Tayar Celup Tanpa Piawaian- Sudah Sampai Masa Untuk Kerajaan Bertindak Tegas


Oleh rmf

Image result for Tayar celup

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) meminta kerajaan bertindak segera mengharamkan penggunaan sesetengah tayar celup yang tidak mencapai piawaian antarabangsa tetapi bebas dijual di pasaran tempatan.

Menurutnya, statistik terbaru Puspakom mendapati tiga peratus daripada 800,000 kenderaan iaitu 24,000 buah yang dihantar ke pusat itu didapati menggunakan tayar celup yang tidak mencapai piawaian antarabangsa.

Laporan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya Malaysia Tahun 2013 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hanya lapan atau 0.03 peratus daripada kemalangan yang berlaku berpunca daripada masalah tayar celup.

Setelah macam-macam nasihat, panduan berhemah di jalan raya sehingga tahap kesihatan , kerajaan terus melakukan pelbagi kaedah dan saranan terhadap  pengguna jalanraya agar mematuhi setiap prosedur keselamatan termasuk isu tayar.Namun kerana kecuaian dan kedegilan diri sendiri atau orang lain, kehidupan berakhir di jalan raya.

Bercakap mengenai operasi tayar celup palsu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata operasi dilakukan selepas mengambil kira kebanyakan kemalangan membabitkan kenderaan berat berlaku akibat kegagalan tayar berfungsi dengan baik dan pelanggaran serpihan tayar di lebuh raya.

Mengikut data daripada PLUS sebanyak 1,485 kes kemalangan terjadi tahun lalu disebabkan perlanggaran objek di mana 41.3% dari objek berkenaan adalah serpihan tayar.

Menurut Liow, tayar celup ori RM 1,150 maakala tayar celup palsu 50% lebih murah iaitu RM 400..

Operasi berkenaan telah mendapat kerjasama JPJ, PDRM,KPDNKK, KASTAM, Jabatan Imegresen dan SIRIM Berhad. Beberapa serbuan telah dilakukan terhadap pengusaha tayar celup yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan lebel SIRIM yang palsu untuk mengaut keuntungan.

Serbuan pertama (23 Februari 2017) yang dilakukan di Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung (Selangor), sebanyak 265 tayar celup disita bersama 1,282 pelekat SIRIM palsu bernilai RM 140,000.

Serbuan Kedua (28 Februari 2017) yang membabitkan kawasan  perindustrian  yang mengeluarkan tayar celup yang tidak mengikut piswaian , Diantara kawasan tersebut ialah Kawasan Perindustrian Senawang, Negeri Sembilan dimana penguatkuasa telah menyita 215 tayar celup dengan 92 pelekat SIRIM palsu bernilai RM 107,500

Kadangkala bukan disebabkan kecuaian sangat tetapi kerana ke­gagalan menyelenggara kenderaan dengan baik dan mengambil mudah dan tidak teliti dalam penyelengaraan  kenderaan.

Penggunaan tayar misalnya. Kerana mahu tayar yang murah, kita terlupa nyawa insan-insan tersayang di dalam kereta yang dipandu. Kegagalan menenuhi piawaian  kerajaan dalam memilih tayar yang selamat  telah mengakibatkan  tragedy yang meragut nyawa yang tersayang.

Elakkanlah pembelian tayar korek atau tayar toreh yang boleh mengundang bahaya. Tayar jenis ini dihasilkan daripada tayar yang sudah haus pada permukaannya dan ditoreh baharu untuk keli­hatan seperti baharu.

Tayar jenis celup ini tiada ciri-ciri ke­selamatan. Cuba bayangkan tayar ini sememangnya sudah nipis, kemudian di toreh lagi. Bukankah ia bertambah nipis, bukankah tindakan ini mengundang kepada  kecelakaan yang  dipilih sendiri oleh pemilik kenderaan dengan menggunakan tayar celup.

Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati 10 hingga 15 peratus kemalangan berpunca daripada penggunaan tayar korek.

Juga berwaspadalah dengan tayar masak ataupun tayar celup. Masih terdapat kedai tayar yang menjual tayar jenis tersebut tetapi hanya untuk kenderaan berat sahaja.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tayar Celup Tanpa Piawaian- Sudah Sampai Masa Untuk Kerajaan Bertindak Tegas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s