MCA Terus Bekerja Dan Memastikan Khidmat Untuk Rakyat Adalah Urusan Rasmi Parti


Oleh rmf

Image result for MCA  Tiong Lai, Wee Ka Siong

Rakyat akan terus memberikan sokongan yang  padau kepada  Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang untuk memastikan setiap kerusi yang dipertandingkan akan terus   kekal  kepada Barasan Nasional.

Sokongan yang sejak dahulu diberikan oleh rakyat kepada kerajaan menunjukkan betapa  rakyat amat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk menjadi perantaraan dimana setiap keperluan rakyat dapat direalisasikan demi kesejahteraan kehinduapn yang lebih sempurna.

Kejayaan satu ayat yang cukup mudah diucapkan akan tetapi ianya memerlukan kerjasama serta sokongan rakyat dan  komponen BN yang serlama ini bekerja keras untuk memastikan kerajaan yang perihatin kepada rakyat terus kekal memerintah.

Kekuatan BN dilihat adalah disebabkan oleh kesetiaan dan semangat bersatu padu komponen yang bernaung dibawah satu lambang  yang amat diyakini oleh rakyat. Serangan politik yang bertali arus dilancarkan oleh pihak pembangkang  adalah untuk melonggarkan setia kawan komponen yang ada didalam BN.

Bagaimana pun semua tohmahan tersebut dapat ditangkis dengan begitu  mudah oleh pemimpin komponen dengan mentafsirkan ianya adalah satu bentuk permainan politik yang jahat  dan tidak memikirkan perpaduan dan keharmonian rakyat.

Tindakan tersebut serkali gus memperlihatkan bagaimana terdesaknya pihak lawan untuk menraih sokongan demi kuasa dan untuk merompak kekayaan Negara sebagaimana dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang.

MCA sebuah  parti kedua terbesar  didalam MB sedang menghadapi  pelbagai tohmahan dan serangan dari pihak lawan yang amat  cemburu dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat  terutama kaum Cina  yang mana sebelum ini telah tertipu dengan dakyah pembangkang.

Peningkatan sokongan rakyat berbangsa Cina telah dilihat bertambah baik dari sebelum ini. Ini adalah kerana MCA sedar tentang kelemahan yang ada sebelum ini dan ianya perlu diperbaiki dengan sebaiknya.

Dasar tranformasi MCA yang dilakukan oleh kepimpinan  tertinggi iaitu Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah membuahkan hasil yang terbaik dan mendapat penerimaan terbaik dari keseluruahn masyarakat kaum Cina.

Pengalaman pahit maung didalam politik dengan kepimpinan yang bertukar ganti tidak sesekali menjejaskan hubungan kesetiaan dan keakraban MCA dan Baridan Nasional. MCA yang telah ditubuhkan  pada 27 Feb 1949..kesetiaan MCA dan ahli kepada Barisab Nasional tidak perlu disangkal lagi.

Ini lah asas kekukuhan dan kekuatan yang ada dikalangan komponen BN  terutama dikalangan anggota mCA yang tiada pada pembangkang. MCA dan BN meneruskan perpaduan dan meyemaikan semagat setiakawan yang berabad lamanya dan bersama menangkis dakyah politik yang suba meruntuhkan kesetiaan MCA didalam BM oleh pihak tertentu.

Sehingga kini MCA ttelah dilihat sudah bersedia dengan kekuatan anggota yang setia bagi menghadapi PRU14  dengan mempamerkan kesungguhan melalui khidmata yang diberikan kepada rakyat  tanpa mengira kaum sepanjang tahun.

Kekuatan MCA telah dapat dilihat bagaimana kejayaan yang dicapai  melalui PRN Sarawak  dan Kuala Kangsra  yang telah dilaksanakan baru baru ini. Kejayaan besar yang telah menyakinkan bahawa dasar transformasi  MCA lakukan sudah mula diterima oleh rakyat kaum Cina dan tidak seperti sebelum ini.

Dasar turun padang yang telah menjadi amalan tradisi danb terus mengenal pasti permasalahan rakyat adalah  agenda utama yang dilaksanakan oleh MCA, Banyak  perkara yang telah dapat diselasaikan oleh MCA dengan begitu baik sekali.

MCA dibawah kepimpinan Tiong Lai amat bertuah kerana mempunayi barisan kepimpinan  yang kuat dalam menjalankan  khidmat terhadap masyarakat, Kepimpinan yang begitu komited  dan memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan rakyat terus melahirkan sokongan terhadap BN pada PRU14 akan datang,

Kekalahan terus pada PRU13 adalah sejarah dan titik hitam dalam rentetan politik MCA. Sejarah itu  telah menjadi guru dan teladan untuk MCA terus merungkai kesilapan serta kekurangan perancangan untuk diperbaiki.

Gerak gempur dilakukan secara drastic, perubahan dasar serta mengubah persepsi  dimata rakyat  telah membuahkan hasil dan MCA kini telah berada dilandasan yang sebenarnya   sebagai rakan BN yang paling lama dalam politik Negara.

Kejayaan MCA dalah PRK Sungai Besar adalah kejayaan transformasi hebat yang kini  sedang diterima oleh sebilangan besar masyarakat kaun Cina. Kejayaan MCA adalah malapetaka yang besar bagi pihak pembangkang.

Kemeluta perebutan kuasa dikalangan pembangkang dilihat satu ruang dan peluang oleh MCA untuk terus bekerja keras bagi memastikan rakyat tidak lagi tertipu dengan politik yang mempermainkan  harapan rakyat oleh pihak pembangkang.

Justeru itu MCA melihat dengan lebih mendalam lagi bahawa sokongan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat tidak berhenti hanya kerana  untuk menghadapi PRU 14, Namun ianya merupakan satu tugas rasmi untuk rakyat yang harus dilaksanakan sepanjang masa dan memastikan rakyat terus tidak dipinggirkan.

MCA sehingga kini, berada dilandasan yang amat terbaik dan akan terus mengekalkan dasar toleransi bersama BN dan terus menjadi rakan politik yang terbaik untuk BN dan rakyat.

Tiong Lai yakin dan percaya bahawa rakyat terus memilih BN sebagai wadah pemerintahan dan MCA akan terus melakarkan sejarah gemilang dan terus bersama BN untuk menempa kejayaan didalam PRU14 akan datang.

Advertisements
Image | This entry was posted in Kenapa Kita Perlu Bersatu Pertahankan Negara Dari Ancaman Korea Utara, MCA Terus Bekerja Dan Memastikan Khidmat Untuk Rakyat Adalah Urusan Rasmi Parti and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s