MCA Menolak Keras Amalam Politik Memusnahkan Perpaduan dan Keharmonian Kaum Di Malaysia


oleh rmf


Ketegangan kaum yang berlaku di negara ini berpunca dari DAP yang sombong dan angkuh tidak tahu menghormati orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Disebabkan keangkuhan dan kesombongan pemimpin DAP, mereka sanggup mempertahankan ahli DAP yang memperlekehkan dan menghina  Melayu-Islam tanpa memikirkan perasaan orang Melayu yang melihat Agama , Bangsa dihina sedemikian rupa.

Malah, ada pemimpin DAP yang sanggup menyalahkan pemimpin melayu Islam dalam mencetuskan isu yang akan menyebabkan ketegangan kaum dengan melakukan penghinaan demi penghinaan terhadap mereka.

Terdapat pemimpin DAP sengaja mencari kesalahan pemimpin Melayu yang boleh mencetuskan kemarahan, tindakan ini akan menggugat kestabilan kehidupan berbilang bangsa dalam Negara ini. Keharmonian yang telah sekian lama dipupuk akan musnah dalam sekelip mata.

Apabila pemimpin DAP mempermainkan pemimpin Melayu seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merek tidak peduli perasaan dan kemarahan yang dirasakan orang Melayu.

Orang Melayu yang menuntut untuk tidak kurang ajar dan bersabar menyebabkan pemimpin DAP berulang kali memperkecilkan pemimpin Melayu yang lama kelamaan boleh memercikkan api persengketaan antara kaum

DAP dalam usaha untuk memecahbelahkan keharmonian terus melakukan tanpa ditegah oleh kepimpinan tertinggi mereka. Tindakan ini seakan merestui segala perbuatan yang mana akhirnya  akan meyebabkan perasaan syak wasangka wujud diantara kaum..

Kepimpinan MCA melihat  tindakan DAP yang sering melakukan provokasi jika tidak dibendung akan mengakibatkan dan membangkitkan perasaan dendam dan tidak puas hati dan akan berlaku dimana  semua Cina di negara ini menerima padah dan dibenci oleh orang Melayu.

Namun pada masa yang sama  dan sehingga hari ini, MCA yang menjadi rakan politik UMNO itu sentiasa berpegang teguh kepada semangat setiakawan yang telah terjalin sekian lamanya. DAP sebagai parti yang memperkuatkan dasar perkauman terus ditolak oleh rakyat Malaysia .

Dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian diantara rakyat pelbagai kaum MCA terus berusaha untuk memupuk dasar toleransi yang tinggi dan mengambil sikap bertimbang rasa  serta bersama sama dalam membangunkan Negara.

Amat jelas dasar ini amat berlainan sekali dengan amalan yang dilakukan oleh DAP , PAN PKR dan sekutu baharu  iaitu PPBM.Seharusnya pemimpin yang ada dikalangan Pakatan Harapan memikirkan satu jalan terbaik dan berpolitik bukan perkauman  sebagaimana  MCA lakukan.

Menolak DAP dalam pilihanraya akan datang bukan sesuatu yang boleh dipertimbangkan malah ianya adalah sesuatu yang seharusnya dilakukan demi menjaga perpaduan , keharmonia serta hidup dalam keadaan aman serta damai didalam satu komposisi kaum yang besar seperti Malaysia.

Pendapat MCA, politik perkauman yang diamalkan oleh DAP semestinya ditolak dan  menggunakan politik sebagai satau wadah perjuangan untuk memecahbelahkan  rakyat adalah satu bentuk politik yang amat jelek dan mempunyai impak menghancurkan sesabuah Negara.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Menolak Keras Amalam Politik Memusnahkan Perpaduan dan Keharmonian Kaum Di Malaysia and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s