Penulisan Artikel Mengenai DAP- Annuar Musa Berjaya  Pancing Anak Muda DAP Keluarkan Kenyataan.


Oleh rmf

Image result for annuar musa

Kebijaksanaan  Tan Sri Annuar Musa menjolok satu isu terhadap DAP dilihat hanya melalui pertandinagn penulisan  artikel yang mengambarkan  sikap tersembunyi DAP terhadap kaum yang lain terutama orang Melayu dan Islam.

Ketakutan DAP dapat dilihat lagi apabila  Tan Sri Annuar Musa mengumumkan ganjaran RM10,000 untuk esei yang membuktikan Kit Siang kononnya seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sehingga kini  hadiah telah dinaikkan sebanyak RM50 ribu bagi pemenang yang dapat membongkar bukti  melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pemimpin DAP ini.

Tindakan  Annuar Musa  memancing isu telah dapat di sambar oleh  sekumpulan anak muda DAP yang mana telah membuat satu laporan polis terhadap penganjuran penulisan artikel itu yang mana dikatakan cubaan menjatuhkan reputasi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Seperti biasa alasan yang akan diberikan oleh pengikut  dan pemimpin DAP ini  sudah pastinya  bahawa Annuar  telah menimbulkan fitnah terhadap Kit Siang. Sebenarnya  mereka ini amat takut apabila satu demi satu bukti kenyataan yang menjurus kepada  penglibatan Kit Siang terhadap sikap rasisnya terhadap orang Melayu Islam terbongkar.

Jika kita lihat secara umumnya, terlabu banyak topic atau tajuk yang telah dilontarkan pemimpin DAP terhadap Melayu Islam kononnya mengamalkan dasar perkauman melalui UMNO, Apakah ini bukan satu kenyataan yang bertujuan fitnah dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin UMNO?

Malah, topik yang dipilih sebilangan besar pemimpin DAP  bukannya dibuat bagi kepentingan awam, tetapi hanyalah sekadar permainan politik yang jijik.

Sebagai contoh yang amat jelas sekali ialah Pemberian duit raya ini amalan bersedekah yang digalakkan oleh Rasulullah

Kor Ming bukan sahaja menghina orang Melayu, tetapi telah menghina Islam. Ini satu perbuatan kebiadapan dan melampau terhadap amalan yang baik yang diamalkan Rasul kita yang menggalakkan bersedekah di hari raya

Bukankah ini satu kes yang sangat serius kerana beliau secara terang-terangan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan perbuatan fitnah yang tidak bermoral yang telah menjadi amalan DAP selama ini.

Dalam kebijaksanaan Annuar  melontarkan  kemarahan pengikut DAP telah dapat dilihat  secara jelas bagaimana  ada dikalangan pemimpin muda Melayu DAP sanggup membelakangkan fakta yang sebenarnya demi melindungi kerja tidak bermoral DAP.

Tika ini sudah pastinya ada tindakan balas dari pelbagai pihak dikalangan DAP untuk mengagalkan penulisan artikel yang dianjurkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar mencari seberapa banyak bukti  melalui kenyataan  untuk membuktikan DAP sememangnya  sebuah parti yang amat rasis dan  anti Melayu dan Islam.

BN memperjuangkan kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum serta prinsip-prinsip hak asasi manusia, keadilan sosial dan ekonomi yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen dan perlembagaan.

Perkara ini selalu digembar gemburkan oleh DAP bahawa mereka  adalah  pengamal keadilan untuk semua kaum tetapi  dilihat secara  jelas  ianya sekadar untuk menutup sikap perkauman yang  DAP yang sebenarnya.

Sebagai rakyat Malaysia banyak anak muda melihat bahawa DAP adalah pengamal anti Islam dan Melayu dan berjuang bukan untuk semua kaum dan bersifat rasis. Adalah menjadi tanggung jawab keseluruhan rakyat Malaysia membongkar sikap rasis ini.

Jika rasisme tidak boleh hilang dalam UMNO, ramai rakyat Malaysia  berharap DAP  boleh hilang di Malaysia bersama perkaumannya. Biarlah ucapan yang berbaur kebencian  yang tidak mengenal sensitivity  rakyat Melayu Islam berkubur bersama DAP.

Kit Siang lambing rasis Malaysia sebagaimana digambarkan oleh Mahathir yang  membangkitkan kebencian rakyat terhadap DAP.

Annuar  secara tidak langsung telah  membangkitkan satu dilemma dikalangan pemimpin DAP  untuk menutup celanya DAP dimata rakyat Malaysia  yang kini terlibat dalam banyak skandal  termasuk rasuah Guan eng.

“Pada kami, ini satu kes yang sangat serius kerana beliau secara terang-terangan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melakukan perbuatan fitnah yang tidak bermoral-Jamaliah Jamaluddin

Advertisements
Image | This entry was posted in Penulisan Artikel Mengenai DAP- Annuar Musa Berjaya  Pancing Anak Muda DAP Keluarkan Kenyataan. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s