Ahli Parlimen DAP Segambut  Fitnah MCA, Tindakan Mahkamah Bakal Menyusul


Oleh rmf

Fitnah dan tuduhan rambang perkataan yang amat sinomin dengan semua tindakan  pembangkang dalam mengwujudkan isu didalam politik. Fitnah dan tuduhan yang meninbulkan kontroversi dikalangan orang lain dan memberikan ruang untuk mereka mempertikaikan semua yang berkaitan.

Pembangkang di Malaysia bukan seperti pembangkang yang ada di Negara lain. Pembangkang di Negara lain melakukan apa  yang sepatutnya dilakukan dan bukan sehingga bertujuan untuk meranapkan Negara sendiri.

Pembangkang dinegara lain bersama dengan kerajaan dalam setiap perkara yang menguntungkan rakyat, menyokong dasar dasar yang berkepentingan untuk Negara dan rakyat, sokongan diberikan kepada kerajaan dalam usaha tersebut.

Tidak di Malaysia, pembangkang yang sedaia ada adalah sekumpulan ahli politik yang sanggup memburukkan Negara sendiri dan  sanggup menumbangkan kerajaan sedia ada dan bukan memberikan idea yang terbaik jika satu satu idea tersebut dilihat mempunyai impak yang tidak menjurus kepada  kepentingan bersama.

Baru baru ini, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah membuat  tuduhan terhadap MCA yang didakwa telah menggunakan wang kerajaan persekutuan tanpa memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.

Tuduhan yang amat serius dilakukan oleh , Ahli Parlimen DAP Segambut tersebut telah menjurus kepada  tindakan balas daripada Ketua Biro Guaman, Datuk Tay Puay Chuan yang mewakili  MCA yang mana telah memberikan masa 7 hari kepada Lip Eng untuk menarik semula tuduhan tersebut.

Kegagalan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng untuk berbuat demikian akan menjurus kepada satu tindakan perundangan  dikenakan terhadap Lip Eng.

Hasil siasatan yang dilakukan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Lip Eng pada Rabu lalu, barisan pasukan guaman MCA membuat kesimpulan bahawa ianya satu fitnah. Fitnah tersebut yang mana akan mencemarkan intergriti organisasi politik dan kepimpinan yang menerajui MCA.

Menurut Ketua Biro Guaman, Datuk Tay Puay Chuan tindakan perundangan ini restu daripada MCA dan akan menteruskan kepada tuntutan mahkamah kalau Lip Eng tidak menarik semula kenyataannya.

“MCA menetapkan semua tuntutan yang dibuat kepada Mahkamah akan diberi kepada sekolah Cina di negara ini,” kata Puay Chuan dalam satu sidang media di Wisma MCA pada Jumaat.

“Kita akan buat sidang media dan suratkhabar sebelum mengambil mengambil langkah prosedur undang-undang dan notis tuntutan.

“Kalau dia tetap tidak respon kita teruskan dengan sivil action and ask for damages,” katanya.

Rabu lalu, DAP menggesa MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum, berikutan kegagalan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina.

Lip Eng berkata tindakan ini bagi membuktikan sama ada MCA adalah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib kaum Cina di dalam negara atau sebaliknya hanya menggunakan wang kerajaan persekutuan semata-mata.

“MCA kononnya perjuang kaum Cina sahaja dalam negara ini, jadi Saya minta MCA umunkan aset yang dimiliki MCA secara umum.

“Berapa aset yang dimiliki MCA, saya kaitkan aset itu dengan peruntukan sekolah Cina.

“Daripada jumlah aset itu berapa yang pernah diberikan kepada sekolah Cina. Informasi yang saya tahu MCA tidak pernah mengambil duit poket beri sekolah Cina,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen lalu.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tindakan Mahkamah Bakal Menyusul and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s