Pemimpin PAN Tidak Tahu Sistem Pengangkutan Negara Sudah dan Sedang Dimajukan


Oleh rmf

Image result for dr dzulkefly ahmad

Putaran politik masa kini kita telah diperlihatkan dengan ancaman  dari pelbagai sudut dari kesemua  aspek yang boleh dijadikan isu politik untuk dijadikan santapan mata rakyat dan terus memaparkan sumber yang tidak tepat untuk rakyat.

NGO yang bergabung dengan pihak pembangkang untuk memurukkan kerajaan yang sedia ada. Kita sedang melihat bagaimana pembangkang sedang menunaikan janji pilihanraya mereka dengan  menipu rakyat.

Melayu baru ini  teruja dengan janji janji Mat jenin yang dicanangkan dan terus membuat perbandingan  dengan apa yang ditawarkan oleh kerajaan dan terus terlupa dengan apa yang dinikmati selama ini hasil kemakmuran dari kerajaan yang memerintah.

Pembangkang terus melakukan khianat kepada bangsa Melayu dan juga kerajaan. Boleh dikatakan khianat ini dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri  akibat mahu dilihat sebagai popular dan  sentiada peka isu untuk disalurkan kepada rakyat, walaupun bercanggah fakta.

Hal ini dapat dilihat bagaimana seorang Ahli Politik PAN yang mana telah memaparkan butiran data yang salah dan tidak tercatit dalam mana mana  sumber dilaman media. Fakta songsang yang dipaparkan ini  telah memburukkan system pengangkutan awam darat yang mana diterajui oleh SPAD.

Kita faham dari sudut politik bagaimana seorang ahli politik yang tidak popular inginkan perhatian serta  berangan angan tidak dilupakan untuk menjadi calun pada pilihanraya akan datang, jadi tiada kaedah yang terbaik ialah memaparkan fitnah dan perkara yang tidak benar untuk rakyat.

Dari kenyataan yang telah dipaparkan, kita melihat betapa YB PAN ini tidak melakukan  kerja sekolah untuk sesuatu isu yang berlaku disekelilingnya, Tindakan bodoh ini dipaparkan tanpa maklumat yang betul.

Mungkin dia tidak sedar tentang kemajuan system pengangkutan awan yang telah menjalani era transformasi hebat dibawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan dibawah kawalan seliaan SPAD.

Untuk dinilai dan diterjemahkan kenyataan bodoh seorang ahli politik PAN ini , dipaparkan kenyataan tanpa sumber  bertujuan untuk menipu rakyat dan membohongi minda rakyat.

Namun, kegembiraan ini tidak lama apabila kajian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam survei terkini mengenai tahap kepuasan pengguna pengangkutan awam menunjukkan 48 peratus pengguna pengangkutan awam tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.

Najib juga perlu akui bahawa kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam juga telah merudum sebanyak 13.95 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ini kerana majoriti rakyat merasakan bahawa kos pengangkutan adalah mahal, tidak menepati masa mengikut jadual dipaparkan serta perihal ‘connectivity’ yang jelasnya mencerminkan kegagalan pada tahap perancangan.”

World Economic Forum (WEF) dan index kompetetif yang telah dikeluarkan  bagi tahun 2016-2017 telah mengiktiraf bahawa Malaysia ialah salah sebuah daripada 11 buah Negara daripada 138 buah Negara didunia yang mempunyai system pengangkutan yang baik.

Malaysia telah diintiraf dengan index mata keseluruhan  sebanyak 5.7 dalam pembangunan infrastruktur pengangkutan awam dengan  nilaian 7 sebagai skor terbaik.

Secara dasar dan mata kasarnya pemimpin PAN ini sememangnya buta maklumat dan persekitaran, mungkin beliau tidak pernah melihat bagaimana kesesakan dan  kebanjiran pengguna yang menggunakan system pengakutan awam dalam Negara.

Secara mudahnya mungkin kita boleh mempelawa pemimpin”katak bawah tempurung” ini menaiki salah satu system tren dalam Negara dan menikmati kemudahan dan pasarana yang telah dibangunkan untuk keselesaan pengguna dalam Negara ini.

Untuk pengetahuan pemimpin PAN , ingin dimaklumkan bahawa didalam Negara kita, kita sudah mempunyai  pengangkutan tren yang pelbagai, stesen TBS yang cukup hebat dengan system teksi yang baik.

Oleh kerana segala tuduhan pemimpin PAN ini ada yang bersifat angka dan nilai kewangan,  ingin juga bertanya adakah pemimpin PAN ini telah melihat laporan audit  yang dikeluarkan setiap tahun bagi  menjawab setiap tuduhan yang dikeluarkan.

Tidak bukan, adalah tidak layak bagi seorang yang bernama pemimpin untuk meenjadi pemimpin pada masa akan datang, kerana kekurangan ilmu  untuk diberikan kepada rakyat. Jadi keluarlah dari dalam tempurung dan lakukan pembacaan sebanyak mana mengenai  kemajuan system pengangkutan awam di Malaysia.

Bak kata orang tua tua “ Biar nampak bodoh tetapi cukup bijak, jangan nampak pandai dan bijak tetapi bodoh”

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Pemimpin PAN Tidak Tahu Sistem Pengangkutan Negara Sudah dan Sedang Dimajukan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s