Annuar Musa – UMNO Itu Lahir Dari Semangat Jati Diri Bukan Dari Serpihan


Oleh rmf

Image result for Annuar Musa

UMNO sebuah parti yang mempunyai daya tahan atau  antibodi yang cukup kuat untuk  berhadapan dengan pelbagai isu yang  datang menyerang. Kekuatan UMNO itu bukan dari rasa  kasihan akan tetapi ianya lahir dari semangat cintakan  Agama , Bangsa dan Negara.

Demikian yang dikatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mana menyifatkan  bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai kelainan dengan parti yang ada di Malaysia masa kini.

Hal ini kita dapat perhatikan bagaimana parti serpihan pembangkang yang sedia ada  sekarang , pada keseluruhannya berasal dari UMNO yang tulen. Anggota  parti baru yang ditubuhkan adalah rentetan rasa kurang senang dan tidak puas hati  pada isu yang melibatkan kepentingan diri.

Dalam  pengukuhan kenyataan Annuar telah  memberi contoh parti PAS yang lahir daripada UMNO, Parti Amanah (pecahan daripada PAS), Semangat 46 (lahir daripada UMNO), DAP (pecahan daripada Parti Tindakan Rakyat Singapura) dan Parti Keadilan Rakyat (pecahan UMNO).

Perlu diperingatkan semula bahawa UMNO bukan lahir diatas jalanan atau lahir dari sikap ketamakan, akan tetapi UMNO itu lahir ditempat yang cukup terhormat  iaitu didalam sebuah Istana Raja Melayu dan lahirnya UMNO bukan kerana  serpihan dari mana mana kumpulan akan tetapi ianya lahir dari sikap kesedaran untuk  memertabatkan Agama , bangsa dan Negara.

Orang Melayu telah melalui penjajahan dimana hampir 500 tahun hidup dalam cengkaman penjajah yang mana  pada masa itu orang Melayu tiada tempat bergantung dan tida tempat untuk mengadu nasib bangsa sendiri.

Menurut Annuar lagi, kesedaran anak bangsa Melayu ini  yang akhirnya menzahirkan pemikiran untuk kita bersatu dan menubuhkan wadah politik. Wadah politik yang akan mebela nasib bangsa, nasib agama dan juga Negara agar sejarah hitam penjajahan tidak akan berulang kembali.

“Ini bukan sembarangan parti, bukan serpihan, bukan lahir dari rasa tidak puas hati, kalah bertanding atau kena buang, tapi lahir secara fitrah dan semula jadi, datang dari hati nurani rakyat yang tujuh keturunan tidak bergabung,” katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Barisan Nasional (BN) kini sedang berdepan dengan parti pembangkang yang pro DAP dengan memainkan sentimen bagi meracuni fikiran rakyat sedangkan BN yang diterajui UMNO terus memberi keutamaan kepada kehendak rakyat.

Annuar yakin sokongan rakyat kepada Barisan Nasional yang diterajui UMNO tidak akan tergugat dengan kritikan, fitnah dan hasutan parti pembangkang yang pro kepada DAP, malah kedudukannya akan bertambah kukuh dalam menghadapi PRU 14.

“Lagi kuat pembangkang menghentam kerajaan, lagi kukuh kedudukan UMNO dan ini memudahkan BN memperoleh mandat lebih dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat selepas PRU akan datang, kata Annuar

Dalam menghadapi ancaman fitnah yang berpanjangan dari pihak pembangkang di Malaysia, , Annuar berkata UMNO tidak boleh memandang ringan dan mudah terhadap kewujudan parti-parti baharu walaupun senario itu sebenarnya membuatkan Najib dan BN bertambah kuat.

“Kita dalam parti tidak pernah memandang remeh kerana walaupun seekor nyamuk mungkin kita tidak boleh tidur satu malam, kita guna ancaman untuk membina antibodi UMNO, kita semua bertambah kuat sebab kita memandang ancaman parti lain,” katanya.

Menyentuh mengenai kerjasama Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), anggota Parlimen Ketereh itu berkata fakta yang tidak boleh dinafikan bahawa PPBM sejak lahir lagi sudah diasuh dan diberi semangat oleh DAP.

Justeru itu kita dapat melihat bahawa PPBM tiada mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk bangun dalam memperjuangakan apayang mereka janjikan kepada rakyat. Penolakan parti serpihan yang  memperjuangkan  kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat harus ditolak sepenuhnya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Annuar Musa – UMNO Itu Lahir Dari Semangat Jati Diri Bukan Dari Serpihan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s