Transformasi Industri Teksi Negara- SPAD Serah 300 Lesen  Individu Kepada Pemandu Teksi


Oleh rmf

Dasar transformasi  yang dilaksanakan oleh SPAD didalam system pengangkutan awam darat  terus mengorak langkah  dan terus memberikan pemerhatian serta tindakan didalam  menangani kepelbagaian masalah.

Beberapa permasalahan yang amat ketara sejak sebelum penubuhan SPAD ialah  berkaitan dengan ulat teksi, pemilikan  permit teksi  yang mana sebilangan besar dari pemandu teksi yang terpaksa menyewa permit individu atau syarikat lain untuk mencari nafkah kehidupan.

Melihat hal ini SPAD  melalui kerajaan pimpinan Dato’ Sri Najib Razak telah melancarkan banyak usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan  teksi dalam Negara ini. Geran-geran bantuan kerajaan disalurkan kepada yang berminat dan berkelayakan.

SPAD dalam menjalankan tanggungjawab ini terus meneliti setiap permasalahan yang dilontarkan dan memikirkan secara positif langkah untuk mengatasinya.  Penyewaan permit teksi adalah diantara permasalahan yang amat ketara sekali.

Justeru itu , kerajaan  Barisan Nasional melalui SPAD telah  melancarkan  satu skim pemilikan permit teksi persendirian ditawarkan kepada pemandu teksi yang berminat dan tiada  memeliki permit teksi.

Langkah ini diambil adalah bertujuan untuk meringan kan beban tanggungan seawan permit yang ditanggung oleh pemandu kepada syarikat dan individu yang lain. Dengan pemilikan permit ini sekali gus pemandu akan  dapat menikmati hasil  khidmat mereka 100% dan tidak berkongsi dengan pihak lain.

Beberapa hari lalu pada 31 Mac telah berlansung Majlis penyerahan lesen teksi individu yang di kendalikan oleh  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pada Majlis ini SPAD telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Dalam satu kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh SPAD, seramai 300 orang invidu telah menerima permit atau lesen  pengendalian teksi.

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA PEMANDU TEKSI YANG KELUAR SISTEM PAJAK DI BAWAH PROGRAM TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah memulakan pemberian lesen teksi individu kepada pemandu teksi yang layak dan telah menamatkan tempoh kontrak pajak mereka.

Pelaksanaan inisiatif ini di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) adalah bagi menambahbaik kebajikan para pemandu teksi dan untuk mewujudkan satu persekitaran yang adil dan sihat bagi industri. Suruhanjaya dengan itu telah mengumumkan kelulusan 300 lesen teksi individu.

Kumpulan penerima lesen individu pertama pada hari ini, merupakan sebahagian daripada 3,007 permohonan yang telah diterima oleh SPAD sejak Ogos 2016. Kesemua permohonan tersebut perlu melalui proses saringan dan mematuhi keperluan-keperluan pelesanan SPAD yang direka bagi meningkatkan mutu perkhidmatan industri teksi negara.

Sebagai satu pelaksanaan di bawah TITP, kesemua 300 penerima Lesen Individu juga akan menerima geran tunai Kerajaan RM5,000 bagi membantu pemandu teksi yang telah menerima lesen individu untuk membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Bajet 2017.

Di dalam majlis hari ini, 300 Surat Tawaran Kelulusan (STK) telah diserahkan kepada kumpulan penerima lesen individu pertama. Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Sri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar menegaskan bahawa pemberian STK ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan industri teksi Malaysia yang progresif.

“Dengan memberikan individu-individu ini peluang untuk keluar daripada sistem pajak, kita berharap akan dapat melahirkan satu generasi usahawan teksi yang berkemampuan untuk membuat pilihan yang bijak supaya lebih berdaya saing; pada masa industri sedang berhadapan dengan kemajuan teknologi terkini. Industri teksi perlu menyesuaikan diri dengan ‘trend’ yang mendorong permintaan pasaran hari ini,” katanya.

Menurut Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Albar, pemandu teksi telah lama meminta supaya pembekuan lesen individu ditarik balik disebabkan ramai di kalangan mereka telah dibebani oleh sistem pajak lama. Sistem tersebut telah menyumbang kepada masalah struktur dan cabaran dalam mewujudkan perkhidmatan teksi yang lebih mengutamakan pelanggan.

“Berikutan kajian yang dilakukan di Makmal Transformasi Teksi oleh SPAD pada November 2015, kami telah mencadangkan pengeluaran lesen individu bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat sebagai satu cara untuk memajukan industri. Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan pengesyoran TITP tersebut pada hari ini,” katanya lagi.

Secara keseluruhan, TITP menjadi satu pembuka jalan bagi industri teksi Malaysia untuk menjadi lebih mampan dan responsif kepada kuasa pasaran pada masa hadapan.

Pada 1 April 2017, model-model kenderaan bagi kegunaan teksi akan diliberalisasikan untuk membolehkan pilihan kereta yang lebih luas pada harga yang kompetitif bagi pemegang lesen. Di bawah langkah ini, semua jenama kenderaan dan model yang mencapai penarafan keselamatan 3-bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (NCAP) (atau penarafan yang setaraf dengannya),boleh digunakan bagi perkhidmatan teksi. Ini adalah untuk memberikan lebih fleksibiliti bagi pemandu teksi ketika menggantikan kenderaan lama mereka serta berpotensi mengurangkan kos operasi.

Bagi pemandu teksi yang masih di bawah kontrak pajak, SPAD akan mengawal selia kontrak pajak mereka. Kontrak pajak tersebut juga akan ditambah baik dan diseragamkan dengan standard yang wajib dipatuhi di bawah syarat-syarat Lesen Pengendali.

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 sedang dilakukan bagi membolehkan peraturan syarat-syarat kontrak dilaksanakan ke atas pengendali. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk http://www.spad.gov.my/media-centre/media-releases/2016/spad-unveils-pla… atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau emel kepada titp@spad.gov.my).

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Transformasi Industri Teksi Negara- SPAD Serah 300 Lesen  Individu Kepada Pemandu Teksi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s