ECRL- Jajaran Rel Termoden  Sebagai  Penjana Pengembangan Ekonomi Rakyat


Oleh rmf

Keperluan dan kepentingan dalam penyediaan pembangunan sistem pengangkutan  kawasan luar bandar adalah merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri di samping bagi membantu dalam menonjolkan sumber-sumber yang ada di kawasan luar bandar tersebut.

Ini adalah kerana, kawasan luar bandar amat dikenali sebagai kawasan yang mempunyai sumber dan hasil asli yang sangat unik yang memerlukan satu bentuk pengembangan  pasaran yang lebih meluas lagi.

Dengan itu, pembangunan luar bandar merupakan satu agenda oleh kerajaan dalam membangunkan dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat menangani masalah kemunduran dan kemiskinan kawasan luar Bandar.

Langkah demi langkah pengukuran garis kemiskinan dan pemantauan  kadar kemiskinan merupakan maklumat berguna kepada pembuat keputusan untuk merancang dan melaksanakan strategi bagi menangani masalah masalah berkaitan

Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang merupakan salah satu program yang diperkenalkan di dalam Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bukan sahaja mmefokuskan kepada megiatan ekonomi sesuatu tempat malahan inaya  melihat bangaimana untuk memperkembangkan ekonomi sedia ada  agar ianya berdaya saing.

Pembangunan ekonomi juga sangat penting untuk memastikan kawasan luar bandar itu maju. Dalam proses memajukan sesuatu kawasan luar bandar, kebergantungan kepada kemajuan infrastruktur atau prasarana memainkan peranan yang amat penting.

Menyedari hakikat  itu kerajaan telah menlancarkan transformasi pengangkutan yang lebih baik bagi mengimbangi perkembangan ekonomi luar Bandar agar ianya dapat dimanfaatkan secara yang lebih cepat dan meluas.

Satu ketika dahulu, pengangkutan rel negara yang pada satu ketika dahulu pernah dilabelkan sebagai agak ketinggalan dari segi efisyen dan kemudahan serta keselamatan kepada pengguna.

Mengambil kira kepentingan dan keperluan pesat pengangkutan rel ini, Najib menyasarkan untuk melihat seluruh pembangunan sistem pengangkutan rel ini dimajukan sesuai dengan status Malaysia yang sedang menuju kearah sebuah negara maju.

Justeru, sebagai langkah pertama, beliau menyelami terlebih dahulu segala permasalahan yang timbul melalui sistem pengangkutan LRT, Monorel dan Komuter menerusi beberapa “walkabout” yang beliau lakukan sendiri.

Hasil daripada penelitian beliau sendiri, maka lahirlah beberapa idea penambah baikan sistem rel untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Sebagai langkah pertama kearah mentransformasikan pengangkutan rel ini, beliau mahu melihat stesen-stesen LRT di ibu negara dibaikpulih sesuai dengan keperluan semasa. Hasilnya satu  gerakan transformasi yang hebat dilakukan didalam system pengangkutan awam darat.

Hari ini, pengangkutan train antara bandar (ETS) yang juga turut direalisasikan dengan pelbagai penambahbaikan dan system  masa yang tepat telah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kelancaran system ini terus diperkatakan dari masa kesemasa.

Sebagai pelengkap kepada  system pengangkutan rel, satu perjanjian pembinaan High Speed Railway (HSR) yang menghubungkan KL Sentral dengan Singapura yang akan memendekkan perjalanan daripada 6 jam kepada hanya 90 minit.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026 ini dijangka mampu menjana ekonomi penduduk sekitar laluan ini serta akan meningkatkan lagi kemasukan pelancong di antara kedua-dua buah Negara.

Majlis Pemeriksaan Awam Projek ECRL yang diadakan di Platinum Sentral, di ibu pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pagi tadi yang juga telah  dianjurkan oleh SPAD sendiri dan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Hari ini, satu lagi lingkaran rel terbaru yang akan dibina  yang akan mneghubungkan pantai barat dan Pantai Timur telah dilancarkan  dan dinamakan sebagai  East Coast Rail Line  (ECRL). Projek yang menghubungkan kawasan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang secara efisien.

Projek ECRL ini adalah satu projek yang menelan belanja yang besar dan mempunyai impak yang tinggi dan ianya adalah sebagai pemangkin kepada  hub  ekonomi Pantai Timur  (ECER). Dengan pembinaan  ECRL ini ianya adalah pelengkap  infrastruktur jaringan jalanraya sedia ada dan juga system rel  Pantai Timur dan juga pelabuhan.

Sesi Pemeriksaan Awam ini akan mempamerkan pertamanya, cadangan laluan kereta api dari Wakaf Bharu ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak  yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 km. Kedua, lokasi stesen pertukaran dengan landasan kereta api sedia ada di Semenanjung Malaysia dan ketiganya, lain-lain ciri projek ECRL.

Justeru itu harus difikirkan setiap pembangunan infrastruktur yang dilakukan oleh kerajaan dalam  system pengangkutan rel dan jalanraya semuanya berkisar kepada  keperluan  rakyat yang mana ianya akan mengubah struktur ekonomi setempat dengan  lebih efiesien.

Ekonomi setempat akan bergerak berkembang dengan lebih baik  jika system rangkaian pengangkutan yang disediakan oleh kerajaan  menepati keperluan semasa. Dengan cara ini  rakyat akan terus  dapat menikmati  faedah  dari setiap pembangunan melalui sumber ekonomi yang dihasilkan.

Dalam pada masa yang sama, SPAD juga telah memastikan RIPAD ini mematuhi objektif kerajaan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, bahawa sistem pengangkutan awam hendaklah berteraskan rakyat.

Projek yang dibangunkan  mengimbangkan keperluan mobiliti di samping mengekalkan dan meningkatkan kualiti hidup di bandar-bandar dan pinggir bandar.

Untuk tujuan itu, tidak seperti perancangan pengangkutan biasa dan ianya memerlukan satu kajian yang mendalam dan  memberi faedah kepada peningkatan ekonomi rakyat setempat untuk satu jangka masa panjang.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in ECRL- Jajaran Rel Termoden  Sebagai  Penjana Pengembangan  Ekonomi Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s