Pelbagai Usaha Dilakukan Pembangkang Untuk Melumpuhkan Ekonomi Negara


Oleh rmf

Image result for DAP PPBM PKR Burukkan Negara

Dalam soal politik, berlainan pandangan dan pendapat itu adalah kebiasaannya akan tetapi dari satu sudut yang lain iaitu dalam membangunkan Negara , pemimpin pembangkang ke luar Negara seharusnya lebih bertanggungjawab dan  bersikap lebih patriotik.

Walaupun mereka tidak sehaluan dengan kerajaan, tetapi bagi pihak kerajaan langsung tidak pernah mengenal erti pilih kasih dan tus  memastikan pelabur asing terus melabur di negara ini termasuk di negeri-negeri pembangkang.

DAP adalah penyumbang kepada kehancuran pelaburan asing dalam Negara ini dengan melakukan fitnah terhadap pelabur mengenai Negara.

Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup mengikut jejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memburukkan negara menggunakan media barat, yang sebelum ini disifatkan beliau sebagai berat sebelah.

Tetapi kini beliau sendiri menggantikan Anwar untuk mengecam kepimpinan negara dan secara tidak langsung Mahathir umpama `Ketua Pembangkang’ kerana beliau sendiri paling banyak mengecam Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir yang akan berusia 90 tahun pada bulan depan, menggunakan The New York Times untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas serangan dilakukan di dalam negara, kini beliau menggunakan pula media barat yang diketahui sering memutar belit cerita. Sebagai seorang negarawan, nyata tindakan itu amat dikesali. Hingga ke tahap itu beliau sanggup melakukannya.

Sebenarnya amat banyak terutama sekali persepsi masyarakat luar terhadap kepimpinan negara juga akan berubah. Jika itu berlaku, bagaimana kita mahu menarik lebih banyak pelabur asing ke Malaysia.

Mahukah pelabur asing untuk melabur di sini jika mereka mendengar pelbagai cerita buruk yang datangnya daripada bekas Perdana Menteri dan pernah berada di kedudukan tertinggi dalam negara, sudah pasti akan ada yang percaya apa yang diperkatakannya.

Apabila antarabangsa melihat keadaan politik di negara ini seolah-olah tidak stabil maka ia akan mewujudkan persepsi bahawa kerajaan lemah disebabkan ia dipimpin oleh orang yang tidak betul, sedangkan hakikatnya perkara itu tidak berlaku.

Begitu juga dengan tindakan pemimpin pembangkang yang laian, DAP dengan sekutunya telah bersungguh keluar Negara hanya untuk memburukkan kerajaan.

Pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin PAS, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID).

Susulan tindakan yang dilakukan oleh pembangkang yang mewakili DAP  ini, Akibatnya, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu. Penarikan diri ini telah merugikan Negara dan telah menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk Negara.

Selain RAPID, jika kita imbas kembali pem­bangkang cuba men­sabotaj projek Lynas di Kuantan, Pa­hang. Mereka ber­demonstrasi di ha­dapan pejabat Pe­su­ruhjaya Tinggi Aus­tralia di Kuala Lum­pur.

Malah, Ahli Par­limen Kuantan da­ripada PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan Lynas dan menggunakannya sebagai modal politik kempen pilihan raya umum.

Namun sekarang, isu Lynas sudah hilang dari paparan  media dan telah terus beroperasi dengan jaya nya serta telah memberikan ruang pekerjaan untuk rakyat tempatan. Apakah pihak pembangkang terutama DAP hanya memikirkan politik semata mata dan tidak pernah ada memikirkan sumbangan terhadap Negara.

Kencenderungan pemimpin pembangkang menjaja keburukan kerajaan kepada pihak luar nyata memberikan imej negatif mengenai Malaysia di mata pelabur asing.

Tindakan ini memberikan  kesan daripada aktiviti itu menyebabkan pelabur asing keliru dengan situasi semasa negara sekaligus mematikan hasrat mereka untuk membuat pelaburan di negara ini.

Demi kesinambungan  matlamat politik yang tidak berkesudahan pembangkang yang diketuai oleh DAP terus melakukan  tindakan  menyebarkan berita fitnah  terhadap Negara  kepada Negara luar. Perkara ini bukan sekarang berlakunya, malah semasa Anwar Ibrahim  lagi memburukkan Negara telah dilakukan.

Sebagai contoh yang dilakukan pihak tersebut seperti mengatakan sistem kehakiman negara ini tidak adil, ataupun pihak polis kita makan rasuah, negara ini negara Taliban, Isu kalimah Allah, dan banyak lagi isu yang melibatkan keyakinan pelabur masuk untuk melabur.

Sememangnya tindakan ini adalah tindakan yang tidak bertanggung jawab terhadap Negara, atas nama politik juga pembangkang sangup bersekongkol dengan Negara asing untuk memusnahkan demokrasi serta politik  demi untuk mencapai kuasa.

Perbuatan pembangkang memburukkan imej negara telah menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini. Ianya memberikan impak yang negative terhadap pertumbuhan ekonomi dan akhirnya akan menjurus kepada sebuah Negara yanbg tidak mampu berdaya saing.

Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan keusahawanan sama ada dalam industri kecil atau sederhana, industri perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan tidak akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk mensabotaj ekonomi negara,

Kerajaan Barisan Nasional bekerja keras dalam menarik pelabur asing supaya melabur di negara ini termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bertanggungjawab  walaupun negeri tersebut diperintahi oleh pihak pembangkang.

DAP dalam kepelbagaian usaha terus merangka strategi untuk memusnahkan ekonomi Negara ini, DAP tidak akan senang dengan pencapaian yang dicapai oleh Negara dalam peningkatan ekonomi yang mana dikatakan akan mengagalkan muslihat mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Untuk rekod, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010, sebanyak 619 projek perkilangan telah diluluskan dengan nilai pelaburan RM19 bilion, dan daripada jumlah itu, RM11.5 bilion atau 60.5 peratus merupakan pelaburan asing dan RM7.5 bilion adalah pelaburan tempatan.

Menurut perangkaan Jabatan Statistik Malaysia, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini meningkat tahun ini berdasarkan imbangan pembayaran bagi setengah tahun pertama yang bernilai US$3.4 bilion berbanding US$1.38 bilion pada keseluruhan tahun 2009.

Peningkatan ini disokong oleh langkah proaktif yang dibuat kerajaan bagi merancakkan semula kemasukan FDI termasuk memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi.

Justeru itu, rakyat perlu sedar dan melihat agenda jahat DAP yang mana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita cita politik mereka dan seterusnya mehancurkan ekonomi Negara dalam apa cara sekali pun.

Perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan atau disokong  walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.

Untuk mengekang perkara ini terus dilakukan oleh ahli politik sekutu DAP dan juga DAP adalah wajar satu bentuk system perundangan melalui undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat diambil agar  tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

Justeru itu disini kita melihat bahawa DAP dan sekutunya bukan parti politik yang  berjiwa patriotic malah ianya  adalah  parti yang bersungguh untuk melihat Negara berada didalam keadaan kemunduran, kemiskinan, pengangguran  serta tidak berdaya maju.

Rakyat harus melihat isu ini sebagai isu untuk menjahanamkan Negara dan bukan lagi isu politik yang biasa, Pengkhianatan ini mesti dihalang dengan menolak kepimpinan DAP dan sekutu mereka  dengan tidak menyokong DAP serta sekutu dalam PRU14 akan datang.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Pelbagai Usaha Dilakukan Pembangkang Untuk Melumpuhkan Ekonomi Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s