MCA Bermatlamat Transformasi Akan Menghasilkan Laba Pada PRU14


Oleh rmf

Image result for Transformasi MCA

Sejarah hitam pada PRU13 yang lalu telah mengundang kepada beberapa  perubahan terbesar dalam sejarah dilakukan oleh MCA dalam melakukan penambahbaikan  dan mengenal pasti permasalahan yang menyebabkan sokongan masyrakat Cina menurun.

Penurunan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA begitu ketara sekali dan menyebabkan MCA hanya memenangi  7 kerusi daripada 37 buah kerusi pilihanraya yang dipertandingkan. Ini merupakan satu tamparan hebat terhadap kepimpinan MCA keseluruhannya.

Pilihan raya umum ke-13 yang lalu daripada 89 kerusi DUN yang dipertaruhkan, MCA hanya menang 11 kerusi. MCA akur dan sedar dan seharusnya mrelakukan perubahan drastic dalam memperbaiki sokongan dan menarik semula kepercayaan masayarakat Cina terhadap MCA.

Dalam hal ini MCA telah melancarkan  transformasi keseluruhan didalam MCA. Banyak perubahan dan gerak kerja dilancarkan tanpa mengira waktu.

Pendekatan yang berbeza dari kebiasaannya telah dilancarkan dan keseluruhan anggota parti MCA terus menyumbangkan bakti kepada segenap masyarakat tanpa mengira kaum dan warna kulit.

MCA terus melakukan pendekatan awal untuk bersama pengundi  dikawasan kawasan yang dimiliki dahulu. Sambutan serta sokongan positif diterima dari segenap masyarakat dan  amat disenangi apabila pemimpin MCA terus bersama dengan rakyat dalam menangani masalah yang terbiar dan tidak diberikan perhatian oleh pihak pembangkang.

Hasil pendekatan ini , MCA terus mengorak langkah  membuat persiapan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan menyenaraikan lebih awal calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam mengorak langkah serta mengambil pendekatan berbeza kali ini sebagai langkah meraih kembali sokongan masyarakat Cina dan memberikan  masa yang secukupnya untuk berdampingan dengan akar umbi.

Seterusnya  pemimpin peringkat bahagian akan dapat mengesan masalah untuk diselesaikan dan mempunyai ruang yang terbaik untuk pemimpin melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Di Perak beberapa kerusi sasaran telah dikenalpasti untuk dimenangi semula pada  PRU14 akan datang  diantaranya ialah kerusi yang mempunyai  majority yang boleh menang  dan dsini akan berlakunya pertembungan sengit.

Menurut statistic  keputusan Pilihanraya 13 yang lalu, kekalahan MCA bukan disebabkan kekurangan sokongan akan tetapi ianya disebabkan  mainan isu serta sokongan tambahan yang dilakukan oleh PAS terhadap DAP.

Beberapa kawasan di Perak dilihat mempunyai peluang yang  besar untuk MCA meraih kembali kemenangan.  Majoriti yang berkisar diantara 5 ribu hingga 8 ribu boleh diandaikan sebagai satu kawasan sasaran.

Hal ini telah diperkuatkan lagi dengan   banyak isu  berkaitan dengan kesejahteraan rakyat yang tidak dapat dilaksanakan oleh DAP  dan beberapa isu yang berkaitan  rasuah yang mana  banyak berlakunya penyelewengan wanga rakyat oleh pihak Pakatan.

Rakyat kini sedang melihat betapa rakusnya Pakatan  dalam merompak wang rakyat dan mengetepikan kebajikan. Ini terkasuk isu rumah mampu milik , kenaikan cukai yang tidak manusabah , penindasan  kaum lain yang dilakukan oleh DAP.

Rakyat melihat ini satu bentuk kekejaman  yang mana  hak rakyat dinafikan secara terbuka. Masalah air, banjir serta kebajiakn adalah isu utama yang mana sehingga kini setelah dua penggal masih tidak dapat ditangani.

Kesempatan ini MCA terus mengarahkan setiap bahagian terus mendampingi rakyat dan meyelesaikan setiap masalah yang berkaitan disamping melaksanakan KPI gerak kerja untuk menghadapi Pilihanraya akan datang.

Dengan adanya system ini, MCA akan dapat melihat keberkesanan dan kesediaan jentera disegenap bahagian untuk menghadapi Pilihanraya dan ianya satu kaedah yang amat baik dan telah dilakukan sejak awal perlaksanaan transformasi oleh MCA.

Peluang terbaik masa sekarang  bagi MCA ialah bagaimana ada sebahagian daripada  pemimpin DAP serta penyokong  DAP telah mula menolak parti tersebut yang mana dikatakan  mengamalkan dasar kuku besi dan tidak demokratik.

Kemelut dalaman yang terbesar sekali ialah apabila PAS telah keluar dari Pakatan dan memutuskan hubungan dengan DAP. Ini bermakna DAP telah kehiolangan pengundi yang menyokong   parti tersebut pada PRU 13 yang lalu.

Bukan itu sahaja, Kehadiran PPBM kedalam  Pakatan adalah satu tindakan yang tidak disenangi oleh banyak pemimpin DAP dan  penyokong mereka. Pemimpin DAP melihat kehadiran PPBM tidak memberikan pulangan yang terbaik untuk Pakatan.

Justeru itu ini merupakan satu peluang yang terbaik untuk MCA terus mengembalikan sokongan  masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional. Keputusan di Sungai Besar, Kuala Kangsar serta PRN Sarawak sedikit sebanyak telah melihat perubahan tersebut.

Adalah diharapkan agar sokongan ini akan terus menular ke negeri-negeri lain dan seterusnya memberikan kemenangan kepada calon Barisana Nasional  dari ketiga tiga komponen terbesar  .

MCA terus bekerja sehingga hari hari terakhir sebelum menjelangnya Pilihanraya 14 akan datang. Tiada istilah untuk berhenti ketika ini. Hanya yang ada mengembalikan sokongan masyarakat Cina kembali kepada MCA dan Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Bermatlamat Transformasi Akan Menghasilkan Laba Pada PRU14 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s