SPAD-  4 Langkah Dikenalpasti Untuk Menangani  Kelemahan Sistem Tiket Atas Talian ETS


oleh rmf

Image result for Tiket ETS Online

Kesempurnaan perkhidmatan yang ditawarkan  adalah menjadi pilihan setiap pelanggan  dalam apa juga bidang perkhidmatan pengangkutan dimana mana Negara sekali pun. Perkhidmatan yang terbaik  menjadi pilihan utama pelanggan.

Untuk mencapai keadaan tersubt banyak kajian lapangan dilakukan oleh pihak  yang dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan SPAD yang mana telah ditugaskan untuk mengkaji kelemahan dan kekurangan  dalam bidang pengangkutan awam darat.

Minggu lalu, kita telah dikejutkan dengan pelbagai  kritikan yang disampaikan oleh pihak pengguna berkaitan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak ETS dalam urusan pengendalian tiket secara online.

Kritikan tersebut telah memperlihatkan kelemahan system yang sedia ada dimana  dilihat tiada pemantauan dilakukan dengan kesesakan trafik pembelian tiket secara online. Kaunter yang gagal berfungsi akibat kegagalan system utama KTM yang mengendalikan pembelian tiket secara atas talian.

SPAD pada dasarnya  telah banyak kali memberikan teguran dalam hal ini dan mengharapkan satu tindakan segera dilakukan untuk mengatasi permasalahn yang telah mencemarkan  mutu perkhidmatan ETS yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Perdana menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak  dalam ruangan twitternya telah melahirkan rasa marah dan kecewa  berkaitan dengan  rungutan yang disampaikan oleh rakyat berkaitan dengan isu yang sepatutnya telah diselesaikan oleh ahli lembaga pengarah serta pengerusi KTM seda ada sekarang.

Dasar transformasi pengangkutan darat  yang dilancarkan oleh Perdana Menteri adalah bertujuan untuk memastikan setiap  perkhidmatan yang diberikan oleh  pengangkutan awam darat berada dijalur satandart yang telah ditetapkan.

Setiap permasalahan yang berlaku seharusnya diselesaikan dengan segera dengan mengambil tindakan drastic. Jikaada kekangan untuk bertindak demikian , difahamkan juga bahawa pihak KTM boleh berhubung secara terus dengan Perdana menteri.

Kegagalan perkhidmatan  tilet atas talian oleh perkhidmatan ETS telah menyebabkan Perdana Menteri  mengarahkan SPAD untuk memberikan satu laporan penuh  untuk mengenal pasti permasalahan yang telah mencemarkan perkhidmatan system pengangkutan awam system rel ini.

Laporan terperinci daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat  (SPAD) kepada  Perdana Menteri  adalah mengenai ketidakpuasan dan ketidakcekapan perkhidmatan terhadap sistem tiket online ETS baru-baru ini.

Apa yang disuarakan adalah suara hati rakyat, keluhan mereka mengenai perkhidmatan yang kita wujudkan untuk mereka jua, dan perlu kita ambil perhatian serius. Difahamkan bahawa masalah timbul akibat transaksi online @KTM Berhad yang mengalami peningkatan sangat ketara sebanyak 90% pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya. Ini kemudiannya membebankan sistem e-tiket kerana kapasiti internet sedia ada tidak dapat menampung permintaan.

Bbeberapa langkah penyelesaian telah dikenal pasti. Antaranya:

  1. Meningkatkan kapasiti kemudahan akses internet khas untuk e-tiket bagi mengurangkan ‘downtime’. Ini akan membolehkan perkhidmatan e-tiket yang disediakan lebih cekap bagi kegunaan pelanggan. Ini akan dilaksanakan sebelum 9 Mac 2017.
  2. Menambah bilangan kakitangan khidmat pelanggan terlatih untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan KTMB. Ini akan dilaksanakan serta-merta.
  3. Laman sesawang portal e-tiket akan direka semula menjadikan ia laman utama atau landing page, termasuk membangunkan semula portal e-tiket KTMB menjadi lebih mesra pengguna dan berorientasikan jualan.
  4. Menambahbaik respon serta mekanisme pemulangan bayaran bagi transaksi yang gagal kepada pengguna dengan kerjasama pihak bank, termasuk notifikasi kepada pelanggan melalui e-mel dan SMS. Usaha ini akan dilaksanakan sebelum 21 Mac 2017.

Susulan laporan yang telah disampaikan kepada Najib  dan pada  masa yang sama juga mengucapkan syabas kepada SPAD yang telah bekerjasama dengan KTMB untuk mengenal pasti masalah serta mencadangkan langkah-langkah penyelesaian di atas dalam masa yang singkat setelah perkara ini diutarakan.

Setiap cadangan yang dikenalpasti diharapkan akan dapat  memanfaatkan rakyat dan perubahan dan penambahbaikannya akan dilakukan tidak lama lagi. Pada masa sama, kesemua cadangan ini juga akan dipantau sehingga terlaksana dan mencapai objektif memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.

SPAD seacara bertanggungjawab akan terus memberikan keutamaan kepada  rakyat, dengar denyut nadi rakyat dan bertindak secara proaktif menangani sebarang permasalahan yang timbul disamping sebagai perlaksanaan  moto Kerajaan – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD-  4 Langkah Dikenalpasti Untuk Menangani  Kelemahan Sistem Tiket Atas Talian  ETS and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s