Pembangkang Gagal Politikkan Isu IPIC Dan 1MDB


Oleh rmf

Harapan hancur berkecai apabila Pakatan Harapan yang diketuai DAP tidak dapat menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan teo­ri dan dakwaan mereka selama ini.

Bersungguh sungguh dengan fitnah terbaharu mereka ia­itu jumlah hutang sebanyak RM25.18 bi­lion perlu dibayar oleh 1MDB dan Kerajaan Malaysia telah diseleweng segala faktanya untuk mengelirukan rakyat.

Tujuan sebenar pembangkang adalah untuk mengalihkan isu yang sedang melanda dalam DAP serta PKR yang mana tingkat sokongan terdahap Pakatan telah menuruh sususlan banyak pendedahan dan tangkapan penyelewengan dana rakyat diongkarkan .

Di samping itu juga pembangkang  turut mendakwa penyelesai­an luar arbitrari membuktikan 1MDB telah tersalah bayar kepada entiti yang tiada kaitan de­ngan IPIC,

Jaminan IPIC ke atas bon 1MDB cukup jelas ke­rana IPIC perlu membayar faedah bon tersebut apabila 1MDB enggan berbuat demikian pada tahun 2016.

Persetujuan penyelesaian per­tikaian 1MDB-IPIC juga telah dicapai dan ia akan membantu menyelesaikan sebanyak AS$2.5 bilion (RM10.93 bilion) hutang dan faedah hutang 1MDB tanpa menggunakan dana tambahan daripada kerajaan.

Caranya yang terbaik difikirkan  ialah menebus aset kewangan Unit Dana Brazen Sky dan Global Investment Limited 1MDB yang dijamin oleh IPIC bernilai AS$2.5 bilion (RM10.93 bilion) serta menggunakannya untuk mengembalikan AS$1.2 bilion (yang disebut sebagai RM5.28 bilion dalam fitnah pembangkang) yang dibayar oleh IPIC kepada 1MDB pada tahun 2015.

Dengan cara ini Ia digunakan untuk menyeimbangkan penyata aset-liabiliti dan bayaran faedah bon 1MDB yang terpaksa dibuat oleh IPIC apabila 1MDB enggan membayarnya pada tahun 2016

Paling melucukan ialah apabila pembangkang telah mengubah angka  yang sebenarnya dan disebarkan kepada rakyat dengan angka penipuan. Ianya adalah untuk mempengaruhi minda rakyat dengan jumlah yang besar.

Pada tahun 2017 hingga 2022  penebusan aset kewangan yang berjumlah AS$1.3 bilion (yang di­sebut sebagai RM4.5 bilion dalam fitnah pembangkang)  itu juga digunakan untuk membayar faedah bon 1MDB.

IPIC akan melupus kira tuntutan sebanyak AS$481 juta (RM2.1 bilion) Bayaran Penamatan Opsyen saham yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada IPIC akibat per­tikaian ini.

Komitmen untuk membayar­ faedah dan nilai pokok bon AS$3.5 bilion (RM15.3 bilion) sememangnya akan dipikul oleh 1MDB kerana ia adalah pihak yang berhutang dan IPIC hanya merupakan penjamin kepada hutang tersebut.

Bagaimanapun tidak seperti dakwaan pembangkang, 1MDB tidak akan membayar sekali lagi jumlah AS$3.5 bilion (RM15.3 bi­lion) kepada IPIC atau membayar nilai pokok bon AS$3.5 bilion (RM15.3 bilion) ini. Terdesak termata sangat pembangkang dalam usaha untuk mepolitikkan isu 1MDB yang sebenarnya tiada isu yang boleh dibangkitkan lagi.

Jika tiada penyelesaian dicapai di antara IPIC dan 1MDB, 1MDB masih mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas IPIC berkaitan pembayaran sebanyak AS$3.5 bilion kepada Aabar BVI sebelum tarikh matang bon tersebut pada tahun 2022.

Jaminan IPIC ke atas faedah dan nilai pokok bon masih terpakai sehingga tahun 2022 dan IPIC akan terpaksa membayar faedah dan nilai pokok bon ini jika 1MDB gagal atau enggan membayarnya.

Pembangkang tidak mahu menerima hakikat bahawa IPIC dan 1MDB sudah menemui jalan penyelesaian bagi pertikaian berkaitan dana berkaitan 1MDB kerana ia meruntuhkan teori dan dakwaan mereka selama ini termasuk wang 1MDB  dicuri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hakikatnya, penyelesaian pertikaian IPIC-1MDB merupakan satu kejayaan kerana ia dapat mengurangkan lagi hutang 1MDB seperti yang dirancang dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB.

Membuktikan Unit Dana 1MDB mempunyai nilai dan boleh digunakan untuk mengurangkan hutang 1MDB,. IPIC menerima hakikat bahawa terdapat transaksi dari 1MDB kepada syarikat itu dan terdapat jaminan ke atas aset dan hutang 1MDB.

Penyelesaian luar kes arbitrari ini telah melemahkan kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ) dan dakwaan bahawa wang 1MDB telah dicuri,

Dalam pengumuman IPIC kepada Bursa Saham London bagi penyelesaian dengan 1MDB bertarikh 24 April 2017, perenggan terakhir menyebut:

Kedua pihak juga telah bersetuju untuk memulakan perbincangan berniat baik berhubung dengan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu.
http://www.londonstockexchange.com/exchange/news/market-news/market-news-detail/61HK/13201700.html

Selain itu, 1MDB juga mempunyai dalam milikannya, surat jaminan (guarantee letter) ditandatangani secara rasmi dan disahkan oleh boss tertinggi Aabar ketika itu bahawa mereka menjamin unit dana berjumlah US$2 bilion, dimana menjadi wang 1MDB sekarang – dengan bantuan IPIC sekiranya menghormati jaminan.

Ini juga bermakna bahawa ia berkemungkinan besar IPIC telah bersetuju bahawa menjelang tahun 2020, 1MDB boleh menuntut kembali US$3.5 bilion dari mereka yang 1MDB akan gunakan untuk membayar bon US$3.5 bilion yang matang pada tahun 2022.

Jadi, US$2.5 bilion + US$3.5 bilion daripada 1MDB yang sebelum ini diingkarkan (default) telah diselesaikan. Ini melengkapkan langkah terakhir pelan rasionalisasi dan membuktikan bahawa tidak seringgit pun wang 1MDB yang hilang.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Pembangkang Gagal Politikkan Isu IPIC Dan 1MDB and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s