Pembangkang Gagal Fitnah MCA- MCA Masih Menjalin Setiakawan  Bersama Barisan Nasional


Oleh rmf

Kemelut yang berlaku didalam Pakatan Harapan yang mana sedang melanda dalam senyap dan terbuka  menghantui pemimpin yang ada sekarang, Ini adalah disebabkan  beberapa perkara yang tidak dipersetujui bersama.

 Dalam menangani kemelut agar ianya tidak mengugat sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP, Sebagaimana biasanya  DAP atau mana mana sekutu bersama mereka akan mencipta satu bentuk “blackops” untuk mengalih isu  yang sedang dihadapi oleh mereka.

Isu yang paling hangat sekarang ialah  bagaimana beberapa pemimpin pembangkang sedang disoal siasat oleh SPRM berkaitan dengan penyelewengan wang khairat kematian untuk orang Islam yang mana dikawal oleh bukan Islam dan disalahgunakan.

Bukan itu sahaja , Fitnah ini bertujuan juga untuk menutup isu rasuah  Guan Eng serta beberapa skandal pembangkang yang sedang dalam pemerhatian untuk disiasat.

Salah satu modus operandi yang paling popular dikalangan pihak pembangkang ialah dengan melakukan berita palsu atau lebih sinomin dengan pihak pembangkang iaitu mengadakan cerita fitnah.

Cerita fitnah amat  disukai oleh pihak pembangkang dan rakyat mulai sedar tentang  hal ini. Terlalu banyak fitnah yang dilakukan oleh pakatan terhadap kerajaan.

Hari ini, satu bentuk fitnah  telah dicipta dengan mengatakan bahawa MCA telah keluar dari Barisan Nasional atas beberapa sebab yang agak samar dijadikan bukti. Kesamaran bukti atau fakta telah  meyebabkan  sebilangan besar rakyat tidak menerimanya.

MCA sejak awal penubuhan Barisan Nasional adalh serbuah parti yang  mempunyai banyak kisah suka duka bersama Barisan Nasional. Kisah suka duka bersama Barisan Nasional  dijadikan teladan dan kekuatan untuk terus menjalinkan setiakawan yang tiada  pada pihak pembangkang.

Pihak pembangkang sanggup menikam rakan polit5ik sendiri hanya kerana berlainan pendapat dan  terus menjadikan musuh politik. Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah setiakawan MCA bersama  Barisan Nasional.

Fitnah MCA telah melangkah keluar dari Barisan Nasional dilakukan ketika  Presiden MCA  Dato’ Sri Liow Tiong Lai mengadakan  lawatan kerja ke India.

Mesej fitnah yang telah disebarkan di laman media sosial Whatapps telah mengatakan bahawa terdapat kenyatan rasmi yang telah dibuat berkaitan pengunduran MCA dari Barisan Nasional. Tuduhan  yang tidak mempunyai asas yang kukuh disebarkan untuk mengelirukan rakyat dan  pihak pembangkang mengharapkan satu persepsi isu ini akan menular.

Advertisements
Image | This entry was posted in Pembangkang Gagal Fitnah MCA- MCA Masih Menjalin Setiakawan  Bersama Barisan Nasional and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s