Pengangkutan Awam Negara Melangkah Setapak Lagi Melalui Projek KVDT Fasa 1 Rawang-Kuang


Oleh rmf

Image result for Projek KVDT Fasa 1 Rawang-Kuang

Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam kepada semua.  Bertitik tolak daripada itu, dengan menggunakan pengangkutan awam sebenarnya dapat menjimatkan masa seseorang untuk sampai ke sesuatu destinasi seterusnya dapat menjimatkan kos perjalanan. 

Namun, pada hari  ini   anda   boleh menikmati kopi panas dan membaca buku  kegemaran  anda dengan  menaiki kereta api elektrik (ETS) yang hanya mengambil masa dua jam lima minit sahaja perjalanan pada kadar tambang yang berpatutan.

Sudah jelas di sini bahawa penggunaan ETS dapat menjimatkan masa seseorang lebih kurang 50 minit berbanding penggunaan kereta persendirian. Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan kos perbelanjaan dengan tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT (Light Rail Transit) dan MRT(Mass Rail Transit) yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar.

Perkhidmatan bas semasa tidak mampu menandingi kelajuan, keupayaan dan kekerapan perkhidmatan rel yang tinggi kerana bas perlu meredah kesesakan lalu lintas bersama-sama ribuan kenderaan lain.

Bagi mengatasi masalah ini, tiga usaha utama merentasi 12 koridor menuju ke bandar utama iaitu Bus Expressway Transit (BET), Bus Rapid Transit (BRT), dan Lorong Bas telah disediakan. Perkhidmatan BET akan dilancarkan di empat lebuh raya di Lembah Klang yang tidak digunakan sepenuhnya

Selain itu, Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel dan KLIA Ekspress telah terbukti dapat memudahkan perjalanan kerana bebas daripada kesesakan lalu lintas.  Hal ini disebabkan pengangkutan awam ini mempunyai laluan atau rel yang tersendiri.

Industri pengangkutan awam negara semakin hari dilihat semakin menampakkan perkembangan pesat..ada sahaja pembangunan baru projek seperti MRT fasa 1 & 2, HSR, LRT, ETS  dan juga perkhidmatan bas inovasi MyBas.

Kemudahan itu bukan setakat hanya menyediakan infrastruktur kepada pengguna tetapi lebih daripada itu apabila SPAD turut melaksanakan makmal Teksi dan Makmal Transformasi bas ekspress baru-baru ini bagi tujuan mengkaji untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan ini.

Dua hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Menaiktaraf Landasan Keretapi Lembah Klang (KVDT) untuk Fasa 1 Rawang – Kuang. Projek ini melibatkan kerja-kerja pemulihan sepanjang 42KM antara Rawang – Salak Selatan dan Sentul – Simpang Batu termasuk kerja menaiktaraf 16 Stesen, isyarat dan sistem bekalan elektrik landasan berkembar di Lembah Klang.

Projek ini telah bermula dari 2 November 2015 dan dijangka siap pada 1 November 2019. Ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan projek, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, berkata projek itu membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen KTM, sistem Isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.

Image result for Projek KVDT Fasa 1 Rawang-Kuang

Setakat ini progress projek sudah mencapai 28%.Azharuddin mengakui ada sedikit kelewatan disebabkan beberapa faktor terapi menjangkakan kontraktor yang dilantik Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA) akan menyiapkan projek mengikut jadual..

Pada ketika ini, seramai 100,000 penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari dijangkakan jumlah ini bakal meningkat sebanyak 5% setiap tahun dan akan terus meningkat apabila projek ini siap kelak..

Kerajaan telah melaburkan sebanyak RM 1.4 billion untuk projek ini sepanjang 42 KM.Ini menunjukkan betapa seriusnya Kerajaan melalui SPAD untuk memajukan industi pengangkutan awam.Pengangkutan awam merupakan bidang fokus utama yang disenaraikan sebagai NKRA di dalam Pelan Transformasi Kerajaan cetusan DS Najib Razak.

Image result for Projek KVDT Fasa 1 Rawang-Kuang

Oleh itu, pihak kerajaan juga hendaklah memainkan peranan yang vital dengan menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia agar setanding dengan negara-negara gergasi yang lain bak peribahasaBerdiri Sama Tinggi, Duduk Sama Rendah.

Oleh hal yang demikian, anggota masyarakat perlu menyokong langkah kerajaan  yang berstrategi serampang dua mata bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara menyeluruh sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai system terbaik di Malaysia.

Advertisements
Image | This entry was posted in Pengangkutan Awam Negara Melangkah Setapak Lagi Melalui Projek KVDT Fasa 1 Rawang-Kuang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s