Wee Ka Siong  Mohon PDRM  Lakukan Siasatan Menyeluruh Kematian Mohd Tharif


Oleh rmf

Image result for Mohd Tharif Amin Mohd Gaddafi

Berita kematian yang amat meyedihkan  seluruh rakyat Malaysia yang mana  merasakan ianya terlalu berat cubaan yang ditanggung oleh arwah adik  Mohd Tharif Amin Mohd Gaddafi  sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Arwah Tharif yang bersekolah di Tahfiz Swasta di negeri Johor dikhabarkan telah didera oleh pembantu warden  pusat tersebut dan menyebabkan implikasi  terhadap kesihatannya  sehingga memudaratkan.

Pihak berkuasa telah mengklasifikasikan  kematian arwah ini sebagai sebagai kes bunuh. Namun bagi pihak rakyat seharusnya menunggu  tempoh siasatan dijalankan untuk mengetahui  kejadian yang sebenarnya.

Siasatan menyeluruh harus dijalankan secara terperinci dan  dilakukan dari segenap sudut persekitaran pusat tersebut dan latar belakang kesihatan serta  laporan  dari doktor yang  bertauliah. Dengan cara ini setiap persoalan akan dapat terjawab dengan bersertakan bukti.

Berbagai andaian  boleh dibuat oleh masyarakat namun pada masa yang sama kita harus meneliti  luhan hati arwah melalui sekeping surat yang ditulis olehnya yang mengambarkan bahawa terdapatnya unsur buli berlaku.

Secara kebetulan , warden yang terlibbat telah menjatuhkan hukuman terhadap arwah. Kesemua ini seharusnya diteliti dan disiasat secara yang terbaik.

Kematian ini telah mendapat perhatian Timbalan Presiden MCA DS Wee Ka Siong yang turut merakamkan rasa dukacitanya terhadap peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan kematian.

Wee dalam satu kenyataan media berkata “saya menyeru pihak Polis menyiasat kes ini secepat mungkin dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana individu terbabit, bagi mengrlakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan”

Pada masa yang sama DS Wee Ka Siong amat berharap agar semua pihak tidak membuat kenyataan dan menimbulkan spekulasi tanpa berdasarkan fakta kejadian  dan ianya akan merumitkan lagi proses siasatan yang akan dijalankan.

Untuk rekod. Susulan kejadian tersebut arwah telah dipotong kedua belah kakinya kerana gagal berfungsi dan pada hari kematian sepatutnya arwah dipotong tangan tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan tidak mengizinkan.

Image result for Surat adik Mohd Sharif Amin Mohd Gaddafi

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Wee Ka Siong  Mohon PDRM  Lakukan Siasatan Menyeluruh Kematian Mohd Tharif and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s