Makmal Transformasi Bas Ekspress  Sebagai Langkah Untuk Perkhidmatan Terbaik Bas Ekspress


Oleh rmf

Pembangunan pengangkutan awam menjadi bidang pembangunan negara yang terpenting. Usaha kerajaan untuk membangunkan pengangkutan awam kini mengubah landskap sosioekonomi, mencipta peluang baharu dan memangkinkan transformasi dengan cara yang tersendiri sifatnya terhadap naratif negara ini.

Oleh yang demikian, sudah tentulah SPAD akan menjadi perhatian dan fokus penelitian pada tahun-tahun yang akan datang. SPAD  akur bahawa sebagai agensi kerajaan yang baharu, terdapat keperluan untuk melabur dalam sumber  yang sedia ada, serta keperluan untuk melatih dan membangunkan masyarakat kita, dan bekerja secara menyeluruh dengan rakan agensi Kerajaan dan juga pihak berkepentingan luar.

SPAD  sedar akan keperluan untuk mempertingkatkan tahap prestasi  yang ditetapkan dan pada masa yang sama memastikan peserta industri berpegang dengan standard yang tertinggi.

Sesungguhnya pembinaan infrastruktur yang lengkap merupakan satu langkah ke hadapan dalam inisiatif mentransformasikan pengangkutan awam negara. Bukan itu sahaja ianya merangkumi dengan kajian kepelbagaian permasalahan yang timbul agar setiap perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.

Turut diperlukan ialah bakat, dasar dan struktur yang tepat dan bersesuaian untuk memastikan perusahaan pengangkutan awam kita adalah mampan dan selamat selain tahap perkhidmatannya mampu memenuhi ataupun mengatasi jangkaan orang ramai.

Meskipun SPAD terus memainkan peranan sebagai pengawal selia pada ketika ini, SPAD berharap bahawa masanya akan   tiba pada suatu hari nanti untuk SPAD membenarkan kawalan kendiri yang lebih meluas pada pihak industri.

Satu demi satu perubahan dilakukan oleh SPAD bagi memastikan dasar transformasi pengangkutan awam darat terus dipermajukan sebagai satau dasar yang terpenting dalam memastikan system pengangkutan awam mencapai tahap antarabangsa.

Upacara perlancaran  Makmal Transformasi Bas Ekspress yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan betapa seriusnya SPAD  dalam usaha mengenal pasti setiap masalah yang timbul serta memikirkan satu jalan yang terbaik sebagai jalan penyelesaiannya.

Sebagai langkah memperkemaskan jaringan hubungan Makmal ini, SPAD untuk menjalankan kerjasama dengan kesemua Kementerian, Agensi, Persatuan dan Pemegang berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi serta menigkatkan taraf industri bas ekspress.

SPAD  juga berperanan aktif dalam usaha memperbaik perkhidmatan bas Ekspress dalam negara. Pelaksanaan inisiatif termasuk Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti di seluruh negara, Semua ini tidak pernah tertinggal dalam agenda SPAD untuk memastikan  semuanya berjalan dengan baik.

Makmal Transformasi Bas Ekspress  telah memfokuskan  5 Aspek tumpuan utama makmal tersebut ialah :

1) Model perniagaan
2) Keselamatan, Standard dan Teknologi
3) Kebolehpercayaan Perkgidmatan dan kebolehcapaian
4) Sumber Tenaga dan Kepakaran
5) Strategi lautan biru nasional dan komunikasi permasalahan industri akan dimasukkan kedalam kategori tersebut..

Kita dapat lihat melalui makmal ini ia menunjukkan betapa seriusnya kerajaan melalui SPAD untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah berkaitan industri ini.

Tanggungjawab utama SPAD adalah terhadap rakyat. Sejak penubuhannya, SPAD telah menyuntik nafas baharu dalam dasar perancangan pengangkutan awam menerusi pelancaran rancangan induk pengangkutan awam yang disasarkan untuk negara dan wilayah-wilayah setempat.

Kedua-dua rancangan ini bukan setakat memperincikan matlamat dan wawasan SPAD serta Kerajaan secara komprehensif dan jelas, bahkan turut menghuraikan inisiatif-inisiatif khusus untuk mengangkat tahap perkhidmatan dan standard keselamatan pengangkutan awam secara keseluruhan.

Ini termasuklah inisiatif penguatkuasaan terhadap pengendali pengangkutan awam dan juga kenderaan komersial di jalan raya terutama bas ekspress yang mana ianya menjadi pilihan rakyat dalam Negara ini. Setiap permasalahan yang timbul sudah pastinya akan di selesaikan sebaik mungkin.

Justeru itu dengan penubuhan Makmal Transformasi Bas Ekspress ini , rakyat sedang dan telah melihat betapa SPAD dengan kesungguhan yang ada sebagaimana dimanahkan terus  bergerak  kehadapan  bagi memastikan kepuasan dan keselesaan penumpang ialah faktor penting dalam aspek penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam.

Teras keperluan ini menyarankan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ke atas kualiti, kebolehpercayaan, keselamatan dan kemudahan pengangkutan awam menerusi pengawalseliaan yang dipertingkat terhadap sistem pengangkutan awam dan dengan inisiatif-inisiatif yang menekankan kecekapan dan keberkesanan.

Penyelesaian jangka panjang pula perlu merangkumi semakan berkala ke atas prosedur penguatkuasaan, latihan dan program pembangunan secara berterusan bagi kakitangan barisan hadapan dan mengekalkan peruntukan sumber yang mencukupi untuk semua aspek yang diperlukan

Advertisements
Image | This entry was posted in Makmal Transformasi Bas Ekspress  Sebagai Langkah Untuk Perkhidmatan Terbaik Bas Ekspress and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s