SPAD Terus Laksana Penambahbaikan Industri PerkhidmatanTeksi


Oleh rmf

.

Berbagai langkah pemudahcara dilaksanakan oleh SPAD dalam memastikan industri teksi dalam Negara ini bergerak seiring dengan pembangunan dan keperluan pengguna di Malaysia.

Bermula dengan  langkah kajian mengenalpasti permasalahan pemandu teksi sehingga  kepada cara cara untuk mengatasinya. Berbagai geran  telah dilancarkan oleh kerajaan untuk menaik taraf system perkhidmatan pemandu teksi agar ianya menjadi  satu perkhidmatan yang terbaik.

Dalam hal ini, Program Transformasi Teksi di dalam komponen utama Bidang Keberhasilan Utama Negara untuk Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT). Program dimulakan dengan Program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada tahun 2012.

Pada Disember 2015, SPAD juga telah melaksanakan Makmal Teksi yang memberi tumpuan untuk menyeragamkan industri teksi bagi memenuhi permintaan hari ini.

Ini termasuk mencari model perniagaan yang optimum, mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan ketersediaan perkhidmatan teksi semasa waktu puncak dan menggalakkan penggunaan inovasi teknologi

Bukan setakat itu sahaja, pada bula lepas SPAD telah memberikan lesen teksi individu yang mana  melibatkan 300 orang pemandu teksi yang telah diluluskan untuk mencewburkan diri kepada perkhidmatan e-hailling yang menawarkan pasaran lebih terbuka.

Penerima lesen teksi individu ini juga telah diberikan geran bernilai RM5000 untuk membeli teksi baru. Geran ini disediakan oleh kerajaan sebagai satu langkah  untuk mengurangkan beban pemandu untuk memiliki sebuah kereta yang lebih sempurna.

Sebagai langkah seterusnya,  penstrukturan semula telah dilakukan oleh SPAD dan melakukan pengklasan kategori perkhidmatan teksi.

Untuk ketika ini  struktur kategori bagi pengangkutan awam teksi terbahagi kepada lima iaitu teksi bajet, teksi airport, teksi eksekutif, teksi premier, dan teksi 1 Malaysia. Berikutan dengan pengklasan yang dilakukan SPAD telah bengkategorikan  pengklasan kepada 3 bahagian perkhidmatan sahaja.

Tiga pengklasan tersebut ailah  teksi sahaja, kereta sewa dan teksi limo sebaik sahaja tempoh teksi melebihi had 10 tahun.

Menurut jurucakap SPAD berkata “pemandu teksi boleh membuat pilihan sama ada mahu menjadi teksi bermeter, kereta sewa atau kereta limo sekiranya kenderaan tersebut bersesuaian”

Perubahan yang dilakukan oleh SPAD ini adalah bertujuan untuk mengekalkan teksi yang berumur dibawah 3 tahun masih boleh menjalakan perkhidmatan dan dikekalkan kelasnya .  Penstrutkturan kategori ini merupakan satu langkah sebagai daripada Progran Transformasi Industri Teksi (TITP).

Perubahan  yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk  membuka peluaang yang lebih besar kepada pemandu teksi dan ianya  dilihat akan  berlakunya satu bentuk persaingan perkhidmatan  teksi  dengan Uber dan Grabcar.

Dengan kaedah ini pemandu teksi akan lebih terdedah dengan peluang untuk mendapatkanb pelanggan  tanpa ada sekatan dan disamping boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap pelanggan. Langkah yang diambil oleh SPAD ini sekali gus telah membukan ruang teknologi dikalangan permandu teksi disamping ianya satu bentuk penambahbaikan industry teksi agar ianya berdaya saing.

Susulan dengan penstrukturan semula ini,  diharapkan  perkhidmatan teksi dalam Negara akan terus berkembang dan mendapat pujian dari pihak pelanggan  disampaing ianya akan menjadi bualan  perkhidmatan terbaik dikalangan pelancong asing.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD Terus Laksana Penambahbaikan Industri PerkhidmatanTeksi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s