Perdana Menteri Tegur Perkhidmatan KTM Kurang Memuaskan Dan Arah SPAD Melakukan Pemantauan


Oleh rmf

Pengurusan Tertinggi KTM Seharusnya lebih Peka Dengan Permasalahan Perkhidmatan dan mengambil jalan keluar untuk mengatasinya dan bukan menunggu rungutan pelangan sehingga disuarakan oleh Perdana Menteri sendiri.

Dasar transformasi  pengangkutan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri  adalah bertujuan untuk meastikan setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna adalah yang terbaik. \Sebut sahaja  mengenai perkhidmatan ianya  bersifat menyeluruh.

Transfomasi pengangkutan terutama  perkhidmatan rel pada mulanya telah mendapat banyak pujian dan  memperlihatkan kepuasan perkhidmatan yang diberikan kepada pewngguna. Peningkatan penggunaan perkhidmatan tren ini telah menjadi pilihan ramai.

Tetapi pujian dan kecemerlangan perkhidmatan tersebut   hanya bersifat sementara sahaja.  Semakin lama perkhidmatan yang dahulunya terbaik mula mendapat rungutan  dari pengguna.  Rungutan rungutan dari pengguna telah dimuat turunkan kedalam laman media sosial yang menjadikan isu ini perlu diambil tindakan yang sewajarnya.

Pelbagai rungutan yang dibuat oleh pengguna terhadap perkhidmatan tren sekarang sehingga ianya menarik perhatian  Perdana Menteri untuk  bersuara dalam hal ini.  Kekecewaan yang ditunjukan oleh Perdana Menteri dapat kit abaca melalui  post  yang dimuatkan dilaman media sosial.

Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak melahirkan kekecewaan di laman sosial Facebook beliau berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh KTMB terutamanya mengenai ETS dan pembelian tiket secara talian terus.

Kekecewaan ini nampak ketara apabila beliau mengarahkan KTMB melakukan penyelesaian segera dan meminta agar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar memantau perkara ini dan melaporkan kepada beliau secepat yang mungkin.

Berkaitan dengan teguran yang dibuat oleh Perdana Menteri ini, SPAD  akan segera melakukan tinjauan dan la[poran segera berkaitan  kelemahan pengurusan pihak KTM yang menyebabkan rungutan pelangan.

Setiap rungutan yang dilontarkan sedikit sebanyak telah mencalarkan imej system pengangkutan darat terutama perkhidmatan rel. Sekali gus ianya dilihat satu kegagalan hasrat kerajaan untuk melihat  transfomasi pengangkutan awam darat yang terbaik.

Seharusnya, Pengerusi KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad dalam usaha menyokong dasar perkhidmatan yang terbaik KTM melakukan  lawatan lawatan serta pemantauan dari masa kesemasa  untuk memastikan  sebarang permasalahn dapat di atasi sebelum ianya menjadi rungutan pelanggan.

Difahamkan sebelum ini, Menurut sumber, KTMB telah ditegur beberapa kali oleh pihak SPAD dan mesyuarat secara berkala juga telah turut dijalankan tetapi masih gagal ambil tindakan yang pro-aktif dan susulan yang berkesan dijalankan oleh pihak KTMB.

Kita memahami KTMB tidak mempunyai Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif untuk urusan seharian. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Ahli Lembaga Pengarah tidak boleh bertindak secara proaktif dfemi untuk memastikan permasalahan ditangani segera.

Susulan teguran yang dibuat oleh Perdana Menteri ini, Pengerusi KTM seharusnya lebih Pro Aktif dalam memastikan setiap laporan pengurusan dan permasalahan yang timbul bukan dibentangkan setelah teguran dibuat.

Jangan pula apabila teguran dibuat barulah kita mengemukan masalah yang menjadi rungutan. Kelihatan tindakan ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri lebih dahulu mengetahui permasalahan dari seorang yang dilantik  untuk menjaga KTM.

Dalam perkhidmatan atas talian seharusnya pihak pengurusan sedar tentang peningkatan penggunaannya dan  sudah pastinya ianya memerlukan satu talian yang berkelajuan tinggi. Perkara ini amat asas dan ianya seharusnya dipertingkatkan berdasarkan  laporan penggunaan dan bukan menunggu rungutan dahulu.

Justeru itu kita amat berharap agar KTM lebih peka tentang permasalahan yang timbul dan terus mendominasikan system pengangkutan pilihan rakyat dimasa akan datang. Kekurangan dan ketidak pekaan pada masa kini seharusnya menjadi pengajaran.

Rentetan itu, difahamkan SPAD akan mengeluarkan satu maklum balas  berkaitan dengan rungutan ini dan apa juga laporan yang dikeluarkan diharapkan semua pihak lebih terbuka menerimanya dan seterusnya terus menrealisasikan dasar trnsformasi pengangkutan awam darat terutama  perkhidmatan rek agar sejajar dengan inspirasi kerajaan.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Perdana Menteri Tegur Perkhidmatan KTM Kurang Memuaskan Dan Arah SPAD Melakukan Pemantauan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s