MCA- Masyarakat Cina Mesti Menolak Dasar Perkauman, Menolak Perpaduan Oleh DAP 


Oleh rmf

Image result for MCA dan DAP

Dasar keharmonian dan kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini telah diperjudikan demi untuk mencapai hasrat  pemimpin DAP untuk mengekalkan legasi kepimpinan yang berteraskan kronisme.

DAP terus memainkan isu isu berkaitan perkauman, isu agama, isu budaya dan pelbagai isu yang telah melukakan hati orang Melayu. Raja Melayu dan agama Islam terus menjadi bahan politik DAP dan ianya tidak terkecuali untuk kaum lain.

Pemimpin DAP tidak peduli kecaman yang diterima oleh mereka , perakara yang lebih penting ialah bagaimana mereka mengwujudkan kerosakam pemikiran dikalangan rakyat  untuk menentang Kerajaan  pimpinan Barisan Nasional.

Tindakan ini jelas apabila kita dapat melihat bagaimana sesuatu isu dibangkitkan semuanya berkisar kepada  memburukkan Negara dan kerajaan.

DAP secara terangan terus menggunakan kepimpinan Barisan nasional  sebagai mangsa isu politik dan terus memecah belahkan sokongan rakyat dengan fitnah yang dilakukan

Tindakan ini amat berbeza sekali dengan politik matang yang menjadi amalan MCA yang mana lebih mementingkan kebajikan semua kaum serta menjaga dan  tidak mempertikaikan anutan , budaya, adat resam sehingga kepada amalan agama  kaum lain.

MCA dalam menjunjung Perlembagaan Negara terus mernjalankan tanggungjawab  sebagai pemimpin sayap terbesar komponen Bariasan nasional dalam apa daya dan sekercil usaha untuk memastikan keharmonian dan kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini terus terjamin.

Pemimpin MCA sedar bahawa  Malaysia  adalah sebuah  negara bertamadun dan unik dari segi kebudayaan dan cara hidupnya. Namun, sebagaimana yang lazim dalam setiap masyarakat.

Malaysia juga tidak terkecuali dengan permasalahan di kalangan kumpulan ethnik berikutan elemen-elemen negatif termasuk provokasi politik yang mula menular di negara ini.

Provokasi dan adu domba yang  dilancarkan oleh DAP terhadap MCA bukannya sedikit, namun disebalik tujuan dan niat jahat DAP tersebut, pemimpin MCA terus mendekati rakyat  serta memberikan penerangan agar rakyat tidak terjebak dengan hasutan DAP yang ingin memecah belahkan keharmonian kaum serta perpaduan dalam Negara ini.

Bagi pemimpin MCA, Perpaduan itu bukan bermaksud bahawa kita semestinya hidup dengan cara yang sama, bertutur dalam bahasa yang sama ataupun menjunjung budaya atau adat yang sama.

Liow berkata, tidak seperti DAP, MCA sejak penubuhannya beberapa dekad lalu telah berjuang untuk masyarakat Cina dan tidak pernah meminggirkan kaum lain dan terus menyumbang kepada keharmonian sosial dan kestabilan.

Dengan cara demikian MCA lebih arif  dan  bermaksud semua kaum  hidup secara aman dengan budaya (cara hidup) yang berbeza, di bawah bimbingan nilai-nilai murni universal seperti sikap terbuka, inklusif dan saling hormat menghormati,  yang juga merupakan salah satu daripada aspirasi TN50.

Atas kesedaran ini, MCA terus mendokong dan mengambil peluang dan terus meneliti  meneliti secara objektif cadangan Yayasan 1 Malaysia baru-baru ini untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana sesungguhnya Rukun Negara itu dibentuk berpaksikan dokrine kebebasan dan keadilan bagi semua di negara ini demi memastikan ketenteraman negara yang kekal dan berterusan . Sebarang tindakan yang berunsur untuk menghancurkan perpaduan ini mesti ditentang sehebatnya.

Dalam persediaan untuk menghadapi PRU14, MCA terus komited dengan  strategi dan dasar transformasi yang dilaksanakan didalam MCA. Pernstrukturan semula dengan semangat untuk memenangi semula kerusi yang telah hilang semasa PRU13 yang lalu

Bagi MCA, kami sudah bersedia, malah persiapan telah dibuat sejak awal lagi. Seperti di Pulau Pinang, sekiranya mereka ingin mengadakan pilihan raya awal, kami sudah bersedia,” kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Langkah demi langkah dilakukan untuk memastikan MCA adalah sebuah parti komponen yang dipercayai oleh masyarakat Cina dan  kaum lain serta terus dapat berbakti dan menyumbang kepada peningkatan kerusi pada PRU akan datang demi memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Tidak seperti DAP yang hanya menggunakan Isu  Rasuah, Nepotisma,  Kronisma dan Bersih untuk menambat hati rakyat , tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti  dan perlaksanaan yang amat effisien untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah bergabung dalam Pakatan Rakyat hanyalah ‘pertunjukan’ semata-mata dan bersifat sementara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Rakyat tahu dan sedar mereka hanya ‘marriage of convenience’. Mereka akan bercerai, dan menggunakan hala tuju berlainan selepas pilihan raya Rakyat tahu siapa itu Mahathir. BeliauRakyat juga sedar bahawa pemimpin DAP dan PPBM mempunyai  hanya satu tujuan iaitu  agenda peribadi.

Terlalu banyak penipuan yang dilakukan oleh DAP dalam usaha untuk menutup agenda mereka yang sebenarnya. Penipuan’ yang paling ketara diguna pakai oleh DAP ialah  dengan menonjolkan pencapaian mereka di Pulau Pinang yang  gagal agar dilihat sebagai sebuah pemerintahan yang berjaya.

Dalam hal ini MCA terus menerus meyanggah penipuan dan dasar perkauman yang menjadi amalan DAP dan memberikan penerangan secara terperinci kepada masyarakay Cina agar tidak lagi tertipu dengan  politik perkauman yang menjadi amalan DAP.

Secara jelasnya, MCA terus memainkan peranan bagi  terus mendapat sokongan yang kian meningkat dari masyarakat Cina yang menilai budaya kerja yang terbaik dari MCA.  Sudah pastinya beberapa penambahan  kerusi MCA akan dapat dikembalikan.

“Do Or Dies” sebagai pencetus semangat kepada semua anggota MCA agar terus bekerja untuk mendapatkan keyakinan rakyat bahawa MCA adalah sebuah parti yang terbaik dan bukan sebuah parti yang bersifat perkauman sebagaimana  DAP yang menindas  kaum lain.

Advertisements
Image | This entry was posted in Menolak Perpaduan Oleh DAP  Mesti Di Tolak Oleh Masyarakat Cina and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s