MCA Pulau Pinang Kesal Penganjuran Belon Udara Panas Di Hadapan Hospital


Oleh rmf

Image result for Belon udara panas
Gambar sekadar hiasan

Penganjuran yang gagal pada kebiasaannya dikaitkan dengan pelbagai isu isu yang tidak difikirkan secara  baik dan mendatangkan satu kesan dan trauma kepada  pengunjung dan juga rakyat sesuatu tempat.

Kegagalan pihak penganjur menyediakan  pelbagai kemudahan dan tempat yang sesuai pada kebiasaan mengundang banyak keritikan dan  rungutan dari pihak tertentu. Kesannya  akan berlakunya kesulitan yang mendatangkan masalah kepada rakyat dan pengguna.

Perkara ini tidak pernah difikirkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam meluluskan sesuatu penganjuran  program yang mana  kajian persekitaran tidak pernah diambil kira. Kesannya  rakyat merasakan kepentingan mereka telah diabaikan .

Sudah menjadi perangai buruk kerajaan Negeri Pualau Pinang dimana tidak mempedulikan rungutan rakyat dalam  sesuatu cadangan penganjuran program.

Baru baru ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang ditempelak apabila tetap menganjurkan Fiesta Belon Udara Panas P. Pinang di padang Polo 4 & 5 Februari lalu.Penganjuran festival ini telah mengundang pelbagai  rungutan dan lokasi yang dibenarkan  tidak masuk akal, iaitu dihadapan Hospital.

Kerajaan Negeri dengan rasa tidak bertanggungjawab telah membenarkan lokasinya dihadapan Hopital Pulau Pinang telah mendatangkan masalah  dan menyukarkan kenderaan hospital dan ahli keluarga pesakit untuk menziarahi keluarga mereka.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda MCA negeri, Ooi Teik Liang menyuarakan kekecewaan kerana kerajaan Lim Guan Eng tidak menghiraukan cadangan MCA untuk menukar lokasi yang sesuai..

Menurut Ooi, MCA negeri telah menerima 9 aduan daripada ahli keluarga pesakit yang terperangkap dalam kesesakan teruk selama 20 minit…

Menurut Ooi selain kesesakan, penganjuran aktiviti tersebut telah menimbulkan suasana bising yang mengganggu ketenteraman pesakit. Keriuhan dan bunyi bising sudah pastinya menganggu ketenteraman pesakit yang ssedang  terlantar di hospital.

Memang penganjur ada menyediakan parkir tetapi tidak cukup sehiggakan kenderaan diletak tanpa mengikut undang-undang..Kejadian ini telah merumitkan lagi  perjalanan kenderaan lain dan sebagaimana kita tahu Pulau Pinang adalah diantara negeri yang mempunyai sitem jalanraya yang sempit dan tidak teratur.

Kerajaan DAP langsung tidak peka yang penganjuran tersebut telah menyusahkan ramai orang yang mahu ke hospital.Llokasi padang polo itu merupakan tempat helikopter menghantar pesakit kecemasan ke Hospital Pulau Pinang. Jika sesuatu kecemasan berlaku, apakah  kesannya apabila penganjuran  tersebut menghalang pendaratan helopter?

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Pulau Pinang Kesal Penganjuran Belon Udara Panas Di Hadapan Hospital and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s