UEC Belum Layak Diiktiraf Selagi Tidak Mematuhi Dasar Pendidikan Negara Dan Dasar Pelajaran Negara


Oleh rmf

Image result for Dasar Pendidikan Negara

Sijil yang telah diwujudkan oleh oleh Dong Jiao Zong yang berjawatan sebagai Pengarah Sekolah Cina  pada tahun 1975 dan ianya telah menjadi pertentangan  hebat apabila ianya  bertentangan dengan  Dasar Pendidikan Negara apabila cuba menolak beberapa Subjek teras  sebagai asas mutlak untuk sesaorang Pelajar mendapat Sijil Pelajaran Malaysia.

Dasar Pendidikan Negara yang menggariskan setiap pelajar wajib mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka memasuki IPTA ataupun IPTS. Selain daripada itu setiap sijil yang telah dikeluarkan adalah sekeping kertas yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan jika ianya tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

Untuk mengiktiraf UEC dasar dasar kerajaan melalui Dasar Pendidikan Negara  dan Dasar Pelajaran Malaysia seharusnya dipatuhi  tanpa ada satu bentuk kontoversi yang mana membelakangkan ketetapan tersebut.

Melihat semula hansard Parlimen yang telah berlangsung sebagai rekod ucapan yang telah dibuat oleh Ahli Parlimen Ketereh  baru ini, Jika kita lihat secara medalam bahawa ianya merupakan satu pandangan yang boleh diolah dan diterima bergantung kepada kepentingan Dasar Pendidikan Negara.

Menjadi kekeliruan yang sebenarnya ialah apabila pihak media  perdana dan media dalam bentuk portal telah memaparkan tajuk seakan  Ahli Parlimen Ketereh ini telah bersetuju dan mendesak kerajaan  dalam usaha Zong Dong untuk mengiktiraf UEC.

Kekeliruan ini  telah disebarkan secara meluas dan mendapat kecamana dari berbagai pihak  termasuk beberapa NGO yang menyifatkan Ahli Parlimen Ketereh ini adalah seorang yang tidak mempunyai jati diri dalam membela Dasar Pendidikan Negara.

Sememangnya benar apabila apabila  Ahli Parlimen Ketereh berkata sekolah persendirian sah kerana lesen diberikan dan kerajaan juga membenarkan lepasan UEC melanjutkan pelajaran ke universiti swasta.

Akan tetapi pada masa yang sama untuk mendapat pengiktirafan kerajaan pada sijil UEC ini ianya memerlukan pematuhan secara terus kepada Dasar Pendidikan Negara dan Dasar Pelajaran yang mana  bagi membolehkan ianya diiktiraf.

Tidak timbul dalam soal pemilihan subjek Bahasa Malaysia dan Sejarah sebagai subjek pilihan dan setiap pelajar sekolah Cina persendirian tetapi mesti menduduki kertas peperiksaan Bahasa Melayu dan Sejarah sebagaimana yang telah sedia ada sebagai pengiktirafan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dalam ertikata lain keseluruhan mata pelajaran untuk mengiktiraf sijil UEC.

Malah adalah amat penting untuk sejajar dengan silibus  yang ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian pendidikan melalui Dasar Pendidikan Negara sebagai satu bentuk pematuhan tanpa kritis oleh pihak yang menuntut.

Mengimbas semula apa yang diperkatakan semula oleh Ahli Parlimen Katereh itu  terdapat ada kebenarannya yang mana  Dasar semasa Kerajaan yang hanya mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke IPTS dan Kolej Perguruan  adalah amat tepat.

Pada masa yang sama kerajaan juga menurut Ahli Parlimen Ketereh telah melakukan tindakan yang tepat dan benar apabila kerajaan  terus mempertahankan agar UEC tidak dibenarkan masuk kedlam IPTA dan Perkhidmatan Awam dan ini adalah dasar yang seharusnya dipertahankan.

Munurutnya lagi, Pengiktirafan seterusnya wajib mengambil kira sudut Perlembagaan Negara sebagai  perundangan tertinggi , Dasar Penddikan Negara dan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang mana perlu dipertahankan dan  dihormati.

Diatas beberapa sebab yang tertentu, UEC  dibangkitkan  dan  tidak timbul pula soal “cross over” dan  ada saluran yang kita sendiri “tidak ketahui” mengapa isu UEC ini dibangkitkan secara tiba tiba oleh Ahli Parlimen Ketereh

Ramai yang mempersoalkan, kenapa Tan Sri Annuar yang mencadangkan pengiktirafan ini dan bukannya MCA, Gerakan dan SUPP? Kenapa Tan Sri Annuar sanggup mengambil risiko sebegini? Adakah kerana  politik ada nada perkara disebaliknya yang kita tidak ketahui.

Sebagai seorang Ahli politik yang lama, Ahli Parlimen Ketereh ini melihat setiap  ucapan yang diberikan mempunyai impak yang tersendiri jika  ada pihak mengambil jalan mudah untuk mengexploitasikan kenyataan yang diberikan.

Justeru itu, selagi itulah UEC masih belum diiktiraf. Usah mudah melatah kerana Datuk Seri Mohd Najib tahu untuk berlaku adil kepada semua pihak dan tahu apakah yang sedang dilakukan demi kepentingan  rakyat terutama kepentingan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in UEC Belum Layak Diiktiraf Selagi Tidak Mematuhi Dasar Pendidikan Negara Dan Dasar Pelajaran Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s