Wee Ka Siong Kecam  Pemandu Kemalangan Maut di Pulau Pinang


Oleh rmf

Image result for Wanita OKU langgar maut di Pualau Pinang

Pada dasarnya kemalangan jalanraya boleh dielakkan   jika setiap pemandu yang menggunakan jalanraya  mematuhi setiap  peraturan dan bertindak waras dalam mengendalikan kenderaan masing masing.

Pengendalian yang berhemah  dan  bertimbang rasa  akan membawa satu bentuk budaya pemanduan yang terbaik dan tidak membahayakan  nyawa orang lain. Keadaan ini sekali gus akan menjadikan  suasana pemanduan dijalanraya lebih selamat .

Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Memandu dalam keadaan yang dipengaruhi arak dan dadah juga boleh meyebabkan  kemalangan yang melibatkan nyawa banyak pihak.

Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain sebagaimana yang telah berlaku pada baru baru ini  yang mana telah mengakibatkan kematian.

Baru baru ini seorang pemandu yang dikatakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU)  yang dikenali sebagai Cyndy Eg telah  menyebabkan berlakunya kemalangan yang ngeri dan telah menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain. Pemamdu ini dikatakan telah memandu kenderaan berlawanan arus  dalam keadaan pengaruh dadah.

Berikutan dengan kejadian ini, Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong telah membidas  dan mengutuk tindakan pemandu tersebut yang  bertindak secara tidak bertanggungjawab dengan memandu dari arah yang berlawanan sehingga menyebabkan kematian.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Ir. Wee Ka Siong dan telah disiarkan di sebuah akhbar The Star telah menyebut,

“Saya mengutuk pemandu yang tidak bertanggungjawab yang telah membawa maut di leburaya PLUS yang menyebabkan kematian dan berlanggar dengan beberapa kenderaan lain”

“Pihak berkuasa mesti mendakwa kes ini mengikut undang-undang  dan langkah pencegahan masa depan seperti ini”

“Wanita tersebut bukan sahaja memandu secara merbahaya tetapi menggunakan barang larangan dan kita tidak boleh bertolak ansur dalam kes ini” jelas Wee..

Bukan iti sahaja,  tindakan wanita OKU ini telah mendapat perhatian  rakyat Malaysia dan menyifatkan tindakan  yang dilakukan itu sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

Perasaan marah netizen dapat dilihat bagaimana  mereka mengharapkan pihak berkuasa terus membatalkan lesen pemandu tersebut dan dijatuhkan hukuman yang berat akibat tindakan yang dilakukan olehnya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Wee Ka Siong Kecam  Pemandu Kemalangan Maut di Pulau Pinang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s