Operasi Khas Perasit – Dua Ulat Teksi Telah Masuk Perangkap SPAD  dan Kenderaan Di Sita Di KLIA2


Oleh rmf

Related imageGambar sekadar hiasan

Kebanyakan ‘ulat’ yang bermaharajalela itu menjalankan kegiatan dengan mengambil penumpang di sekitar kawasan yang mempunyai potensi  untuk dijadikan tempat untuk mereka memasang perangkap terhadap pengguna atau pelanggan .

Diantara kawasan tumpuan yang menjadi pilihan mereka ialah  Lapangan terbang KLIA, yang mana pada kebanyakan penumpang memerlukan khidmat segera  untuk membawa mereka kedestinasi.

Tindakan mereka mengenakan tambah mahal dan tidak menggunakan meter telah menjejaskan imej dan nama baik pemandu teksi lain yang bekerja dengan jujur. Sekali gus merosakn nama Negara dimata pelancung asing yang datang melawat dalam Negara ini.

Berbagai aduan  yang telah diterima oleh SPAD  dalam pelbagai isu yang berkaitan dengan pengangkutan Awam darat yang mana saban hari ada sahaja ceritanya.

Dari kisah pemandu teksi yang tidak menggunakan meter,  ulat ulat teksi yang menjerut leher penumpang   sehingga lah kepada kenderaan berat yang melebihi muatan.

SPAD sebagai Suruhanjaya yang dipertanggungjwabakan didalam memastikan kebajikan dan keselamatan penumpang  disamping memastikan prestasi pengangkutan awam darat berada dilandasan yang sebenarnya  dan menaikkan  nama Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai sitem dan rangkaian  pengangkutan yang terbaik.

Susulan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, satu operasi  yang dinamanakn “Operasi Khas Perasit”  yang telah dianggotai seramai 13 orang anggota telah dijalankan disekitar KLIA2 Sepang Selangor.

Operasi yang dijalankan  memberi tumpuan kepada  aktiviti ulat teksi yang  bergerak hebat dalam memujuk, mendesak serta  menawarkan perkhidmatan kereta sapu dan teksi terhadap penumpang  yang tiba dari  berbagai destinasi ke Negara ini.

 Hasi operasi yang telah dilancarkan oleh SPAD, penguatkuasa SPAD telah berjaya menahan dua orang yang sedang menjalankan aktiviti yang tidak  bertanggung jawab ini bersama  kereta  jenis Toyota Enova dan sebuah Teksi Bajet.

Kedua mereka ini ditahan ketika sedang menjalankan proses memujuk  mangsa  agar menggunakan perkhidmatan  Teksi  Bajet  dengan menerima tawaran harga yang ditetapkan. Pada kebiasaan nya harga yang dikenakan terhadap mangsa  sekitar RM110- RM120  untuk satu trip perjalanan ke Ibukota.

Salah seorang daripada  pesalah yang ditahan  seorang lelaki berumur 38 tahun yang  pernah ditangkap pada tahun  2016 dan telah dikenakan penjara  selama `14 hari dengan denda RM5,000. Kesalahan yang dilakukan oleh  lelaki  pada kali ini ialah telah menawarkan perkhidmatan kenderaan Toyota Innova dari KLIA2 ke Regalia Residence Jln Sultan Ismail K.L kepada 1 keluarga dengan kadar tambanh RM110.

Pesalah kedua yang ditahan ialah  Tan Tiang Boh berumur 43 Tahun telah menawarkan perkhidmatan Teksi dari KLIA2 ke Puchong kepada 1 keluarga ( 2 dewasa & 4 kanak2) warga tempatan dengan kadar tambang RM120.

Sebagaimana biasa kedua kenderaan yang telah digunakan  akan disita untuk tindakan selanjutnya di Bawah Seksyen 16 & 22 APAD 2010.

Sementara pelaku kesalahan akan didakwa  dan disiasat dibawah   Seksyen 205 APAD 2010 – yang memperuntukan Denda tidak melebihi 50 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua duanya,

Dibawah  Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Menggunakan Kenderaan Tiada Permit SPAD-  Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit dan tidak melebihi 10 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua duanya dan Seksyen 22 Denda tidak kurang dari 1 ribu ringgit tetapi tidak melebihi 500 ribu ringgit atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua duanya seperti dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Banyak laporan yang diterima oleh Bahagian Penguatkuasa SPAD,  rungutan daripada pelancong asing dan pengunjung lapangan terbang, berhubung aktiviti ulat teksi serta kereta sapu yang tidak terkawal.

SPAD melalui Bahagian Peguatkuasa telah melakukan beberapa siri  operasi bagi menangkap ulat teksi serta kereta sapu, termasuk `Ops khas Parasit’ yang akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membendung aktiviti yang mencemarkan nama  negra dan system pengangkutan  dalam Negara ini.

Advertisements
Image | This entry was posted in Operasi Khas Perasit – Dua Ulat Teksi Telah Masuk Perangkap SPAD  dan Kenderaan Di Sita Di KLIA2 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s