Penguatkuasaan Perkhidmatan Dego Ride Di Teruskan Sehingga Keputusan Kerajaan Dicapai


Oleh rmf

Image result for Dego ride

Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan mengharamkan perkhidmatan ‘Dego Ride’ di negara ini, Walaupun perkhidmatan itu dilihat sebagai sesuatu yang inovatif dalam industri pengangkutan awam negara, namun ia perlu dikaji secara teliti dahulu sebelum membuat keputusan.

Untuk sementara waktu perkhidmatan Dego Ride telah dihentikan dan satu kajian mendalam  berkaitan denga keperluan penggunaannya  bagi golongan bawah 40 (B40)  yang mana ianya mungkin menjadi salah satu pilihan untuk rakyat dan juga satu cabang baru dalam perkhidmatan pengangkutan awam darat.

SPAD dan Kementerian Pengangkutan selari dalam menyuarakan pandangan dan bersetuju agar perkhitmatan Dego Ride ini dihentikan perkhidmatannya seketika demi memastikan satu bentuk akta  diwujudkan.

Untuk ketika ini , terdapat Akta didalam SPRM yang boleh digunapakai iaitu kegagalan  pengendali memeliki lesen pengendalian yang dibenarkan oleh SPAD. Tiada akta selain daripada itu yang mana boleh menjamin keselamatan pengguna jika berlakunya kemalangan yang boleh melindungi pengguna.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas dengan menyita motosikal ‘Dego Ride’ yang masih aktif beroperasi.

Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JPJ Datuk Valluvan Veloo berkata pihaknya difahamkan pengusaha motosikal teksi tersebut akan kembali beroperasi meskipun amaran dan saman telah dikeluarkan.

“Saya beri amaran, kali ini kita tak akan saman tapi kita akan sita motosikal mereka (pengusaha).

“Sekarang ini kita kenal pasti lebih 6,000 pengusaha yang berdaftar dan saya difahamkan mereka nak beroperasi kembali.Jjadi saya beri amaran, anggota JPJ sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan. Kalau dua minggu lepas kita hanya keluarkan saman, tapi kali ini kita akan terus sita motosikal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Pertolongan Cemas JPJ Siri 2/2017 di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia Hamzah Masri.

Minggu lalu, Kementerian Pengangkutan mengarahkan perkhidmatan ‘Dego Ride’ dihentikan serta-merta atas faktor keselamatan dan lesen operasi untuk pengendali perkhidmatan tersebut tidak dikeluarkan buat masa ini.

Valluvan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung operasi tersebut dan keterangan daripada ketua pegawai eksekutif Dego Ride juga telah diambil Selasa lalu.

“CEO Dego Ride dah datang untuk beri keterangan dua hari lepas dan kita akan siasat di bawah Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan.

“Setakat ini kita dah keluarkan tiga saman dan kita kenal pasti operasi ‘Dego Ride’ ini aktif di sekitar Lembah Klang dan mereka mendapatkan pengguna menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.

Advertisements
Image | This entry was posted in Penguatkuasaan Perkhidmatan Dego Ride Di Teruskan Sehingga Keputusan Kerajaan Dicapai and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s