PAS Pertahankan MCA Dan Menyanggah Tuduhan DAP Dalam Isu Akta 355


Oleh rmf

Image result for Hadi MCA

Tiada jalan lain bagi DAP untuk melindungi  parti mereka dari terus dilebelkan sebagai anti Islam dan anti Melayu dikalangan rakyat. Namun pada hakikatnya  tindak tanduk DAP ini sudah semakin terserlah dan menunjukkan belang mereka sebenarnya.

DAP yang mana berasa tidak senang hari apabila PAS melebelkan bahawa  DAP tidak beradab dan memusuhi Islam dan usaha DAP menghalang Akta 355 dibentangkan di Parlimen baru baru ini.

Tentangan yang dilakukan oleh Kit Siang menunjukkan bahawa sememangnya DAP dengan kesungguhan cara cuba mengagalkan pembentangan usul berkenaan dengan sokongan beberapa pemimpin Melayu dari PAN dan  DAP yang lain.

Sebagaimana biasa untuk menutup kesalahan dan menyembunyikan niat jahat tersebut, DAP  terus mencari subjek yang lain untuk dijadikan  bahan  untuk dipersalahkan.

Sudah pastinya MCA akan digunakan  untuk menimbulkan keraguan dan PAS akan dijadikan sebagai peluru untuk menyerang MCA. Ini cara DAP yang tidak pernah berubah apabila  mereka melihat berbagai tekanan  diarahkan kepada mereka.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke terus mencari jalan untuk menyalahkan MCA dalam isu tentangan DAP terhadap pemerkasaan system perundangan syariah yang dibentangkan oleh Hadi Awang.

Lebih membakarkan kemarahan DAP apabila kenyataan  yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan dan menuduh DAP sebagai tidak beradab dan memusuhi Islam adalah amat tepat sekali.

Anthony Loke terus memutar belitkan isu pembentangan  yang dibuat dengan mengaitkan isu tersebut mempunyai kaitan dengan UMNO, secara tidak langsungnya sekali gus mendedahkan bahawa DAP amat tertekan dan cuba menyalahi orang lain.

DAP menyembunyikan fakta bahawa pembentangan syariah tersebut adalah untuk memperkasakan system perundangan syariha dalam Negara ini  dan ianya khas untuk keseluruhan umat Islam dan bukan untuk UMNO.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin DAP banyak memperlekehkan setiap perkara yang berkaitan  Islam sehinggakan  isu ibadah haji dan umrah , solat hajat  dan banyak lagi yang dipertiakikan oleh DAP.

Serangan parti-parti sekutu Pakatan Harapan  yang sentiasa memperlekehkan undang-undang Syariah terutamanya di kalangan pemimpin-pemimpin DAP dan NGO-NGO yang menyokong mereka tanpa mempedulikan  sensitiviti pegangan anutan  bangsa Melayu Islam.

Justeru itu niat jahat DAP untuk memburukkan MCA sekali lagi gagal apabila Datuk Seri Haji Hadi Awang menegaskan bahawa MCA , MIC dan Gerakan sebagai komponen yang beradab  dan menghormati anutan kaum lain.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in VIDEO-Hadi Dedahkan DAP Bersekongkol Dengan Negara Asing Dalam Politik Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s