Annuar Musa- Umat Islam Di Malaysia Jangan Jadi Tali Barut Anti Islam DAP Dalam RUU355


oleh rmf

Related image

Terbukti sudah , bahawa DAP adalah sebuah parti anti Islam yang mana terus menentang apa juga berkaitan dengan Islam. terus melakukan provokasi tentang Islam, DAP kini amat memusuhi Islam dan bangsa Melayu yang mana menjadi penghalang agenda Malatsian Malaysia nya.

Pembentangan RUU355 sekali gus  telah menunjukkan bukti yang amat jelas bagaimana DAP adalah sebuah parti yang  memusuhi Islam.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung Rang Undang-Undang Syarie (RUU355) yang dibawa secara persendirian oleh beliau. Halangan yang muncul adalah dari Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang serta beberapa orang lagi Ahli Parlimen dari DAP dan juga pembangkang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh TS Annuar Musa yang  mengatakan perasaan penghargaan dan bangganya apabila  melihat PAS dan BN terus bersama mempertahankan serangan  DAP dalam siri pembentangn yang dibuat oleh Presiden PAS Hadi Awang.

Tindakan bijak Speaker menggunakan kuasa yang sedia ada apabila melihat perilaku yang tidak sepatutnya berlaku dikalangan pemimpin pembangkang telah melakukan keputusan penangguhan   pembentangan sehingga bulan Julai akan datang.

Dengan cara ini secara tidak langsungnya, siri penerangan berterusan kepada rakyat isu pemerkasaan RUU355 perundangan Syariah ini akan dapat dilakukan dengan masa yang lebig panjang lagi.

Jika diimbas pada tahun 1965 dan 1984 semasa  pembentangan RUU ini , tiada  bantahan sebagaimana dilakukan oleh DAP sekarang dilakukan. Pembentangan yang harmoni  dan saling menghormati  pegangan agama diantara satu yang lain.

Annuar  menambah lagi,  seharusnya umat Islam dalam Negara ini terus  melakukan sokongan terhadap RUU355 ini demi memperkasakan perundangan syariah yang  mana hukuman  sedia ada  amat ringgan dan tidak dapat memberikan pengajaran  kepada persalah laku.

Beliau menambah lagi ,  tidak perlu lagi  rakyat Malaysai menjadi alat dan talibarut kepada agenda jahat DAP yang hanya mahu untuk menjahanamkan Islam di Malaysia dengan menggunakan sokongan pemimpin Melayu yang ada didalam Pakatan Harapan.

Sebagai Ahli Parlimen, Annuar  menyatakan sokongan terhadap pembentangan RUU355 yang dibentangkan di Parlimen dan akan terus melakukan siri penerangan kesemua peringkat dan memastikan dikalangan rakyat terus memahami tujuan dan matlamat pembentangan RUU355 ini dilakukan.

Jika kita fikirkan secara  matang,  Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP. Dalam usaha untuk menutup sikap anti Islam DAP terhadap bangsa Melayu muslim dalam Negara ini.

DAP sebagaimana taktik mereka untuk menyalahkan orang lain akan melakukan tindakan menafikan tuduhan anti-Islam, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah sebagai langkah untuk menakut nakutkan rakyat yang mempertikaikannya.

Menyelusuri kembali  sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO pada 29 September 2001 telah menyebabkan berlakunya penentangan berterusan oleh DAP terhadap orang Melayu Islam. Berbagai helah dan fitnah dilemparkan terhadap Islam dan bangsa Melayu.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular. Kekal secular bermakan DAP boleh melakukan perlanggaran  tatatusila kehidupan semua masyarakat  dan etnik dalam Negara ini termasuk agama anutan orang lain.

Tindakan  DAP untuk mengekalkan Malaysia sebagai Negara sekular adalah diantara agenda yang  telah lama dirancang untuk membawa satu fahaman kesamarataan  agar ianya terus diterima oleh masyarakat Malaysia.

Justeru itu, penyokong Pakatan Harapan harus sedar bahawa dalam politik ada perkara yang boleh kita berkompromi, da nada perkara yang kita mesti nyatakan pendirian kita dan sudah pastinya berkaitan dengan Islam yang Maha suci.

Menyokong atau bersekongkol mengenainya bersama dAP sekali gus menjadikan kita sebahagian daripada  mereka yang mahu menghancurkan Islam.

Demi Islam penyokong Pakatan Harapan mesti  menghukum DAP dengan tidak menyokong sekutu mereka  yang terdiri dari PKR, PAN dan BERSATU.

Advertisements
Image | This entry was posted in Annuar Musa- Umat Islam Di Malaysia Jangan Jadi Tali Barut Anti Islam DAP Dalam RUU355 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s