Kesilapan Cetak – MCA Ambil Tindakan Serta Merta Dan lakukan Pembetulan


Oleh rmf

Sesungguhnya,setiap kelemahan seseorng itu menandakan ianya tidak sempurna. Oleh yang demikian sebagai manusia yang dilengkapi dengan sikap toleransi serta bertimbang rasa seharusnya memikirkan bahawa jangan terlalu kehendakkan kesempurnaan,kerana setiap makhluk Allah itu tidak sempurna.

Justeru itu , sebagai manusia kita jangan terlalu cepat menghakimi seseorang,kerana kita tidak tahu situasi sebenar mereka.

Begitu juga dengan insiden yang telah berlaku keatas MCA  Taiping dimana kesilapan yang tidak disengajakan dalam banner ucapan  atas pertabalan DYMM YDP Agong dimana ianya telah mendapat teguran dari pelbagai pihak.

MCA Taiping telah telepas pandang kesilapan mencetak perkataan “Pertabalan”  kepada “Perbatalan”  dan kesilapan ini telah mendapat teguran.

Hasil teguran tersebut MCA Taiping dengan serta merta telah menurunkan banner tersebut dan  mengantikan dengan cetakan baharu yang mana setiap patah perkataan yang dicetak telah diteliti serta gambar yang tepat sebelum ianya digantung.

Tindakan segera ini menunjukkan bahawa MCA  amat peka tentang sensitiviti  kaum yang lain terutama  kaum Melayu yang amat berkait rapat dengan Institusi  system beraja di Negara ini.

Pada masa yang sama satu permohonan maaf  secara rasmi telah dikeluarkan oleh Cik Ang Sui Eng, Pengerusi MCA Bahagian Taiping berikutan dengan kejadian yang tidak disengajakan itu.

Selamat Petang Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan.

Saya mewakili MCA Bahagian Taiping ingin memohon maaf atas kesilapan kami kerana tidak menyelidik semula banner yang kami terima dari pencetak yang digantung depan pejabat kami. Banner tersebut telah diturunkan dengan serta-merta pagi tadi apabila kami dimaklmumkan tentang kesilapan tersebut. Pembetulan telah juga dibuat dan digantung semula.

Kami juga ingin merafak sembah memohon ampun KDYMM Tuanku di atas kesilapan ini dan juga ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tulus ikhlas daripada
Cik Ang Sui Eng,
Pengerusi MCA Bahagian Taiping

Dengan  pembetulan serta permohonan maaf secara terbuka ini dan segala kesilapan yang tidak disengajakan itu telah pun diperbetulkan menunjukkan MCA Taiping dengan rasa bertanggungjawab diatas Insiden yang berlaku secara tidak sengaja.

MCA sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional tidak mahu ketinggalan dalam  memberikan ucapan tahniah diatas upacara Pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Kesilapan Cetak - MCA Ambil Tindakan Serta Merta Dan lakukan Pembetulan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s