Annuar – DAP Terus Menggunakan Melayu Dalam Politik Perkauman Sempit Mereka


Oleh rmf

Image result for annuar musa

Senario politik sebelum ini tidak lah seteruk sekarang, Jika dahulu  politik pembangkang  sentiasa ada pro dan kontranya terhadap  perancangan kerajaan.  Kontranya apabila sesuatu yang difikirkan merugikan kerajaan akan ditentang dan menyokong  apabila ianya memberikan faedah kepada rakyat dan Negara.

Namun segala budaya sedemikian telah hilang dari pemikiran politik pemimpin masa kini.  Pembangkang yang ada sekarang lebih kepada menjurus mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ada diantara  rancangan kerajaan tersebut adalah  agenda  yang mereka sendiri perjuangkan.

Sekarang kita sedang melihat pelbagai  adegan politik berlaku akibat daripada perangai pembangkang yang tidak henti-henti mahu berpolitik sepanjang masa.Sikap buruk pembangkang yang dilihat semakin ketandusan modal dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat.

Perkara ini telah banyak kali diucapkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri  Annuar Musa dalam  pertemuan demi pertemuan yang dilakukan  bersama pemimpin UMNO akar umbi. Pesanan tentang bahayanya pakatan harapan yang mendokong fahaman Liberal dalam politik.

Menurutnya lagi , fahaman ini jika disokong akan membawa kehancuran kepada Islam, Melayu dan Negara. Ianya akan mengakibatkan orang Melayu akan kehilangan segalanya termasuk kedaulatan sebuah Negara yang mana berpaksikan Islam sebagai agama Perrsekutuan.

Melalui siri jelajah pernerangan yang dilakukan , Annuar amat peka  dan terus mengingatkan kepada ketua-ketua penerangan agar terus menyebarkan maklumat yang tepat dan  mudah difahami oleh pengundi.

Sehubungan itu,    kerajaan telah mengambil pendekatan `engagement’ dan `bipartisan’ dalam beberapa hal terutama melibatkan kepentingan rakyat. Hal ini telah banyak dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan

Annuar  memberikan peringatan agar orang Melayu sentiasa  sedar dengan sikap kepura puraan yang menjadi amalan DAP dan sekutunya , kita melihat bagaimana pembangkang yang constructive iaitu dengan tidak membangkitkan isu-isu yang menjadi permainan maki hamun semata-mata.

Pembangkang dalam kepelbagaian usaha menggunakan Melayu pembangkang yang lain sebagai senjata untuk menghancurkan bangsa Melayu  terus menukar strategi dengan slogan slogan yang  dimainkan.

Melayu didalam DAP digunakan sebagai senjata untuk memperlihatkan  hala tuju mereka walaupun kita sedar dalam  agenda yang diperjuangkan itu terselit politik fitnah dan perkauman  yang menjadi amalan untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Pemimpin Melayu dalam DAP terus cuba tanamkan fitnah dalam fikiran rakyat, soal betul atau tidak itu menjadi soal kedua.  Mereka mahu tanamkan persepsi dan kebencian. Sebenarnya  mereka bimbang jika apa yang dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan rakyat.

Agenda pakatan pembangkang hanyalah memburukkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ianya benar-benar memberi pelbagai manfaat secara menyeluruh. Mereka menafikan segalanya, menafikan walaupun setiap hari mereka menikmati segala kemajuan dan usaha daripada kerajaan.

Pembangkang yang diketuai oleh DAP terus berusaha dengan hujah yang tidak relevan untuk membuktikan bahawa setiap rancangan yang dilakukan oleh kerajaan itu satu pembaziran. Isu bahan keperluan dan kenaikan harga barangan menjadi peluru terbesar  untuk melancarkan serangan kepada kerajaan.

Hasilnya kita telah melihat bagaimana beberapa orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh DAP  telah dikenakan tindakan mahkamah susulan fitnah fitnah yang dilakukan sehingga ianya menghancurkan sesuatu yang dibangunkan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja pembangkang terutama DAP mengamalkan budaya perkauman yang amat kuat dan juga memastikan hak hak pemilikan Melayu didalam  Negara hiharuskan termasuk  pemilikan dalam bidang pembangunan industri.

DAP dan sekutunya  sedar bahawa politik kebencian tidak akan ke mana dan rakyat yang bijak  secara keseluruhannya tidak akan terjerat dengan budaya politik sedemikian. Budaya berkenaan yang disemai oleh parti pembangkang hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik sempit mereka dan tidak membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat dan Negara

Annuar dalam memberikan penekanan terhadap rancangan jahat DAP serta pembangkang Melayu yang lain , DAP terus cuba menutup peluang- peluang yang ditawarkan kepada bangsa Melayu dan mereka beranggapan  ianya satu  usaha perkauman.

Sememangnya itu lah cara DAP dan gabungan mereka berusaha untuk menghalang Melayu dari terus maju dalam apa cara sekali pun. Justeru itu pembangkang dengan menggunakan Melayu yang ada didalam pakatan mereka  digunakan sebagai peluru untuk memusnahkan apa yang Melayu usahakan.

Tambahnya lagi mereka seolah-olah cukup sinonim dan budaya sedemikian dan bukan perkara baru hari ini apabila kerajaan yang ditubuhkan atas pilihan rakyat pada pilihan raya umum yang lalu ditohmah dengan pelbagai dakwaaan.

Cuba kita tengok dan perhatikan sejak sekian lama bagaimana serangan mereka terhadap apa yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan. Politik sebeginilah yang akan merugikan rakyat dan negara.

Keikhlasan kerajaan dalam membela dan menunaikan tanggungajwabnya kepada rakyat seolah-olah dipandang sinis oleh mereka. Namun dalam politik sekarang rakyat telah bijak melihat, menilai serta memilih siapakah yang terbaik dalam budaya kerja atau sebaliknya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Annuar – DAP Terus Menggunakan Melayu Dalam Politik Perkauman Sempit Mereka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s