuk dan rayu setelah banyak pengorbanan dilakukan kepada ketiga tiga rakannya itu.

Guan Eng dalam keadaan meracaunya telah mengeluarkan kenyataan  bahawa sebenarnya pAS telah tersesat jalan memilih rakan politik yang sebenarnya. Kata kata Guan Eng itu amat tepat dan benar sekali.

Kekalutan perpecahan dan terputusnya hubungan DAP dengan kekasih lamanya telah menyebabkan Guan Eng seakan meracau dan PPBM seakan gila talak serta PKR menjadi angau merata tempat.Dalam bencinya mereka kepada PAS , rupanya ada sayangnya lagi.

Sememangnya PAS telah tersilap memilih DAP, PAN PKR dan PPBM sebagai rakan politik setelah kesetiaan dan pengorbanan PAS  selama ini tidak dikenang walaupun sedikit pun, Malah PAS telah dihina sehina rakan dimata ketiga buah parti tersebut.

Apa yang tidak dilakukan oleh PAS sebagai tanda setianya kepada DAP, PKR dan PAN , malah pengorbanan PAS diluar jangkaan dan kemampuan PKR dan PAN untuk melakukannya.

Berpatah arang  berkerat rotan pada kali ini  keseluruhan ahli PAS memutuskan hubungan dengan sekutunya. Tindakan yang nekad oleh PAS telah mengejutakan  semua  kepimpinan sekutunya.

Dalam sesi memujuk rayu, untuk menjalinkan kasih sayang dengan PAS semula  segalanya tidak diendahkan oleh PAS. Penghinaan yang telah dilakukan adalah  maruah bagi PAS. Penghinaan terhadap RUU355 adalah penghinaan terhadap Islam dan  syariahnya.

Demi Islam dan maruah syariah Islam PAS terus mendapat sokongan Barisan Nasional untuk membentangkan usul persendirian Akta 355 untuk dipertimbangkan sokongan kelulusannya oleh Parlimen.

Dalam keracauan Guan Eng terus mengaitkan PAS telah bersekongkol dengan musuh politik  iaitu Barisan Nasional yang dikatakan  banyak melaksanakan dasar melemahkan ekonomi negara dan membebankan rakyat.

Pada satu sudut lain DAP mungkin lupa bahawa dikalangan anggota Barisan Nasional adalah terdiri daripada orang UMNO yang beragama Islam dan ikatan persaidaraan Islam itu wujud melalui talian anutan agama sebagaimana ianya dituntut oleh  Al Quran.

Tapi tak mengapa , kerana Guan Eng hanya seorang berbangsa cina yang memegang anutan kristian yang tidak memahami sudut ikatan persaudaraan sedemikian. Guan Eng hanya melihat dari sudut  jasmani sahaja dan bukan menyemaki sudut rohaniah Islam itu sendiri.

Mungkin bagi DAP dan Pakatan Harapan (PH), musuh politik utama masih tetap BN. Tetapi bagi PAS musuh utama  mereka ialah sekjutu yang melaksanakan dasar bersekongkol dengan agenda asing untuk meranapkan sebuah Negara yang di[pimpin oleh Melayu Islam.

Ditambah lagi, musuh utama PAS ialah  kerana Pakatan Harapan yang melaksanakan dasar-dasar yang melemahkan ekonomi negara dan melakukan penyelewengan wang rakyat dengan berbagai rasuah  dan skandal berbillion ringgit.

 Bagi  pemimpin PAS yang telah menganggap DAP sebagai musuh utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) akan datang adalah titik tolak yang terakhir dimana PAS akan mengemukakan calun diserata kawasan yang dipertandingkan.

Dalam esakan tangisan didalam hati Setiausaha Agung DAP  terus memberikan penekanan bahawa , hala tuju PAS telah ‘sesat dari segi politik’ kerana tidak konsisten dan tidak jujur dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Bercakap tentang “nasib rakyat” – Dalam keracauan Guan Eng, mungkin dia sendiri telah lupa bahawa  DAP tidak pernah memikirkan nasib kampong Melayu yang diusir dan dirobohkan disamping punca pencarian rakyat Pulau Pinang ditaburkan dengan pasir.

Bercakap tentang nasib rakyat- Guan Eng mungkin lupa nasib nelayan yang mana punca  sumber rezeki mereka dihancurkan dengan penambakan laut.

Apakah Guan Eng layak bercakap tentang nasib rakyat dimana rumah mampu milik yang dijanjikan dan hanya rumah mampu tengok saha yang tersergam indah untuk rakyat.

Rakyat melihat bagaimana DAP yang diketuai oleh Guan Eng menolak GST yang telah dilancarkan oleh kerajaan sebagai satu system percukaian yang efisien  dimana satu ketika dahulu dicadangkan dan dipersetujui oleh Anwar Ibrahim.

Dalam penolakan GST oleh Guan Eng, pada masa yang sama juga DAP telah bersetuju dengan GST dimana kadar 0% akan dikenakan kepada rakyat jika  memenangi pilihanraya.

Kadar 0% yang dijanjikan adalah  hanya umpan untuk mengaburi mata rakyat dengan angka dan jika benar GST itu ditentang oleh Pakatan Harapan mengapa tidak dikatakan “dimansuhkan”. Rakyat telah bijak berfikir dengan kadar 0% itu akan menjadikan nilai GST itu dengan angka yang DAP persetujui untuk masa akan datang.

Jadi, mengapa (DAP) kalau menentang GST tetapi tidak mahu menentangnya dengan kosisten atau dengan jelas menggantikan dengan “masuh 100%”. Sekarang rakyat telah nampak putar belit  Guan Eng sebagaimana  slogan “Ubah” yang dikatakan untuk menjaga kebajikan rakyat yang tertindas.

DAP yang amat dikenali dengan mainan politik perkauman, seakan-akan nak timbulkan sentimen ke atas pemimpin  Melayu, dan melindungi pemimpin bukan Melayu yang acap kali menimbulkan isu perkauman , agama sebagai agenda politik mereka.

Di sini adalah jelas mereka (DAP)  dari segi perjuangan politik adalah sesat jalan dan lupa siapa kawan siapa lawan. Jika ini tak dapat dibezakan, PAS  memang sudah sesat dari segi politik dan tindakan memutuskan  hubungan dengan Pakatan Harapan adalah tepat.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in PAS Lafazkan Penceraian Talak 3 Menyebabkan DAP Seperti Orang Gila Talak and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s