Tiong Lai- Kabinet Bersetuju  Perkhidmatan Dego Ride Dihentikan


Oleh rmf

Image result for Dego ride tiong lai

Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menghentikan operasi teksi motosikal Dego Ride atas sebab keselamatan dan risiko kepada penumpang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya juga diminta untuk memberi penerangan jelas kepada orang awam tentang keputusan untuk menghentikan perkhidmatan berkenaan.

“Kita faham kenapa pihak Dego Ride mewujudkan perkhidmatan ini tapi ia tidak sesuai di Malaysia, sebab kerajaan sudah menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang cekap untuk rakyat seperti monorel, MRT dan komuter.

“Penerangan jelas sudah diberikan kepada Kabinet terutama berkaitan risiko kepada orang awam yang sangat kita titikberatkan dan Kabinet mahu kementerian ini beri kefahaman kepada rakyat tentang keputusan ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga sedia untuk bertemu pengendali Dego Ride pada bila-bila masa, namun kementeriannya akan tetap dengan keputusan dibuat.

“Kita minta mereka datang untuk beri keterangan berikutan kelmarin beberapa penunggang Dego Ride ini disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Syarikat perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride diberi masa 7 hari untuk tampil berbincang dengan Kementerian Pengangkutan berhubung perkhidmatan itu, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Tiada keraguan dalam larangan Dego Ride. Ia adalah sangat jelas. Kerajaan dan kementerian sudah membuat keputusan untuk mengharamkan perkhidmatan ini memandangkan ia berbahaya kepada keselamatan penumpang.

Beliau berkata demikian ketika ditanya permintaan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj supaya diberi peluang membahaskan isu perkhidmatan teksi motosikal itu yang dilaksanakan sejak November lalu.

Semalam, Liow berkata, perkhidmatan Dego Ride menyalahi Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 serta Seksyen 16 dan 47 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pengusaha syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, walaupun penggunaan motosikal mampu mengelak kesesakan lalu lintas, namun ia juga membawa kemudaratan kerana berdasarkan statistik, penunggang motosikal menyumbang kira-kira 62% kepada kemalangan maut pada tahun lalu.

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai- Kabinet Bersetuju  Perkhidmatan Dego Ride Dihentikan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s