“Ular Menyusur Akar tidak akan hilang bisanya” Jawatan Presiden FAM- Annuar Beri Laluan


Oleh rmf

Pertembungan dua tokoh dalam pembangunan bola sepak telah mengegarkan Negara untuk pemilihan  jawatan Presiden FAM untuk sesi 2017/2021. Pertembungan yang telah banyak  menghasilkan pendapat dan pandangan dari peminat bola sepak Negara.

Kedua tokoh yang  mempunyai banyak aura dan persamaan serta kelebihan tersendiri dalam sejarah pembangunan bola sepak.  Perebutan jawatan Presiden FAM yang mempertemukan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar telah diberikan gelaran Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan sinonim dengan dirinya, namun jika diimbas pencapaiannya ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan (1990-1993) banyak idea dan kemajuan dibawanya termasuklah cadangan pembinaan Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil dan usaha ke arah penganjuran Sukan Komanwel 1998.

Tunku Ismail sudah pastinya telah membawa kejayaan membimbing Johor Darul Ta’zim dalam saingan bola sepak tempatan dan peringkat asia. Kejayaan ini banyak dilihat sebagai satu pengiktirafan peminat bola sepak Negara.

Seperti mana kebiasaan bagi setiap pertandingan atau perebutan jawatan tertinggi dalam mana mana persatuan,  Banyak perkara akan berlaku , ini termasuk berbagai usaha untuk melobi jawatan dan sokongan dari perwakilan yang ada.

Dalam hal ini , bagi Annuar Musa ianya dilihat satu bentuk pertandingan perebutan jawatan yang seharusnya dilakukan dengan memikirkan bersama hal hal yang berkaitan dengan keharmonian, Menghormati serta mengamalkan semangat kesukanan.

Perkara yang paling penting pada pandangan Annuar Musa ialah bagaimana mengwujudkan keharmonian dalam sebuah keluarga besar seperti bola sepak yang mana ianya menjadi keutamaan baginya. Keharmonian yang wujud sudah pastinya akan membuahkan satu kesefahaman yang kukuh dalam membangunkan  kemajuan bola sepak dalam Negara ini.

Dalam hal ini, setiap pertandingan dan perebutan jawatan atau pencalunan yang telah dibuat  terhadap dirinya sudah pasti ada impak yang positif serta negative  melalui pandangan serta kritikan yang berbaur politik.

Sudah pasti  ada pelbagai pandangan dilontarkan. Ada yang inginkan muka baharu dan ada juga yang mahukan muka lama bergandingan dengan muka baharu untuk meneruskan kesinambungan, walau apa jua pandangan, ianya seharusnya diterima dengan secara terbuka dan menghormati pandangan yang diberikan

Perkara ini adalah kebiasaannya berlaku, namun pada kali ini menurut Annuar Musa ianya tidak lah  sehebat penglobian yang berlaku sebelum ini. Terdapat ruang ruang yang tenang , bebas dari beberapa perkara yang boleh mengwujudkan suasana tegang.

Sikap lembut dan kadang kala mengalah dalam ketegasan yang menjadi amalan  Annuar  mungkin sedikit sebanyak membantu kearah keharmonian ini. Secara jelasnya pendirian bertanding untuk merebut jawatan Presiden itu adalah dilihat hanya sebagai pelengkap sesuatu pertandingan sahaja.

Dalam mengutarakan pandangan mengenai masa depan bole sepak Negara, Annuar secara terbuka  melahirkan satu pandangan yang cukup baik untuk diterima paki oleh semua pihak. Beliau berpandangan adalah lebih baik dan tepat apabila  setiap perlantikan  barisan Exco didalam barisan FAM mempunyai hubungan yang baik  dengan kerajaan.

Sebagai seorang yang lama dalam pembangunan bola sepak, beliau melihat hubungan yang baik dalam pengurusan FAM dengan kerajaan akan membuahkan kerjasama dalam setiap perancangan jangka panjang  untuk memajukan bola sepak Negara di mata dunia.

Oleh yang demikian  Annuar melihat dengan sokongan dari semua pihak amat dialu-alukan dalam apa juga bentuk idea serta pandangan  yang bernas serta jitu untuk bersama sama mencapai matlamat  yang ditetapkan.

“Ular Menyusur Akar tidak akan hilang bisanya” itulah ungkapan yang digunakan oleh Annuar Musa dalam menghadapi perebutan jawatan Presiden FAM ini. Saling menghormati dan  bersikap rendah diri  dengan  keikhlasan  yang ada Annuar Musa telah membuat keputusan yang agak mengejutkan semua pihak.

Annuar Musa tanpa didesak oleh mana man pihak telah menarik diri dari  bertanding untuk merebut jawatan Presiden FAM secara rasminya . Keputusan yang telah dibuat adalah  sebagai tanda hormatnya beliau kepada DYTM Tengku Mahkota Johor  dengan memberikan “Kemenangan Tanpa Bertanding” dan mengistiharkan bahawa  Tengku Mahkota Johor sebagai Presiden FAM yang baru.

Meneliti semangat yang ditunjukkan oleh Annuar dalam hal ini sekali gus memperlihatkan bahawa  jawatan  bukan segalanya dan ianya boleh ditimbang tarakan demi kesinambungan kepimpinan yang berwibawa untuk menerajui FAM dengan penuh semangat toleransi dan setiakawan.

Tidak seperti sebelum ini,   sesudah memiliki jawatan jika  selepas itu banyak pihak yang terus mendabik dada dengan melakukan kritikan  walaupun mandate telah diberikan secara sah dan adil yang mana mengakibatkan satu suasana yang kurang baik  didalam organisasi yang besar seperti FAM

Susulan tindakan memberikan laluan  kepada DYTM Tengku Mahkota Johor sebagai Presiden FAM yang baru, Annuar akan terus memberikan tumpuan terhadap pembangunan sukan bola sepak yang diterajuinya di Kelantan.

Hasrat untuk melahirkan lebih banyak anak negeri Kelantan yang berbakat di arena bola Sepak akan terus dipertingkatkan dan akan menjadi  generasi pelapis dalam  sukan bola sepak Kelantan dimasa akan datang.

Annuar berharap  dengan perlantikan pengurusan dan barisan peneraju yang baru didalam FAM yang diketuai oleh DYTM Tengku Mahkota Johor akan terus membina satu pembaharuan didalam arena sukan bola sepak  Negara dengan barisan yang berwibawa.

Komitmen serta sokongan padu akan terus diberikan kepada Presiden FAM yang baru dan bersama terus membantu dalam  pandangan dan idea  demi pembangunan kemajuan  bola sepak Negara agar ianya standing dan terus mencita nama diarena antarabangsa.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in “Ular Menyusur Akar tidak akan hilang bisanya” Jawatan Presiden FAM- Annuar Beri Laluan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s