SPAD- Hamid Albar Senada  Dengan Tiong Lai Dalam Perkhidmatan Dego Ride


Oleh rmf

Image result for Hamid Albar  Tiong Lai

Kewujudan perkhidmataan Dego Ride telah menjadi tular dlaman media sosial dan ianya  telah membuka mata banyak pihak yang mana baru sedar tentang  kewujudan perkhidmatan mengambil penumpang dengan menggunakan motosikal.

Dego Ride yang telah beroperasi selama  3 bulan kini  mempunyai kira-kira 5,500 pemandu motosikal yang telah memberikan perkhidmatan dan setakat akhir Januari, lebih 15,000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Perkembangan ini  menunjukkan terdapat permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan Dego Ride . Dengan caj yang murah dan tekanan kesesakan lalu lintas, Dego Ride menjadi pilihan para pengguna.

Walau bagaimana pun, dalam aspek keselamatan perkhidmatan Dega Ride tetap juga menjadi satu kesalahan dalam system pengangkutan awam darat dimana perkhidmatan yang diberikan tidak mendapat kebenaran rasmi dari agensi kerajaan yang terlibat.

Perkhidmatan Dego Ride yang bermula November tahun lalu boleh ditempah menerusi aplikasi WhatsApp, dengan kadar tambang dari RM2.50 untuk 3 kilometer (km) pertama, dan caj 60 sen dikenakan bagi setiap km seterusnya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang turut dihubungi mStar Online berkata, satu kajian perlu dilakukan bagi membolehkan motosikal disenaraikan sebagai pengangkutan awam untuk tujuan komersial bagi membawa penumpang.

Menurut Syed Hamid, memang benar pada masa ini masih belum ada skim teksi atau kenderaan awam mengambil penumpang di negara ini menggunakan motosikal, tetapi berpandangan, untuk jangka masa panjang ia tidak dapat dielak kerana telah menjadi fenomena baharu dunia.

“Berhubung teksi motosikal ini, banyak butiran masih perlu diteliti seperti insurans dan keselamatan. Oleh itu, saya berpendapat, satu kajian perlu dilakukan bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan perkara ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi amaran supaya operasi Dego Ride dihentikan segera..Nampaknya Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed juga senada dengan gesaan Liow..

Dalam aktiviti perkhidmatan baru ini iai itu Dego Ride SPAD masih lagi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengekang kegiatan Teksi Motorsikal yang semakin mendapat perhatian pengguna.  Tiada peruntukan  akta yang boleh dikenakan  kecuali  dibawah akata menjalankan perkhidmatan tanpa  lesen pengendalian iaitu PSV.

Buat masa ini,  SPAD hanya  boleh lakukan dengan memberikan pandangan dan nasihat bahawa  pengusaha Dego Ride adalah perkhidmatan yang berisiko dan sewajarnya dihentikan sementara satu akta diluluskan untuk menjamin keselamatan pengguna.

Seperkara yang positif disampaikan oleh TS Hamid ialah  kewujudan Dego Ride ini adalah satu idea yang baik  dan ianya hasil dari pemikiran yang positif dari golongan muda yang mana merangkumi permintaan golongan  peringkat rakyat marhaen, tetapi harus dilakukan dengan cara tidak melanggar undang-undang dalam Negara ini.

Sebagaimana UBER dan Grabcar TS Hamid juga  memberi pandangan bahawa ia boleh dilaksanakan asalkan mematuhi undang-undang. Sebanyak 13 juta  motosikal yang berada dijalanraya , adalah agak mustahil untuk melakukan pembenterasan dan memastikan setiap motosikal beroperasi mengambil penumpang.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- Hamid Albar Senada  Dengan Tiong Lai Dalam Perkhidmatan Dego Ride and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s