Bas Sekolah Haram- Ibu Bapa Mesti Ambil Peduli  Keselamatan Anak Mereka


Oleh rmf

image

Melalui laporan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  2010 menunjukkan daripada 40,124 buah bas sekolah yang diperiksa oleh Puspakom sebanyak 16,697 gagal dalam ujian keselamatan. Kegagalan ini akan menyebabkan arahan tidak beroperasi telah dikeluarkan.

Tindakan ini adalah bertujuan  untuk menjamin keselamatan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas atau van sekolah terjamin sepenuhnya  ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

Walaupun Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan setiap bas diperiksa setiap enam bulan sekali, ada pemilik bas sekolah yang gagal untuk melaksanakan peraturan tersebut atas faktor kos atau kealpaan mereka sendiri.

Hasil kegagalan ini lah maka wujudnya tindakan membawa pelajar sekolah dengan menggunakan bas atau van yang tidak dibenarkan beroperasi oleh PUSPAKOM.

Disamping bas yang tidak mendapat kelulusan  beroperasi  akibat kegagalan pemeriksaan PUSPAKOM  terdapat juga kegiatan yang menyalahi undang-undang itu biasanya dilakukan secara “sembunyi”  dengan menggunakan  bas, van serta ‘kereta sapu’ yang setiap hari mengangkut anak-anak ulang-alik ke sekolah.

Seharusnya ibu bapa peka dalam hal ini, Ini adalah kerana ianya melibatkan  keselamatan anak anak  semasa didalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah. Tindakan menggunakan  bas sekolah haram amat dilarang sama sekali oleh pihak SPAD dan PUSPAKOM.

Sebagai langkah melindungi pelajar sekolah yang menggunakan Bas sebagai pengangkutan pergi dan ulang dari sekolah, SPAD telah mengambil sati inisiatif dan melancarkan satu skim perlindungan  pelajar yang menggunakan bas sekolah.

Skin yang dinamakan Skim Perlindungan Murid Di Dalam Bas Sekolah (SPMBS) bertujuan untuk meningkatkan piawaian perkhidmatan industri bas sekolah di samping membantu kanak-kanak sekolah dan keluarga mereka apabila kemalangan yang tidak diingini berlaku

Skim ini menekankan kesedaran mengenai risiko menggunakan bas sekolah haram di kalangan pihak-pihak yang berkaitan, contohnya, sekolah, ibu bapa dan kanak-kanak sekolah.

Skim Perlindungan Murid Di Dalam Bas Sekolah (SPMBS) meliputi kegunaan bas sekolah untuk pelbagai aktiviti, termasuk lawatan sekolah, lawatan sambil belajar dan aktiviti kurikulum yang diluluskan sekolah.

Skim Perlindungan Murid Di Dalam Bas Sekolah diperkenalkan oleh SPAD pada tahun 2013 dan dilaksanakan di Malaysia (2013 – 2016: seluruh Malaysia, 2017: Semenanjung Malaysia).

Justeru itu harus  diingatkan bahawa keselamatan pelajar yang menggunakan bas atau van sekolah adalah tanggungjawab bersama  diantara kepekaan ibu bapa dan juga kekemasan system perundangan  penangkutan dalam Negara ini.

Ibu bapa seharusnya tidak mengambil jalan mudah untuk membenarkan anak anak  menggunakan bas  atau van yang tidak diluluskan  ciri keselamatannya.

Bagi pihak kerajaan, SPAD akan terus melakukan pemantauan  dari masa kesemasa untuk memastikan  setiap kenderaan yang digunakan sebagai kenderaan membawa pelajar sekolah berada didalam keadaan yang memenuhi ciri keselamatan yang telah ditetapkan.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Bas Sekolah Haram- Ibu Bapa Mesti Ambil Peduli  Keselamatan Anak Mereka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s