SPAD- Permasalahan E-Tiket Kini Sedang Dalam Proses Penambahbaikan


Oleh rmf

Related image

Maka pada 1 Jun 2010 , dengan rasminya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD .Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Akta Pengangkutan Awam Darat sudah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai satu Suruhanjaya yang mengantikan  LPKP.

Mengemaskini keperluan peringkat dasar adalah  cara terbaik sebelum melangkah lebih jauh lagi dalam  sisitem pengaangkutan awam darat terutama  perkhidmatan rel di Malaysia.

Sebelum SPAD ditubuhkan system rel didalam Negara ini terutama diantara Bandar amatlah mengecewakan pengguna. Tidak banyak perubahan  asas yang dapat dilaksanakan secara baik.

Dengan demikian, penurunan pengguna terus berlaku dan mrngakibatkan kerugian besar kepada kerajaan. Keuntungan  jualan perkhidmatan tidak mencapai sasaran yang diharapkan.

SPAD melalui dasar transformasi yang dilaksanakan untuk Pengangkutan awam darat sedikit demi sedikit telah melangkah kehadapan dan mengenalpasti kelemahan yang ada dan mengatasinya  melalui kaedah peringkat demi peringkat.

Kini Negara sudah mempunyai satu system pengangkutan darat yang boleh dibanggakan dan terus mengorak langkah kehadapan dengan system termaju seperti  pngangkutan rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura .

Dalam mengejar kemajuan penagngkutan SPAD terus menerima maklum balas dari pihak pengguna dan memastikan sisitem peringkat dasar yang memastikan  perkhidmatan yang diberikan berada ditahap terbaik.

Bulan Mac yang lalu kita dikejutkan dengan rungutan pihak pengguna dengan  kegagalan system e-tiket  yang bermasalah dan tidak berfungsi dengan baik. Rungutan ini dizahirkan secara terus melalui perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak agar permasalahan ini diselesaikan segera.

Tindakan segera SPAD telah mengadakan pertemuan  dengan KTMB dan mencari satu jalan terbaik agar isu yang dibangkitkan berkaitan e-tiket dapat diatasi segera. KTMB telah menghantar laporan dan mengenalpasti  4 langkah cadangan  kepada SPAD untuk tindakan selanjutnya.

Hasil daripada pertemuan tersebut, KTMB telah menubuhkan unit khas bagi membincangkan pelan tindakan jangla panjang dan pendek untuk menyelesaikan isu tersebut..

Setelah sebulan lebih berlalu, KTMB telah menyenaraikan perkara yang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu ini seperti berikut:

1) Menyediakan satu talian internet khas sebanyak 50mbps bermula 8  Mac 2017 bagi meningkatkan keupayaan sistem bagi menampung transaksi online yang semakin meningkat

2) Menambah sistem maklum balas transaksi melalui emel pada 8bMac 2017 dan sms pada 21 Mac 2017 bagi memaklumkan pelanggan sekiranya transaksi tidak berjaya

3) Mengaktifkan auto refund sistem pada 20 April 2017 bagi mengatasi masalah kelewatan pemulangan tambang kepada pengguna  hanya dalam masa sehari berbanding sebelum ini 2 minggu

4) Menambah jumlah mesin Penjualan tiket sebanyak 47 mesin pada 3 April 2017 menjadikan sebanyak 132 mesin yang sedang beroperasi pada masa ini

5) Penambahbaikan dan reka bentuk semula laman sesawang rasmi KTMB dan online tiket supaya lebih mesra pengguna

6) Penyelarasan saluran komunikasi rasminsyarikat seperti Facebook dan twitter KTMB serta lama web KTMB

7) Unit Perkhidmatan Pelanggan KTMB telah menambah jumlah kakitangan bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti penerimaan panggilan..ia dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan..

Dengan penyenaraian serta langkah yang akan diambil bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, amat diharapkan selepas  penambahbaik dilakukan akan memberikan kepuasan pelanggan untuk menikmati satu bentuk perkhidmatan yang terbaik.

SPAD yang mana telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri akan terus melakukan pemantauan perkhidmatan sebagaimana yang dikehendaki . Peningkatan kualiti perkhidmatan akan mencerminkan satu system yang terancang rapid an teratur.

Sejak dahulu lagi SPAD telah banyak menerima kritikan dari pelbagai pihak. Melalui kritikan yang diberikan SPAD terus melakukan penambahbaikan dan memastikan hasrat kerajaan untuk melihat system pengangkutan awam darat adalah diantara yang terbaik.

Pada masa yang sama juga pihak SPAD dan juga kerajaan turut berhadapan dengan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti  mengeluarkan kenyataan yang salah berkaitan dengan kos yang terlibat dalam satu satu penambahbaikan dilakukan.

Pihak pembangkang sentiasa mencari peluang untuk menimbulkan syak wasangka  diminda rakyat agar mempertikaikan setiap pembangunan pengangkutan dilaksanakan oleh kerajaan.

Justeru itu, alangka baiknya setiap butiran maklumat dirujuk kepada SPAD untuk mendapatkan kepastian kesahihan. Begitu juga dengan masalah  e-tiket yang kini dalam proses penambaikan . Segala maklumat berhubung kait hal ini  boleh didapati di aduan kepada twitter @ADUANSPAD bagi mematikan tindakan lebih pantas

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- Permasalahan E-Tiket Kini Sedang Dalam Proses Penambahbaikan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s