Pemanduan Merbahaya- SPAD Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Bas


Oleh rmf

Related image

Keselamatan kenderaan  dijalanraya serta cara pemanduan yang berhemah  adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang dipikul  oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam memastikan keselamatan pengguna jalanraya  tidak terancam.

19 Mac 2017 yang lalu  sebuah video yang berdurasi  53 saat telah  tersebar dilaman media sosial yang  telah dimuat turun oleh seorang pengguna Facebook yang mana memaparkan  sebuah bas ekspress yang telah melakukan kesalahan dengan cara pemanduan yang tidak selamat.

Video tersebut telah mendapat kecaman dan reaksi  dikalangan netizen yang  begitu marah dengan cara pemanduan yang mengancam keselamatan pengguna jalanraya. Kenderaan awam  tersebut yang dipandu laju tanpa mengira keselamatan penumpang dan  keselamatan  pengguna jalanraya yang lain.

Penyebaran video berkenaan telah mendapat reaksi SPAD yang sentiasa  memantau  setiap aduan serta rungutan pengguna jalanraya yang  sentiasa berasa terancam dengan sikap sebilangan pengendali yang tidak bertanggung jawab.

Sebuhungan dengan peyebaran video berkenaan SPAD telah berjaya mengesan pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut dan  telah memulakan sisatan dengan merakam  kenyataan yang  telah diberikan oleh pengendali.

Kejadian yang telah berlaku di Lebuhraya Karak adalah satu kesalahan yang amat serius dan  mengambil tindakan mengantung permit  kenderaan  dari  terus beroperasi  sementara siasatan dilakukan.

Tindakan  mengantung permit  telah dibuat berdasarkan peruntukan  dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang.

Mengimbas kembali dengan apa yang telah berlaku melalui paparan video tersebut, difahamkan bahawa  kedua pengendali kenderaan seakan tidak dapat mengawal emosi ketika berada dijalanraya dan tindakan yang dilakukan itu sekali gus  telah menyebabkan keselamatan pengguna jalanraya yang lain terancam.

Sebagai seorang pengendali sebuah syarikat kenderaan awam seharusnya memikirkan keselamatan penumpang terlebih dahulu sebelum membuat satu tindakan yang tidak sewajarnya.

Hasil tindakan yang tidak sewajarnya itu sekali gus telah memburukkan  nama syarikat serta  memberikan gambaran yang negative  dimata pelancung luar Negara.

SPAD dalam kenyataan medianya juga memberitahu bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan langkah yang sewajarnya diambil terhadap pemandu bas yang telah membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Sebarang tindakan susulan yang dikenakan nanti adalah  sebagai pengajaran kepada semua pengendali kenderaan awam agar lebih  berhati hati dan bertindak secara waras dalam memastikan  keselamatan penguna jalanraya serta penumpang selamat.

.

Advertisements
Image | This entry was posted in Pemanduan Merbahaya- SPAD Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Bas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s