Tiong Lai- DAP Akan Kehilangan Kuasa Pembuat Keputusan Jika Guna Satu Lambang Parti


Oleh rmf

Related image

Satu lambang atau symbol yang menjadi impian Pakatan Harapan merupakan satu  mimpi ngeri  yang akan menyebabkan huru haranya Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP. Satu lambang atau logo atau simbol ini sekali gus akan mendapat tentangan yang  hebat apabila sudah pastinya DAP terus  melakukan sesuatu  yang diluar jangkaan sekutu yang lain.

Kegagalan PH untuk mengwujudkan satu logo bersama adalah disebabkan sikap DAP yang mahukan kusa majority kerusi sebagi kuasa untuk menentukan sebarang keputusan didalam PH sebagaimana yang sedang berlaku sekarang.

Menggunakan satu logo parti sekali gus akan membolehkan ahli komponen PH yang lain akan mendapat suara bersama dalam menentukan satu satu keputusan dan ianya buka lagi dibuat oleh satu pihak sahaja iaitu DAP.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar pakatan pembangkang berdaftar sebagai satu parti, yang menggunakan satu parti, logo dan manisfesto yang sama seperti Barisan Nasional.

Walau bagaimanapun, Kit Siang hanya bersetuju pakatan pembangkang hanya menggunaka satu manisfesto dengan parti-parti yang berbeza tanpa berdaftar sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, Kit Siang berpendapat pakatan pembangkang yang menggunakan satu manifesto yang diamalkan sebelum ini lebih efektif berbanding dengan kaedah mendaftar satu parti seperti BN.

Malah, Kit Siang meramalkan dengan kaedah satu manisfesto, pakatan pembangkang akan berjaya menawan lima buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan Johor pada PRU14.

Ketakutan Kit Siang itu dapat dilihat bagaimana  takutnya dia kepada kehilangan kuasa untuk membuat keputusan yang mtlak berada ditangan DAP sekarang, Kuasa untuk menentukan sesiapa sahaja  yang patut atau harus dipecat dan dianggap sebagai tidak memenuhi dasar  DAP.

Apa yang kelihatan sama  didal;am Pakatan ialah kebencian meluap luap terhadap Datuk Seri Najib dan mereka berkongsi tekad untuk menjatuhkan nya dan Barisan Nasional yang di pimpin oleh nya, demikian dikata kan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Keinginan Pribumi hanya satu mimpi sedih sahaja” ujar Liow

‘Mereka tidak dapat capai sebarang konsensus pun bukan sahaja dari hal pembahagian kerusi , malah hal hal seperti RUU355″ kata Liow.

“Malah Pengerusi Pribumi mempunyai pandangan berbeza dengan Presiden nya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin” tambah Liow.

Berkenaan permintaan dan saranan Tun Mahathir bahawa mahu seragam kan simbol dan logo Pakatan Harapan , Datuk Liow berkata berkemungkinan ia nya tidak terjadi sebelum PRU14 , bahkan selepas pilihanraya pun mungkin ia tidak  menjadi kenyataan.

Keretakan sesama mereka sudah mula kelihatan apabila tekanan dari dalam parti masing mengakibatkan ramai ahli nya meninggal kan parti.

Ini terjadi kepada parti Pribumi di Baling dan parti DAP di Melaka dan Sarawak.

Di Melaka seramai 4 ADUN dan MP mereka telah keluar parti di ikuti 182 ahli yang terdapat didalam nya 6 pengerusi bahagian.

Parti Pribumi juga menghadapi masalah yang sama di mana seramai hampir 300 ahli nya keluar parti di Kedah.

‘Jalinan hubungan antara sesama parti komponen dalam Pakatan boleh lah di anggap sebagai “marriage of convenience” sahaja ” kata Liow.

Ini atas sebab mereka berkongsi dan bermatlamat yang sama ia itu mahu menumbangkan BN, selain dari itu ttu tiada lansung agenda mereka yang sama.

“Pergeseran akan berterusan jika pun mereka menang ” kata Liow.

Kesimpulan nya Pakatan telah membuat beberapa kesilapan pada perhitungan mereka.

Dalam keghairahan mahu menambah kan dan menarik penggundi Melayu mereka telah bersekongkol dengan Tun Mahathir , namun mendapati Tun Mahathir bukan masuk sebagai mahu membantu menumbang kan Najib dan Barisan Nasional , sebalik nya Mahathir memiliki agenda tersendiri.

Atas mengejar agenda tersendiri dan peribadi , maka Tun Mahathir sendiri telah membuat keputusan yang belum di setujui oleh komponen nya.

Malah antara saranan Tun Mahathir supaya Pakatan Harapan tidak membincangkan nama calon Perdana Menteri , Anthony Loke dari DAP pula telah mengumum kan nama Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri.

DAP dan PKR dari pihak Anwar amat percaya bahawa muslihat Tun Mahathir ada lah nama anak nya Mukhriz ada lah sebenar nya calon idaman dalam hati Tun Mahathir dan enggan menamakan nya atas sebab kelemahan Mukhriz dalam membela diri dari serangan jika di nama kan hari ini.

Maka apa yang cuba di lakukan oleh pihak yang mengetahui akan rencana ini ia lah dengan menamakan Wan Azizah,  dan amat betul jangkaan mereka apabila Tun Mahathir dengan segera menempelak tindakan Anthony Loke.

Benar kata Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai bahawa jika hal remeh seperti seragam kan bendera dan simbol pun mereka akan bercakaran, apatah lagi hal hal lain yang lebih besar nanti.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai- DAP Akan Kehilangan Kuasa Pembuat Keputusan Jika Guna Satu Lambang Parti and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s